Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Tuesday, September 21, 2010

BLUBERRY & STRAWBERRY MARBLE CHEESECAKE


Salam semua! Sihat2 belaka ker? hehehe... tuan umah baru kembali bersiaran. Start sebelum raya hingga sekarang, duk gambar nasik daging tu la....muahahaha. Tak 'berasap' blog aku, tapi dapur tetap berasap wokeh! hehehe. Cam raya sakan jerk kan? Padahal biase2 jer. Okey la skrg masuk citer ciskek plak. Klu rajin next time la citer psl raya, tu pun klu ada yg nk baca, muahahaha.....



Sbnarnya tak cadang pun nak buat ciskek ni tp tiba2 teringat ada fresh cream yg nak xpired hjung minggu ni. Sebenarnya dah lupa beli fresh cream nak buat apa. So, tiba2 jer idea nk mkan ciskek menjelma. Kemudian teringat plak ada satu resepi kt blog hanamemoris yg dh aim & save dlm otak sejak k.hana post entry ciskeknya itu. Tp disebabkan ini agenda mengejut so, ada la bahan2 yg tak available kt rumah di saat itu. Resepi ni guna whipping cream tp aku gantikan dgn fresh cream + gula (yg dipukul kembang). Ini pun dpt ilmu dari K.As. Tp yg harunya aku dh lupa k.as bagitau gula byk mana & gula apa. Last2 aku bantai 1/2 cawan gula icing + 200 ml fresh cream.

Sumber : Hana
Bahan-bahan

Untuk base (jika suke biskut byk, leh gandakan base nih)

  • 80g biskut merie or etc - hana gune ritz - saya guna biskut jagung jer sbb itu jer yg ada kt rmh
  • 50g butter - cairkan

Untuk Cheesecake

  • 250g cream cheese
  • 200g whipping cream - saya ganti 200 ml fresh cream + 1/2 cwn gula icing (pukul kembang)
  • 150g yogurt plain
  • 50g gula - leh add
  • 15g gelatin
  • 60ml air panas
  • 50g buah blueberry tin - hana gune yang segar+ jem -guna fresh strawberry sbb itu jer yg ada kt rmh
  • 25ml syrup blueberry - bleh gune filling@jem blueberry

Cara-cara

  1. Hancurkan biskut sehingga menjadi serbuk. Sediakan loyang springform 18cm. Alas loyang dengan plastik wrap atau kertas minyak supaya senang nak keluarkan.
  2. Tuang mentega ke dalam biskut. Kacau rata. Tuang ke dalam loyang dan padat2kan. Simpan di dalam peti sejuk sekurang2nya 30min-sejam.
  3. Bancuh gelatin dengan air panas. Kacau sehingga gelatin larut. Suamkan. (atau boleh juga kaedah double boiler utk satukan gelatin nih agar tidak berbiji2)
  4. Pukul cream cheese dan gula hingga gula hancur dan nampak gebu. Masukkan yogurt dan juga whipping cream. Pukul lagi hingga sebati. Masukkan gelatin dan pukul lagi hingga rata.
  5. Gunakan spatula, masukkan buah blueberry dan juga syrup. Tak perlu kacau sebati sebab inginkan hasil seperti marble. Tuang ke dalam loyang biskut tadi. Dan sejukkan semula di dalam peti ais lebih kurang 2-3jam.
  6. Potong dan hidangkan.

Friday, September 03, 2010

NASI DAGING DAN AIR ASAM



Semua orang dah sibuk cerita pasal raya, buat kuih raya, balik kg dan mcm2 lg berkenaan raya. Waaaaa.....males dgr...males dgr! Sian kt kita raya mcm x raya. Nak2 skrg ni musim semua org tgh sibuk bertungkus lumus dgn nak siapkan apa2 paper untk mana2 conference kan dan mcm2 lagi, maybe derang pn x brp nk pikir psl raya. Kami yg kaum2 bini yg x study ni....ikut ajer la, huhuhu....

