Friday, February 15, 2013

First Time Makan Nasi Kandar

Aku tak pernah makan nasi kandar.  Mr.  Haza pun aku rasa jarang kot.  Kat Penang memang banyak restoren nasi kandar.  Tapi, tak pernah pulak terlintas nak pegi.  Kalau balik Penang, selalu yang terlintas cuma char kuew teow, laksa, meehun sup, pasembor, sotong kangkung, mee udang dan jeruk pak ali.  :D

Tengahari semalam sebelum bertolak pulang ke Semenyih, sempatlah singgah ke restoren nasi kandar.  Tu pun sebab adik Mr.  Haza yang kirim kt maknya nak tapau nasi kandar.  So, singgah aje la dulu walau pun driver dah bagi hint nak cepat ;)

Sepengetahuan aku nasi kandar ni mahal sikit la berbanding kalau kita beli nasi lauk kari kat kedai makan biasa, hahaha.  Entah la.  Ni nak try ni. 

Kedai pilihan adik Mr. Haza untuk untuk tujuan tapauan. MIL yg tunjukkan jalan sbb dh biasa pergi.


lauk-pauk semuanya merah-merah.  kita orang tapau campur serba sedikit dlm satu plastik.  mcm tu rupanya yer.


 yg mengirim nak lauk ayam goreng so, kita orang pun skali harung la ambik lauk sama.


berhenti kat RnR makan nasi kandar. tengok tangan budak sorang tu perabiskan telur masin ku...huhuhu

Kesimpulannya aku rasa biasa jer makan nasi kandar ni.  Macam makan nasi lauk kari je.  Tapi rasa kurang lengkap la sebab kat kedai tu takde sambal belacan, keh keh keh.  Almaklum la dah terbiasa makan nasi + kari + sambal belacan. :D



Wednesday, February 13, 2013

Cendol Pulut di kala hangat cuaca

Amacam cuti korang semua?  Mesti syok kan.  Kami masih lagi dalam mood bercuti.  Sepatutnya hari ni Mr. Haza dah masuk ofis tapi sambung cuti lagi alang-alang faqihah punya cuti tadika sampai hujung minggu ni.  Isnin depan baru bukak.  Alhamdulillah pernikahan adik Mr. Haza selamat sudah.  Nanti kalau aku rajin aku upload gambar, maklum la part pilih2 gambar tu yg lomah sikit, hehehe.

Hari Ahad after kenduri kita orang gerak balik penang.  Hari isnin sepupu Mr. Haza bertunang kt penang.  Hari selasa apa lagi, :D gerak ke Kuala Perlis la.  Itu pun bertolak dah tengahari gara-gara duk +- nak pergi ke tak.  Mr.  Haza la kepenatan setelah beberapa hari duk memancing.  Jangan tanya hasilnya yer, muahaha.  Yang adoooo. :p

Kita orang sempat la singgah ke Padang Besar.  Giler ramai orang sampai selisih bahu.  Nak pilih2 pun terpaksa bersesak2.  Last2 beli baju kt Faqihah jer.  Lagi pun dah janji dengan kawan nak makan laksa.  Nasib baik la dapat makan jugak sbb kedai favourite kawan tu tutup la pulak hari selasa.  Pegi kedai lagi satu pulak nasib baik la bukak, tu pun dah nak tutup sbb dah lewat petang.  Gambar laksa tak sempat nak snap sbb dah kebulur laksa sangat kan.  Aku pun malas nak snap depan kawan, hehehe.

Otw kitaorang ke Perlis sebelum tu sempat la singgah pekena cendol pulut kat Jo Cendol Pulut, Changlun.  Aduh! enak tak terkata menikmati cendol di kala cuaca yang benar2 panas kat belah utara ni.  Banyak betol dia orang letak buah kabung sampai tak habis aku makan.  Faqihah pulak, dia buat perangai pelik macam orang tak pernah jumpa cendol.  Dia kacau-kacau-kacau cendol tu last2 dia tak makan pun.  Suruh try, dia tak nak.  Mak dia laju je sluurrrpppp :D :D :D


tengok la muka pelik dia 'telek' cendol tu...


banyak betol buah kabong

ni mangkuk aku la...laju betol sedut..muahaha...





