Followers

Sunday, May 15, 2011

PULUT GULUNG



Pulut ni buat Jumaat lepas bawak untuk halaqah kt rumah kawan kt sini. Aku ni macam biase la kalau nak bawak apa2 ke rumah orang atau nak bawak untuk pot luck memang selalu jenuh fikir nak buat apa. Hahahaha...atau lebih tepat mencari resepi yang mudah, cepat dan konpem menjadi dengan sedap. Lagi satu, senang nak bawak...almaklum la, menapak jer kt dalam city ni. Alaaa....sebenarnya cakap jer la, bukannya terer sangat...tu yg jenuh mikir, wakakaka.

Pasal pulut ni sebenarnya nak buat pulut panggang tp sebab kesuntukan masa macam biase la fefeeling buzy kononnya hari tu so, pulut panggang dah kena magic jadi pulut roll....hahaha...gasak la. Dah tu tak ingat langsung nak ambik gambar. Bila dah balik rumah baru terfikir nak ambik gambar. Tu pun bila ada yang tanya resepi, hehehe. Sib baik ada beberapa ketul lagi pulut yang tinggal skit kt rumah. Resepi pulut tu aku ambik kt myresipi asal untuk pulut kuning tapi dah ejas2 sket. Sambal ikan tu plak aku buat hentam aje ikut selera sendiri.



Pulut

Bahan-bahan
  • 4 cawan beras pulut
  • 400 ml santan
  • Garam secukup rasa.
Cara-cara
  1. Rendam pulut bersama selama 1-2 jam.
  2. Cuci dan toskan pulut. Kemudian kukus selama 10-15 minit.
  3. Keluarkan beras pulut dari pengukus. Masukkan santan yg telah dicampurkan dengan garam ke dalam pulut tadi. Gaul hingga sebati.
  4. Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.



Sambal Ikan & Kelapa

Bahan-bahan
  • 1 biji bawang besar - kisar
  • 2 ulas bawang putih - kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 2 batang serai - kisar
  • 2 sudu besar cili mesin/ cili boh (terpulang atas kepedasan yg diingini)
  • 2 sudu besar santan pekat
  • 1 keping asam keping
  • 1 tin tuna (in oil)
  • 1 cawan kelapa kering (desiccated coconut)
  • ½ sudu besar serbuk belacan
  • Garam secukup rasa
  • Gula secukup rasa
Cara-cara
  1. Goreng kelapa tanpa minyak sehingga perang. Ketepikan.
  2. Tumis bahan kisar, cili mesin sehingga sedikit kering.
  3. Masukkan santan, gula, asam keping dan serbuk belacan. Kacau hingga sebati.
  4. Kemudian masukkan ikan.
  5. Masak sehingga betul2 kering. Tutup api.
  6. Masukkan kelapa kering yang telah digoreng tadi ke dalam sambal ikan yang telah kering. Gaul hingga rata dan sebati. Kalau tidak cukup rasa, boleh tambahkan garam dan gula ketika proses menggaul tersebut.

Untuk pulut panggang : letakkan pulut ke atas daun pisang kemudian letakkan inti. Gulung kemas2 dan klip/lidikan di kedua2 belah hujung. Kemudian boleh la dipanggang.

Untuk roll : letakkan pulut ke atas baking paper kemudian letakkan inti. Gulung kemas2. Boleh menggunakan bamboo mat/alatan membuat sushi bagi memperkemaskan gulungan. Kemudian potong dengan berhati-hati pulut tersebut supaya tidak terlerai.

Friday, May 06, 2011

NASI DAGANG



Sebelum terlupa baik aku masukkan entry nasik dagang ni. Aku buat minggu lepas...hari apa dah lupa. Memang niat asal beli ikan nak buat nasik dagang ni. Lepas tu pending sebab tekak plak sakit. Camne nak makan nasik dagang, nak tenyeh2 cili padi tu kalau tekak dah perit2 kan. Bila tekak dh ok sket, aku pegi buat nasi lemak la plak ikan tu. Orang terengganu makan nasik lemak lauk ikan tau. Kuat makang ikang sungguh! Muahahahaha... Nasib baik ikan tu besar skit so ada la baki lagi, dan campur plak dengan mackeral dalam tin. Boleh la..

Ni kira2 first time la aku buat nasik dagang betul2. Pernah la dulu try sekali buat tapi guna rice cooker dan gulai pun takde rempah khas. So, rasa tu memang ada kureng la. Kali ni Alhamdulillah rasa puas hati la kat tekak aku ni. Cuma part nasik tu ada ejas2 sket dari segi sukatan air sebab aku guna santan tin jer. So, xde sukatan yang tepat untuk air, cuma agak2 jer. Next time InsyaAllah akan catat sukatan yang tepat. Resepi gulai aku guna resepi dari K.Nor. Sebelum ni dah pernah try guna ayam kat sini.

