Sunday, August 14, 2011

BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)





Semalam dengan hari ni ke'bizi'an sikit menyelesaikan urusan2 tertentu so, dapur pun tak berasap la. Ni berhenti rehat kejap tapi keje masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. Apa la yg sibuk sangat tu yerk? Hehehe...nanti kita stori mori k pasal tu. Haisssshhh... tengah bizi2 camni pun tangan ni cam gatal2 plak nak masukkan entry dalam blog. Selongkar punya selongkar jumpa la gambar onde-onde ni yang buat masa awal ramadhan hari tu. Boleh la kan? Hehehe...sebab tak de lagi entry pasal onde-onde ni so, boleh laaaaa....

Sumber : suriHati MyResipi


Bahan-bahan ( 20 biji )


  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja - ina guna kelapa kering + santan cair, masak seketika dlm microwave.
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara 

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit).
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa
*  Ina suka adunan yang lembut supaya menghasilkan onde-onde yang lembut. Tapi pastikan adunan tidak terlalu lembik, kalau tidak sukar untuk masukkan inti.


5 comments:

  1. mekna..aku baru nak pos onde-onde aku..mu pos dulu ek..heheh..bulan pose..mmg wahi nguh cari kuih2 tradisional...klu beli dok sedap..

    ReplyDelete
  2. @kuna,
    dah lama nk masukkan entry onde-onde ni tp asyik tertangguh jer. 2-3 hari ni buzy sket, so takdok gambar terkini. dapur x berasap katakan... hehehe...

    ReplyDelete
  3. banyaknya yg x terbuat puasa kali ni...tumpang tgk gambar dulu la ya. :)

    ReplyDelete
  4. Feel like grabbing some balls and throwing into my mouth now..hehe! :)

    ReplyDelete
  5. @Del,
    kalau ikutkan semua nak buat kan, tp tak terkejor...hihihihi...


    @Love,
    hehehe...u r late, it's 'selamat' already into my mouth... ;p

    ReplyDelete