Sunday, July 18, 2010

APAM GANDUM




Sumber : Mat Gebu

Apam ni walau pn nampak cam senang tp aku buat tak berapa nak gebusss....adoi la.. Tp sib baik gak ada jgk part yg gebu...kekeke...Masih boleh dimakan dan rasanya tetap sodap. Biasa la kan... 1st time buat. Nak2 bab kukus2 ni aku baru tahap abc, keh keh keh... Walau apa pun mmg suka apam ni...teringat plak kt mak yg suka sgt mkn apam ni. Nampaknya kena usaha lagi la. Klu tgk kt blog cik mat, best betul ada mcm2 resepi apam. Tapi yg paling aku suka resepi kek cipon, tp apakan daya loyang cipon xde lg. Ok la, resepi spt di bawah. Mintak izin yer cik mat nk kopi pes resepi. Kelapa tu aku pakai desiccated coconut jer pastu panaskan kejap dgn air skit dan garam serta gula secukup rasa. Maklum la, takde kelapa parut....huhuhu..


Bahan-bahan

• 500 g tepung gandum
• 3/4 cawan gula perang (brown sugar)
• 2 cawan air
• 11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
• Kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.

2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.

3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

3 comments:

  1. salam,
    apam ni kan.. buat saya nak cari apam esokkkk...

    ReplyDelete
  2. arghhhhh... jelesnyer tengok salji putih gebu tuhh! bak sepinggan na!

    ReplyDelete
  3. cikgu isza; cari...jgn tak cari... pastikan mintak kelapa lebih...hehe

    K.hana; adeh kak, salji ni x dapat nk sejukkan kehangatan cuaca kt jepong sane...keh keh keh...

    ReplyDelete