Friday, May 06, 2011

ROTI GULUNG SOSEJ



Jom...jom layan roti gulung sosej. Tuan rumah dah lama tak bersiaran ni. Ada beberapa perkara yang perlu diselesaikan sebenarnya buat2 sibuk padahal tak sibuk langsung pun...kekeke. Sekarang ni sebenarnya yang sangat sibuk adalah Encik boss dan bukannya aku. so balik pun dah lewat after Isyak cenggitu, ekceli Isyak kt sini bukan la lewat...dlm pukul 7 pm gitu. Tapi klu time daylight saving (25 sept- 3 April) tu lain pulak la waktunya yg senantiasa bergerak dr 9 pm hingga la boleh cecah 10.30 pm baru masuk waktu Isyak.

So, oleh kerana Encik boss balik sudah lewat malam, aku pun masak ada sikit lewat la. Bila dah lewat tu faham-faham ajer la, nak ambik gambar pun takde mood nak2 klu hari dah gelap. Lampu kt rumah plak punya la romantika de amor gitu...lagi la susah nk dpt gambar yg elok cikiit. sebenarnya kamera tak canggih, cuba klu kamera canggih...redah jer...hik hik hik

Ishk aku ni klu nak mengarang ayat tak reti sangat tapi bila dh start bercerita, habis semua aku nak taip. Kalau buat karangan bahasa Melayu ni konpem kena tolak markah sebab lari tajuk... wakakaka.... Tengok...nak cerita pasal roti tak pasal2 dah keluar cerita daylight saving la... itu la, ini la. Adoiii laaaa... Okey2, berbalik pasal roti gulung ni... Sebenarnya menu nak cepat ni. Takde gelek2 pun roti tu, terus gulung jer. Klu gelek roti tu sebelum digulung mesti nampak lg kemas kan. Dah la sosej besar gabak. Nak gulung pun tak lepas, sedor2 hujung roti dah bertemu hujung roti. Last2 terpaksa la belah 4 sosej tu. Bila dah 'kepeng' (korang faham tak? aku pun tak faham nak translate ke bahasa standard :p) camtu maka mula la aku merepek letak kacang peas. Tapi sedap jugak, hahaha.



Bahan-bahan
  • 2 sosej (ina belah 4 sbb besar, klu saiz standard tu letak 1 terus la.)
  • 4 keping cheese (potong 2)
  • Peas secukupnya (steam/boiled)
  • Telur
  • Breadcrumbs

Cara-cara
  1. Letakkan cheease ke atas roti, diikuti sosej dan peas. Gulung kemas2.
  2. Celupkan roti ke dalam telur kemudian salut dengan breadcrumbs. Untuk mendapatkankan hasil yang sekata dan tebal ulang celup dan salut sekali lagi.
  3. Goreng roti gulung tadi. Untuk hasil cantik goreng secara deep fry tp klu tak suka minyak banyak, pandai2 la mengurangkan kuantiti minyak.

saiz asal sosej yg aku gunakan sebelum di belah 4. duk posing sebelah roti yg dh siap digoreng.

5 comments:

  1. Menu ringkas...tapi sedap...kalau nak ganti sausage ngan inti sambal tumis pun boleh kan...

    ReplyDelete
  2. eliyaezlinalias,
    bekfes sedap, minum petang pun sedap. bila2 masa pun sodaaapp... hehehe....


    cik cek,
    sambal tumis lagi sedap kot..hehehe. tak penah buat tp rasa nak cuba la klu camtu... :)

    ReplyDelete
  3. amboii k.ina nampak besh tuh.. cer pos kt cni cket..hihihi

    ReplyDelete
  4. puan luna,
    dah abes dah pun...sempat pos ke perut sendiri jerk... hik hik hik...

    ReplyDelete