Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Tuesday, June 29, 2010

TREVALLY MASAK SAMBAL TUMIS / TUMIS LADA


Masak simple lagi. Senang keje aku, hahaha. Sebenarnya aku dalam proses nak mencuba pelbagai resepi. Hari-hari duk skodeng dapur orang. Tapi tu la kan, ada bahan yang cukup ada bahan yang tak cukup. Dan ada yang aku cuba tak menjadi...kui kui kui...pecah lobang. So, sepi la blog ni tanpa cerita. Ni takat masak sambal tumis ni sape2 pun boleh buat. Masakan paling instant kalau kebuntuan idea. Saje la tepek kt sini skdr mengisi ruang. Masak merah ni lebih kurang sama aje cuma klu ayam & daging tu gunakan sos tomato atau tomato puri dan kalau seafood gantikan dgn air asam jawa. Teringat pulak tahun lepas gotong royong buat ayam masak merah untuk jamuan raya MAPSA. Pedas tak hengat, abis 'menangis' semua orang. Menangis2 pn ramai jgk yg terkenang2 ayam masak merah MAPSA City. Agak2nya tahun ni, MAPSA bahagian mana pulak yg ditugaskan untuk masak2 jamuan raya. Cewah, dh ckp psl raya, pose pun belum lg...keh keh keh...

Bahan-bahan

• 2 keping ikan trevally yg telah dipotong
• 1/2 biji bawang besar - dikisar
• 2 ulas bawang merah - dikisar - tp aku tak letak sbb tak ada
• 2 ulas bawang putih - dikisar
• 1/2 inci halia - dikisar
• 2 sudu besar cili kisar - aku guna 1/2 sudu extra hot chilli powder
• Belacan (optional)
• Air asam jawa secukupnya
• Gula / nissan/ gula melaka secukupnya
• Garam secukupnya
• 1/2 biji hirisan bawang besar


Cara-cara

1. Ikan dibersihkan dan digaul dgn garam & kunyit. Goreng & ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kelihatan layu.
3. Masukkan serbuk cili atau cili kisar. Masak hingga hampir garing dan hilang bau maung cili.
4. Masukkan gula. Biar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan belacan kalau suka.
5. Masukkan air asam jawa, kemudian garam. Biar sebati. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan. Pastikan sambal tadi serata pada ikan. Boleh juga dituang terus pd ikan tanpa perlu menggaulkannya di dalam kuali.

Nota: bahan2 kisar tu sukatannya adalah anggaran sahaja. Biase aku dah siap2 blend untuk stok beberapa hari sahaja (tak boleh lama2, tak sedap & bawang tu pn akan bertukar warna). Bila time nak guna cedok saje dalam 5-6 sudu besar.

Saturday, June 26, 2010

SINGGANG IKAN TREVALLY


Ikan singgang pun masuk blog jugak? Tak pe lah, bukan senang nak buat ikan singgang kat negara omputih ni kalau tak cukup bahan. Tak cukup bahan tak cukup la rasa singgang. Nasib baik ada Asian Supermarket (kedai cina), boleh la jumpa lengkuas, kunyit hidup, asam gelugor/keping. Frozen pun frozen la dr tak ade langsung.

Ikan yang aku guna ni namanya ikan trevally. Kalau kt malaysia tak tahu la apa namanya tp aku tengok rupanya macam ikan selar cuma saiznya aje yang besar. Sori la, aku ni bab ikan tak berapa nak terer sangat. Ngaku aje la, hehehe. Semalam skodeng masakan2 ikan kt dapur Hana. Seronok baca corat coret dia pasal ikan fresh kt Jepun sane. Kami kt sini bukan selalu pn makan ikan, mahai. Tapi kalau kena time ada promosi tu, ok la harganya. Macam kali ni dapat la ikan trevally yang kecik sikit so harga pn ok la. Kalau tak selalunya besar gabak. Buat apa la banyak2 setakat kami bertiga. Ikan pn kalau simpan lama2 dah tak sedap.