Thursday, February 07, 2013

Yahooooo! Jom kita bercutiiiiiiii!


Yahooo! Musim cuti kembali lagi, hehe.  Cuti kali ni kami melakukan aktiviti menghantar rombongan nikah kawen.  Hari ni sibuk mengemas dan packing barang-barang.  Semalam dah turunkan beg besar dari almari.  Beg yang selalu diusung ke sana sini terutama bila nak balik kampung :D  Tapi kenapa macam tak sudah2 kemas baju, entah apa lagi la yang nak disumbat ni.  Kalau boleh sumbat  almari baju bagus jgk, tak payah pening2 nak pilih2 baju kan….hahaha. :p

Petang nanti InsyaAllah lepas Asar bertolak ke Semenyih dulu.  Jumpa dengan family Mr. Haza dulu sebelum sama-sama berangkat ke Parit Buntar, Perak awal-awal pagi besok.  Tadi MIL text cakap bakal pengantin demam tak leh bangun.  Aduh, camne ni adik ipaq…lusa nak nikah.  Kalau awak perempuan tak apa, duduk diam2 jer masa majlis akad nikah.  Ini awak yang nak kena jabat tangan tok kadi yg juga merangkap bakal pak mertua awak.  Harap-harap demam tu tak larat la yer dan cepat2 sembuh.  Ameen.

Kok ipaq dah siapkan bekas hantaran kawen ni.  Mr. Haza nak sponsor untuk adiknya so, kena la aku yg hiaskan.  Bekas sahaja okeh, barang hantaran di bawah tanggungan pengantin, hehe.  Aku ni bukan la pandai sangat.  Keras tangan.  Main tempek2 guna pistol gam tu jer ha.  Gubah2 aku tak reti.  Agak-agak bekas kt bawah ni aku transform jadi camne? jd transformer? hahahaha..... sila jangan imagine canggih2 sebab aku tak sekreatif korang semua.

ini rupa sebelum...rupa selepas....tungggguuuuu...


Cuti seminggu, aktiviti nikah kawen tu 2 hari je.  Lepas tu apa lagi….buat agenda kita la pulak.  Mr.  Haza ajak balik Penang, katanya nak pegi mancing.  Adoiii, boringnya.  Aku pujuk dia kalau nak balik penang, apa lagi alang2 jom la kita ke Kuala Perlis pekena laksa perghliss.  Tu diaaaaa, tak hengat punya jauh nak makan laksa.  Macam la kt negeri Johor yang permai ni takdak laksa, hahaha.  Alaaa… tu trick jer tu, trik tak nak jadi penunggu sedangkan beliau syok2 nak pegi mancing kan.  Hahahaha… kelas tak idea?  Sambil-sambil tu harap2 dapat la jumpa kawan kat sana, kawan baik kami semasa berada di Auckland dulu.  Semoga Mr. Haza tak reject trick aku ini walau pun trick ini sudah terbongkar, muahahaha.

Wednesday, February 06, 2013

Donut Keledek





yang banyak ni untuk tujuan frozen. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menyambung lagi menu keledek.  Resipi ini asalnya adalah dari donut kentang yang dihasilkan oleh Ros Jintan Manis.  Kemudian ditukar oleh K.Nor Secubit Garam menjadi donut keledek.  Aku pulak ambik resepi ni kat blog K.Yati

Donut Keledek

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit) - saya follow k.yatie
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh - saya guna fresh milk
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis 

 Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Monday, February 04, 2013

Kuih Keria



Mr. H request nak keria yang nipis-nipis.

