Monday, January 28, 2013

Buat apa tu cuti panjang ni... :)

Cuti panjang ni mesti ramai yang buat aktiviti jalan-jalan, balik kampung atau holiday ke mana-mana sekeluarga kan.  Kami takde agenda jalan-jalan pun sebab nak kena cari barang untuk hantaran adik ipar.  Raya cina ni ha nak kawen.  Tapi petang Jumaat lepas saje la ambik angin kat taman. Faqihah ni ha nak feed fish katanya.  Memang selalu pun kalau ada kelapangan dan cuaca cerah kita orang datang sini bagi makan ikan dan layan Faqihah main kt playground.  Dekat jer haa dengan rumah, 5 minit je, hehe.

Memang best betul bagi makan ikan kat sini sebab semuanya lapar-lapar belaka.  Dari yg kecik baru jumpa air hingga lah ikan yang besar gabak, semuanya berebut-rebut nak dapatkan makanan yang kami lemparkan.  Siap tindih antara satu sama lain.  Kalau yang besar-besar tu dapat la ke depan tp yg kecik kesian tertindas duk belakang tak dapek nak mencelah.  Boleh dikatakan ralit la melayan ikan ni semua, sedar-sedar makanan ikan dah habis, hehe.  Pernah sekali bawak mak mertua dengan adik ipar datang sini, excited bagi makan sampaikan kena berebut makanan ikan tu dengan Faqihah, last2 pegi beli 1 bungkus lagi, hahaha.
tengok... pakat duk nganga mulut jer...hehehe

dekat jer ni, boleh tangkap dengan tangan jer. mula-mula aku ingat nak pegang jugak tp dasar penakut bila tengok beberapa ekor ikan keli ...heheh

view dari atas jambatan kecil

tu la kolamnya...

No comments:

Post a Comment