Berbalik pada singgang tadi. Nak letak jugak ke resepi? Setakat masak rebus camni sape2 pun boleh masak. Tapi tak pe la, sebab tengah rajin kan...hehehe. Mesti ada yang konfius kenapa aku letak lada hitam dalam singgang. Kalau tahu dek mak aku ni mesti dia cakap mana la aku belajar masak singgang macam ni, keh keh keh. Alkisahnya aku dapat style ni dari kawan aku yang mak dia merupakan tukang masak orang kenduri-kendara. Dia cakap mak dia masak macam tu. Dan aku pun tau mak dia masak sedap. So, aku pun try la. Ntah apa beza aku tak tau tapi aku rasa macam sedap jugak. Layan aje la....hehehe..

Bahan-bahan

• Seekor ikan trevally (ikut kesukaan anda)
• 2 ulas bawang merah - aku takde bawang merah, so gantikan dgn sehiris bawang besar
• 1 ulas bawang putih - belah dua
• 1 inci kunyit hidup - hiris
• 1/2 inci lengkuas - hiris
• 1 keping asam keping/gelugor
• 10 biji lada hitam (optional)
• Beberaa biji cili padi - (optional)
• Air secukupnya
• Garam secukupnya

Cara-cara

1. Bersihkan ikan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
3. Tunggu sehingga ikan masak. Tutp api dan boleh dihidangkan.

STRAWBERRY LOUISE TARTS

Tart kegemaranku..

ini dah bukan nama strawberry louise tarts dah...dh jadi nutella tarts


Tart ini antara pencuci mulut yang paling aku suka. Sebabnya sedap & mudah dibuat. Resepi dalam iklan tv Foodinaminute jer. Tapi kalau buat tart ni terpaksa la ada dua versi. Sebabnya cik abe tak suka apa-apa food yang ada kelapa. So, biasanya inti tetap sama cuma kat atas tu aje aku tukarkan, cover dengan lebihan pastri. Untuk kali ni cik abe nak filling nutella so, apa susah... cedok aje la nutella....hehehe... Untuk resepi asal & menyaksikan video iklan membuat tart ini sila rujuk di sini

Bahan-bahan (12 biji)

• 75 gram butter (lembut/suhu bilik)
• 1/4 cawan gula kastor
• 2 biji telur (diasingkan putih & kuning)
• 1 cawan tepung gandum
• 1 tsp baking powder
• 1/2 cawan Rose's Strawberry Conserve (aku guna aje apa2 jem yang ada kt rumah)
• 1 tbsp gula
• 1/4 cawan kelapa

Cara-cara

1. Panaskan oven 180°C . Griskan tin/tray muffin dengan butter. Aku guna bake cup so tak perlu lg gris.
2. Pukul butter dan gula sehingga kembang dan berkrim. Kemudian masukkan kuning telur satu persatu.
3. Masukkan tepung gandum dan baking powder yang telah diayak bersama. Gaul sehingga menjadi doh yang lembut. Sekiranya doh terlalu lembut, bungkus dgn plastik & masukkan ke dalam peti sejuk selama 20 minit.
4. Canai doh dengan meletakkan doh di antara 2 helai baking paper. Potong doh kepada 12 bahagian (base) dengan bulatan berukuran 6-7 cm. Letakkan base ke dalam tin/tray muffin yang telah disediakan tadi.
5. Masukkan jem atau filling kesukaan ke dalam base tadi.
6. Untuk meringue; pukul putih telur dan gula sehingga kembang mcm buat kek chiffon tu. Kalau diterbalikkan tak akan jatuh. Masukkan kelapa. Kacau perlahan sehingga rata.
7. Masukkan ke atas base yang telah berisi jem tadi.
8. Bakar selama 12-15 minit sehingga perang. Setelah masak, biarkan seketika di dalam tin muffin sebelum disejukkan di redai.