Semalam kan plan asal nak buat donut keledek tapi Mr. haza pulak request kuih keria.  Akhirnya donut pun buat, kuih keria pun buat kemudian sempat pulak siapkan inti karipap yg juga guna keledek....hehehe.  Ni namanya hari keledek :D

So lepas ni entry keledek berderet-deret la yerk, hahaha... :p

Sambil-sambil tu aku nak cerita pasal cuaca yang panas terik kemudian disirami hujan mencurah-curah.  Waaahhhh, nikmatnya kan.  Sehari dua ni memang panas terik kemudian semalam dengan hari ni hujan turun mencurah bumi.  Syoknya rasa macam nak sambung tido jer pagi-pagi tadi tapi tak boleh sebab kerja banyak menunggu tu haaaa.  Sebut pasal hujan panas teringat pulak pengalaman 'berharga'  semasa berada di New Zealand dulu.  Kisahnya nanti la aku akan story mori, sekarang kena sambung buat keje dulu yer adik kakak.

Kuih Keria
Sumber :  quinnie@MyResipi

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih) - ina ada keledek putih jer
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air 
Cara-cara:

  1.  keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.

Saturday, February 02, 2013

Snow Cheesecake








Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Aku tengok ramai blogger masak-masak dah cuba kek ni.  Memang aku dah gedik sangat nak try tp minggu ni sibuk sikit nak siapkan hantaran kahwin adik ipar yang nak nikah minggu depan.  So, tak tau la bila ada kesempatan.  Almaklum la bila dah ngadap buat hantaran tu jadi ralit.  Tapi petang semalam semangat dah berkobar-kobar nak buat jugak walau macam mana sekali pun.  Membawa ke malam baru la siap kek dan disimpan dalam peti dulu seperti yg disuruh resepi.

Ni la first time aku buat kek span yang menggunakan ovelet.  Maklum la masa duk kt new zealand dulu bayang ovelet pun tak pernah nampak.  Berdebar habis jugak masa bakar kek ni, hahahaha.  Harap-harap jangan la collapse atau bantat ke.  Mau kecewa berguling-guling, keh keh keh :D  Alhamdulillah nasib baik jadi.  Fuuhhh! Lega.

So, macam mana rasa kek ni?  Seperti namanya kek ni memang penuh rasa keju.  Sedap cuma pada aku muak sedikit dan masin.  Hehe...masin tu mungkin disebabkan cheddar cheese.  Aku pun minta la komen dari Mr. Haza.  Kali ni pandangan beliau serupa dengan aku.  "Kuatnya rasa cheese".  Kata beliau spontan.  "Yang kt bawah dah sedap tp kt atas masin la".  Kata beliau lagi.  Sudahnya beliau makan kek sahaja dan tinggalkan cream  topping cheese itu.  Haiiissshhh, membazir jer, dah la cis mahal :p  Nampaknya aku kena bersetuju dengan kak MaDiHaA pasal kek ni.  Cuma pada aku kek ni macam misteri, walau pun muak tp tetap ada kesedapan yg tak tau tang mana, hahaha.  Susah mau explain, kena rasa sendiri.  Dan disebabkan aku dalam fasa diet la kononnya maka aku pun bagi la kt 2 jiranku.

Sumber:  Izah Muffin Lover
Sumber Utama : Sherry mz@MyResipi


Snow Cheesecake / Kek Keju Bersalji

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

 Cara-cara:
  1.  Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar. 
  2.  Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.  Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.*izah potong kek  menggunakan benang
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
kek semasa dibakar naik gebu tp setelah dikeluarkan (tunggu sejuk) ia mengecut sedikit.


aku belah/potong guna pisau jer. pisau besar lagi senang keje.

dapat la dua untuk atas dan bawah. saspen jer nak alihkan sbb lembut mcm nk melendik patah
guna pinggan jer maklum la mengenangkan space dlm peti yg penuh harta karun tu... :p tp mula la lepas tu kek ni tenggelam sikit ke tengah sbb pinggan tak rata, hehehe
Faqihah sangat suka, ni potongan kedua untuk dia.