Aku tak pernah makan nasi kandar. Mr. Haza pun aku rasa jarang kot. Kat Penang memang banyak restoren nasi kandar. Tapi, tak pernah pulak terlintas nak pegi. Kalau balik Penang, selalu yang terlintas cuma char kuew teow, laksa, meehun sup, pasembor, sotong kangkung, mee udang dan jeruk pak ali. :D
Tengahari semalam sebelum bertolak pulang ke Semenyih, sempatlah singgah ke restoren nasi kandar. Tu pun sebab adik Mr. Haza yang kirim kt maknya nak tapau nasi kandar. So, singgah aje la dulu walau pun driver dah bagi hint nak cepat ;)
Sepengetahuan aku nasi kandar ni mahal sikit la berbanding kalau kita beli nasi lauk kari kat kedai makan biasa, hahaha. Entah la. Ni nak try ni.
Kedai pilihan adik Mr. Haza untuk untuk tujuan tapauan. MIL yg tunjukkan jalan sbb dh biasa pergi. |
lauk-pauk semuanya merah-merah. kita orang tapau campur serba sedikit dlm satu plastik. mcm tu rupanya yer. |
yg mengirim nak lauk ayam goreng so, kita orang pun skali harung la ambik lauk sama. |
berhenti kat RnR makan nasi kandar. tengok tangan budak sorang tu perabiskan telur masin ku...huhuhu |
Kesimpulannya aku rasa biasa jer makan nasi kandar ni. Macam makan nasi lauk kari je. Tapi rasa kurang lengkap la sebab kat kedai tu takde sambal belacan, keh keh keh. Almaklum la dah terbiasa makan nasi + kari + sambal belacan. :D