Friday, June 25, 2010

CUPCAKES PANDAN


Orang buat cupcakes, kita pn nak buat jgk. Tapi retinya tidak. Ni kali kedua buat cupcakes siap dgn icing deco. Dah namanya pn tak reti buat, so kena la rajin mencuba kn. Maka mencuba la lagi.
Kebetulan ada kawan datang rumah. Saje2 la ajak kawan2 lepak minum2 di hujung minggu. Kemudian buat la cupcakes ni. Tp yg kelakarnya deco depan tetamu pulak....sbb tak sempat, hahaha... Dah la tip no brp ntah yg untuk tulis saiz kecik hilang. Terpaksa la guna tip yg besar sikit. Hantam ajer la labu. Lepas tu siap tulis nama sorang2 termasuk nama anak2 dgn mak & ayah anak skali. Sape takde nama tak boleh makan....boleh? hahaha, cam zalim jer bunyi. Takde la....gurau2 jer. Hurmm... cupcakes ni takde la cantik sgt pun, maklum la hasiL tangan amatur tp boleh la dimakan dgn selamat....yuhuuuu.............

Ok, resepinya spt biase la cedok dlm myresipi. Main cedok jer guna resepi Kek Chiffon Keladi buat cupcakes perasa pandan ni. Hentam aje la labu...sbb aku suka makan kek ni so, sbb tu aku guna resepi ni. Oleh kerana myresipi dh tak 'available' skrg maka aku link kan dgn tuan empunya resepi ni sendiri, En. Mat atau nama glamernya kt myresipi Mat Gebu. Sila rujuk Chiffon Perisa Keladi & Pandan Chiffon

KEK CHIFFON

Bahan-bahan ( Acuan Chiffon Berukuran 26cm )
~klu guna muffin pan/tray, boleh dpt dlm ><24>

Bahan A
• 6 kuning telur (gred A)
• 150 g gula halus
• 100 ml pati santan (guna santan kotak)
• 100 ml minyak jagung/masak
• 70 ml air
• 225 g tepung gandum*
• 1 1/2 camca teh baking powder*(*diayak bersama)
• 1 camca teh perisa pandan
• 1/2 camca teh pewarna hijau
• Secubit garam

Bahan B
• 6 putih telur (gred A)
• 135 g gula halus
• 1/2 camca teh cream of tartar

Cara-cara

1. Dalam satu bekas, satukan semua bahan A dan kacau dgn wisk hingga semua sebati dan larut. Ketepikan sebentar.

2. Masukkan putih telur ke dalam mixing bowl, masukkan cream of tartar dan putar pada kelajuan tinggi. Masukkan gula sedikit demi sedikit sambil terus memukul hingga kembang dan kental.

3. Gaulkan putih telur tadi ke dalam no.1 dgn kaedah "kaup balik" hingga sebati.

4. Tuang dalam acuan muffin yg telah diletakkan cup paper. Hentak 2 - 3 kali utk membuangkan ruang2 udara dalam adunan kek tadi.

5. Bakar dalam oven pada suhu 175C, selama 10 - 15 minit. Bila kek masak, keluarkan dari oven dan sejukkan di atas redai.

6. Bila kek betul2 sejuk, barulah dihias dgn butter cream mengikut kesukaan masing2.

Monday, June 21, 2010

SALMON STEAK

I love salmon, yummy!


Sehari dua ni rajin pulak menggodek blog. Maklum la baru berjinak-jinak dengan dunia blog. Dulu teringin jugak nak ber blog tp tak tahu nak cerita pasal apa. Lagi satu ada penyakit M nak mengarang ni. Tapi sekarang rasa seronok pulak tengok blog orang yg duk tepek2 resepi ni. Apa salahnya mencuba kan. Lagi pun sejak duduk sini, suka benar mencuba pelbagai resepi. Dulu....habuk pun tak tau. Hehehe....

