Thursday, July 29, 2010

BUN COKLAT KAK LIZA





Sumber Asal : Kak Liza
Sumber : Cik Mat Gebu

Haaa...jgn terkozut plak tgk kaler bun ni. Dah nama pun bun coklat kan, mesti la kaler cokelat. Tak kan kaler pink plak kot...hahahaha. Ambik gambar plak waktu mlm, ditambah dgn mentol rmh ni yg kaler kuning ni ha....gelap gulita la jwbnya....hahaha. Apa pun roti ni sedap betul dimakan masa panas2 baru keluar oven tu. Sengaja aku buat kecik2 spy bleh dpt byk & senang dimakan. Simpan smpai pagi untuk bekpes tp panaskn dulu la.

Tp yg harunya tgh duk syok masukan bhn2 dlm BM, bila tiba turn nk masukn yis baru perasan yis aku dh nk abes. Ades, hentam ajer la sikit yg ade tu pastu memandai tambah bread improver. Nk buat camne, nk buh bread softener, takde la pulak. Cam x caya jer yis aku abes, biasenya x smpat abis yis xpired dulu....kuang kuang kuang.. ini menunjukkan xtvt meroti sgguh xtif skali dijalankan musim ini...ngeh ngeh ngeh..

Resepi asal ni xde inti pn kt dlm tp aku memandai bubuh inti untuk nk menambahkan kesedapannya. Dan disebabkan aku ni bkn terer sgt nk bubuh inti roti yd berbentuk cecair ni...slalunya mesti pecah...uwaaaa... so, aku masukkan chocolate rice jer & bila dibakar ia kan cair jgk...hehe. Tp klu x nak buh inti bleh jer ikut resepi Cik Mat yg paipkan coklat ats bun.

Bahan-bahan

  • 500 g tepung berprotein tinggi
  • 30 g tepung susu
  • 20 g serbuk koko
  • 100 g gula halus
  • 11 g dry instant yeast
  • 1 camca teh bread softerner (optional)
  • 1 biji telur, dikacau dengan garfu
  • 1/2 camca teh garam
  • 250 ml air
  • 80 g mentega
  • 100 g Milk coklat untuk hiasan (tiada dalam resipi asal)

Cara-cara

  1. UNTUK DOH :-) Satukan semua bahan dalam mangkuk adunan, kecuali mentega, uli hingga menjadi doh. Tambah mentega dan uli hingga mentega sebati dan doh menjadi kenyal, licin dan anjal. Masa menguli kurang lebih 25 - 30 minit. KAEDAH LAIN :-) Satukan semua bahan2 dalam bread maker, pilih setting for dough, tekan dan tunggu hingga siap.
  2. UNTUK BUN COKLAT :-) Keluarkan doh, tumbuk untuk membuang udara, uli 5 minit dan bagi2kan doh pada saiz yang diingini, timbang untuk mendapatkan saiz yang sama besar. Bulat2kan dan susun atas loyang yang telah digris dengan mentega. Biar naik sekali ganda (kurang lebih 45 minit).
  3. Bakar dalam oven pada suhu 200C selama 25 minit (mat bakar pada suhu 180C selama 20 minit). Bila roti masak, keluarkan dari oven dan sapu permukaannya dengan mentega. Alih roti atas jaringan dan biarkan sejuk.
  4. Cairkan milk chocolate secara double-boiler hingga cair, masukkan dalam piping bag dan buat zig-zag atas permukaan bun coklat tadi.
  5. CATATAN MAT GEBU ;-) Mat buat separuh adunan, dan untuk telur tu, lepas dipukul dengan garfu, mat ambil sebahagian atau pun kurang lebih 30g. Manakala bun coklat tu, berat setiap biji doh lebih kurang 41 g semasa dibentuk. Dapat 12 biji....

No comments:

Post a Comment