NASI DAGANG

Nasi
  • 4 cawan beras jasmine
  • 1 cawan beras pulut
  • 1 tin (400 ml) santan
  • Garam
  • Gula
  • Bawang besar - hiris halus
  • Halia - hiris halus
  • 1 sudu besar halba
  • Air (1 - 1 1/4 cawan ; perlu cek semula)
Cara-cara
  1. Beras dan beras pulut disatukan. Cuci dan bersihkan. Rendam semalaman atau selama 8 jam.
  2. Alaskan pengukus (bahagian berlubang) dengan daun pisang dan cucuk2kan. Masukkan beras yang telah direndam dan kukus selama 5 minit.
  3. Ambik 1/2 tin santan dan dicampur dengan air untuk dijadikan santan cair dan campur sedikit garam.
  4. Keluarkan beras dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain. Gaul bersama santan cair tadi. Sekira takut nasik terlembik boleh masukkan sebahagian santan dahulu dan sambung selepas kukus kali kedua (sebelum masukkan santan pekat).
  5. Masukkan kembali beras ke dalam pengukus dan kukus untuk kali ke-2 hinnga nasi masak.
  6. Angkat dan pindahkan sekali lagi ke dalam bekas. Semasa nasi masih panas, masukkan gula, santan pekat, bawang, halia dan halba. Gaul biar rata. Rasa masin dan manis nasi.
  7. Kalau menggunakan santan fresh, proses masak nasi telah selesai. Memandangkan saya menggunakan santan tin so, saya sambung kukus 5 minit lagi.




GULAI IKAN AYA@TONGKOL
(Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahab-bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol - ina guna ikan trevally dan mackeral
  • 3kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan (Kuah)
  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1in halia *
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 bj cili padi
  • minyak

Bahan-bahan (penumis)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
nota K.Nor:

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

nota Ina:

* orang kata beras memainkan peranan dalam nak memastikan nasi dagang jadi elok. So, sebagai catatan, di bawah adalah beras dan santan yang Ina gunakan.

Beras jasmin jenama SunRice





Santan ni lebih pekat berbanding santan Kara

ROTI GULUNG SOSEJ



Jom...jom layan roti gulung sosej. Tuan rumah dah lama tak bersiaran ni. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebenarnya buat2 sibuk padahal tak sibuk langsung pun...kekeke. Sekarang ni sebenarnya yang sangat sibuk adalah Encik boss dan bukannya aku. so balik pun dah lewat after Isyak cenggitu, ekceli Isyak kt sini bukan la lewat...dlm pukul 7 pm gitu. Tapi klu time daylight saving (25 sept- 3 April) tu lain pulak la waktunya yg senantiasa bergerak dr 9 pm hingga la boleh cecah 10.30 pm baru masuk waktu Isyak.

So, oleh kerana Encik boss balik sudah lewat malam, aku pun masak ada sikit lewat la. Bila dah lewat tu faham-faham ajer la, nak ambik gambar pun takde mood nak2 klu hari dah gelap. Lampu kt rumah plak punya la romantika de amor gitu...lagi la susah nk dpt gambar yg elok cikiit. sebenarnya kamera tak canggih, cuba klu kamera canggih...redah jer...hik hik hik

Ishk aku ni klu nak mengarang ayat tak reti sangat tapi bila dh start bercerita, habis semua aku nak taip. Kalau buat karangan bahasa Melayu ni konpem kena tolak markah sebab lari tajuk... wakakaka.... Tengok...nak cerita pasal roti tak pasal2 dah keluar cerita daylight saving la... itu la, ini la. Adoiii laaaa... Okey2, berbalik pasal roti gulung ni... Sebenarnya menu nak cepat ni. Takde gelek2 pun roti tu, terus gulung jer. Klu gelek roti tu sebelum digulung mesti nampak lg kemas kan. Dah la sosej besar gabak. Nak gulung pun tak lepas, sedor2 hujung roti dah bertemu hujung roti. Last2 terpaksa la belah 4 sosej tu. Bila dah 'kepeng' (korang faham tak? aku pun tak faham nak translate ke bahasa standard :p) camtu maka mula la aku merepek letak kacang peas. Tapi sedap jugak, hahaha.



Bahan-bahan
  • 2 sosej (ina belah 4 sbb besar, klu saiz standard tu letak 1 terus la.)
  • 4 keping cheese (potong 2)
  • Peas secukupnya (steam/boiled)
  • Telur
  • Breadcrumbs

Cara-cara
  1. Letakkan cheease ke atas roti, diikuti sosej dan peas. Gulung kemas2.
  2. Celupkan roti ke dalam telur kemudian salut dengan breadcrumbs. Untuk mendapatkankan hasil yang sekata dan tebal ulang celup dan salut sekali lagi.
  3. Goreng roti gulung tadi. Untuk hasil cantik goreng secara deep fry tp klu tak suka minyak banyak, pandai2 la mengurangkan kuantiti minyak.

saiz asal sosej yg aku gunakan sebelum di belah 4. duk posing sebelah roti yg dh siap digoreng.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...