Minggu ni takde cubaan resepi terbaru. Banyak stok barang2 dah 'yellek'. So, tak pe la... tepek aje la menu2 yg sebelum ni post kt fb jer. Malam ni nak tepek Salmon Steak. Resepi ni diinspirasikan dr myresipi.com. Baca sekali lalu dan lupa pulak nak save. So, bila time buat tu hentam ikut citarasa sendiri. Nak cari semula, myresipi dh tak boleh access.

SALMON STEAK

Ikan
• Sekeping salmon steak
• Lada hitam
• Lada sulah
• Sedikit garam

Sos Putih
• 1 sudu besar butter
• 1 cawan susu segar
• 1 sudu kecil tepung gandum
• Sedikit lada hitam

Lain-lain
• Mix Vegetables
• Lemon

Cara-cara

1. Lumurkan salmon steak dengan lada hitam, lada sulah & garam secukupnya. Aku pakai grinder aje lada hitam tu. Sebab tu nampak kasar sikit. But i like it! Perap seketika sebelum digoreng. Gunakan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng. Kalau guna non stick pan, tak perlu goreng pakai minyak lg.
2. Sediakan sos putih. Cairkan butter dalam fry pan, kemudian masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 supaya tidak berketul. Kemudian masukkan fresh milk diikuti serbuk lada hitam. Siap.
3. Untuk sayur cuma perlu stimkan seketika. Siap untuk dihidangkan.

Sunday, June 20, 2010

KEK COKLAT & BUTTER ICING

sangat ceria dapat buat kek...hehe

letak dalam cups pn ok

Kek Coklat merupakan kek kegemaran ramai. Dan yg paling penting kegemaran tukang makan yg ada dalam rumah ni...hehehe. Buat pun tak de la susah mana. Dulu guna resepi yg kakak aku bg tp tiba-tiba hilang la pulak resepi tu. Sekali bila belek2 myresipi terjumpa la resepi yg hampir sama. Cuma resepi yg aku jumpa ni lg canggih, siap dgn ganache. Namanya pn canggih 'Death By Chocolate Cake'. Malam ni pulak tak dapat buka myresipi, so tak dapat la nak link. Nanti dah ok, aku edit.

Tapi masa ni aku tak buat ganache, sebaliknya aku bubuh butter cream jer. Ni sebab tiba-tiba jer rase nk makan so, guna bahan mana yg ada kt rumah jer. Oh, yer...maafkanlah cream yg nmpak tak smooth itu, saya budak baru belajar... ;-)

KEK COKLAT

• 2 cawan gula (kisar)
• 2 cawan tepung (ayak)
• 3 biji telur grade A / size 7
• 1 cawan cocoa powder
• 1 cawan susu cair
• 1 cawan minyak (@ butter cair)
• 1 cawan air panas mendidih
• 1 tsp soda bikarbonat
• 1 tsp baking powder
• 1 tsp esen vanilla

Cara-cara

1. Tepung, cocoa powder, soda bikarbonat & baking powder diayak bersama.
2. Pukul gula & telur sampai kembang, tambahkan esen vanilla.
3. Masukkan susu & minyak / butter cair ke dalam adunan, kacau sebati.
4. Masukkan bahan2 yg diayak (cara 1.) ke dalam adunan. Gaul dengan cara kaup balik.
5. Akhir sekali masukkan air panas. Kacau sebati.
6. Bakar selama 45 miniy pada suhu 175-180 degree. Boleh juga kukus selama lebih kurang 1 jam.

BUTTER ICING

Bahan-bahan ( Boleh hias sebiji kek 1 kilo )
• 250gm butter
• 150gm shortening
• 250gm icing sugar (diayak dulu)
• 2 sudu besar susu segar
• Pewarna ikut suka

Cara-cara

1. Pukul kesemua bahan (kecuali susu segar) hingga kembang atau rupa berubah menjadi putih gebu...
2. Setelah cream kembang, putih dan gebu (sekiranya nampak kurang lembut barulah masukkan susu cair tadi) jika cuaca panas mungkin cream tidak memerlukan susu kerana akan menajdi agak lembut
3. Ambillah banyak mana cream yang diperlukan dan letak pewarna ikut suka. Kacau sehingga rata...

Saturday, June 19, 2010

NASI KERABU PERANTAU


Dulu masa baru beberapa bulan duduk di Auckland ni teringin benar nak makan nasi kerabu. Tapi mengenangkan diri sendiri tak pernah buat nasi kerabu dan bahan-bahan pun susah nak dapat (pada fikiran aku ketika itu) maka hajat nk makan nasi kerabu tu dilupakan aje.

Sehingga la pada satu hari aku terbelek di myresipi.com dan terjumpa la satu resepi namanya Nasi Kerabu Perantau. Alkisahnya diberikan nama perantau kerana tuan punya resepi tu berada di luar Malaysia ketika itu dan dgn kebijaksanaannya menggunakan dan menggantikan bahan-bahan yg sesetengah susah nk dpt maka terhasilkan nasi kerabu. Aku sangat suka resepi ini kerana amat mudah dan rasanya sedap (ada rasa nasi kerabu la....hehehe). Dan mcm biase la, aku ada la ejas2 sikit mengikut keadaan aku. Kata orang walau pn tak betul2 sama tp dapat la jg merasa hampir2 sama....hehehe....(ni part aku perasan sedap lar.....kekeke).

Bahan-bahan ( 4-5 orang )

Nasi
• 4 cwn beras
• 1 sudu kecil garam
• 4 1/2 cawan air - macam masak nasi biasa.. nak lembik/keras kena tambah/kurangkan air
• 2-3 titik pewarna kuning
• 2-3 helai daun limau purut(optional)
• 1 btg serai-diketuk(optional)

Sambal Tumis
• 5-10 biji lada kering
• 1/2 biji bawang besar
• 2 ulas bawang putih
• 1cm halia
• 1cm kunyit/ 1 sk serbuk kunyit
• 200ml/ 1/2 tin santan pekat
• 2 btg serai
• 2 keping asam gelugur
• 2 sudu besar budu / 3 sudu besar sos ikan
• garam dan gula melaka

Sambal ikan
• 1 ekor ikan kembung- saiz besar
saya pakai tuna dlm tin aje, senang ;-)
• 1 cawan kelapa kering/ kelapa parut
• 2 ulas bawang putih
• 1/3 biji bawang besar (4-5 biji bawang merah)
• 1 batang serai
• 1cm halia

Kerabu
• kubis
• timun
• taugeh
• daun kesum

Bahan lain- optional
• solok lada
• telur asin
• bawang jeruk
• ayam goreng kunyit
• sambal belacan

Cara-cara

Sediakan sambal tumis
1. blend lada kering, bawang, kunyit dan halia sehingga lumat.
2. Panaskan minyak(kena banyak siket), tumis semua bahan blend tadi sehingga pecah minyak

Masak nasi
3. Cucikan beras dan masukkan semua bahan utk masak nasi yang lain. Masaklah seperti masak nasi biasa.

Cara sedia sambal kelapa ikan
4. Bersih ikan dan bakar. Sementara tu bolehlah goreng kelapa
5. Goreng kelapa tanpa minyak dengan api kecil sehingga jadi perang. Kalau kelapa parut ni kasar, bolehlah ditumbuk sekejap ketika kelapa masih panas-panas.
6. Asingkan isi ikan dengan tulang. Tumbuk isi ikan untuk kelihatan halus.
7. Tumbuk pula bawang dan serai, sehingga lumat. Kalau guna food processor masukkan bawang dan isi ikan sekali gus ke dalam food processor .
8. Campur sekali ikan dan bawang, goreng tanpa minyak sehingga agak garing.
9. Campurkan ikan dengan kelapa goreng tadi. Masukkan garam dan gula. Gaul hingga sebati.

Kerabu
10. Hiris semua sayur dan gaul ratakan.
11. Bila nak makan tu, ambik sikit semua bahan dan letak ke dalam nasi. Boleh juga dimakan dengan bahan lain tu.. lagi sedap

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...