Takpe la, org lain semua citer pasal raya, kita nak cite psl nasik lg, hahaha. Kuih raya tggu la mggu depan klu ada mood, buat skit2...nanti mesti jiran nak dtg terjah, kan...klu xde sekut raya, sian lak kt jiran2 kita yg bz2 semua tu...hehehe. Wokeh la cite psl nasik daging pulak. Klu ikut MILku, masak nasik daging ni guna perencah Iman aje. Tp yer la kan, dh duk jauh ni mana nk cari perencah tu so terpaksa la guna kekreatifan sendiri. Usaha jgk cari resepi sbb ada org tu suka mkn. Tgk resepi kt MyResipi, skjp berkenan yg itu, kemudian berkenan yg lain pulak....last2 gabung jer semua resepi tu. Lg pun terpaksa ejas skit sbb kami ni masak sket jer untuk 3 org. So, resepi ni diinspirasikan dari sini dan sini. Terima kasih kpd yg menyumbang resepi, dpt la merasa mkn nasik daging.

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmathi - saya campur dgn beras jasmeen
  • 500 gram daging / secukupnya - potong dadu mengikut saiz kesukaan anda
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3-4 biji cengkih
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut sehingga daging empuk. Simpan air rebusan daging.
  2. Tumis (menggunakan mentega) kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, dan tumis hingga layu.
  3. Masukkan rempah kurma yg telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Basuh beras dan toskan.
  5. Sukat air rebusan daging, sos tomato & susu cair mengikut paras sukatan memasak nasi spt biasa (yg anda msk bg 2 pot beras). *contoh: 1 1/2 cawan air rebusan & 1/2 cawan susu cair.
  6. Masukkan bahan tumisan td (sekali dgn minyak mentega), garam & kacau rata. Kemudian masukkan daging secukupnya dan daun pandan. Masak dlm periuk nasi spt biasa.

** Nasi daging ni sedap dimakan dgn sup dan air asam. Disebabkan kami ni makan x byk so sebahagian air rebusan daging tadi saya tinggalkan sikit untuk dibuat sup (kentang). Tumis (dgn minyak)rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pala serta bawang besar dan halia hingga naik bau kemudian gunakan air rebusan td. Kemudian tambahkan kentang dan daun sup. Walau bagaimana pun klu ada stok daging banyak, boleh aje masak sup daging lain.


AIR ASAM
Sumber : yummiez MyResipi


Bahan-bahan
  • 2 - 3 biji cili merah - tumbuk - tak letak, cili mahaii lor! kkdg ganti ngan capsicum jerk.
  • 3/4 biji bawang merah - tumbuk - saya x letak pun
  • 2 sudu teh belacan - tumbuk
  • 1 biji bawang merah - hiris
  • 1 biji cili merah -hiris - saya ganti dgn bbrp biji cili padi
  • 1 biji tomato - hiris
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - ni saya tambah
  • jus limau
Cara-cara
  1. Tumbuk / blend semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam dan gula secukup nya. Tak perlu byk sgt (garam) kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

Thursday, September 02, 2010

APPLE CRUMBLE PIE



Sumber : Hana

Orang lain dah start buat biskut raya, kita ni duk tayang menu2 biase jer lg. Tak tahu la nak buat ke tidak sekut raya ni. Mcm x raya mana pun rasa. Nasib la kan, dah duk tempat orang. Tp tgk la nanti, klu rajin buat la sikit2 biskut yg mudah2 aje. Orang2 Oklen, takde sape ke nk buat open house tahun ni weh, nak gi serang ni....hahahaha. Tuan Presiden owh tuan, takde bunyi pn majlis raya MAPSA...tak raya ke kita tahun ni? keh keh keh....

Wokeh la, layan Apple Crumble Pie yg buat bbrp hari lepas. Ambik resepi kt dapur K.Hana jer yg katanya telah diedit dari dailydelicious blog.


Bahan-bahan

Utk Crumble *loyang 18cm

  • 100g tepung gandum
  • 40g gula
  • 80g butter sejuk dr peti ais
  • sedikit garam

Utk Inti

  • 3 biji epal - kupas dan potong dadu
  • 2 sudu mkn gula perang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cinnamon

Cara-cara

  1. Satukan semua bhn crumble sehingga menjadi serbuk breadcrumb. ketepikan.
  2. Dalam mangkuk lain, satukan semua inti dan gaul sebati. ketepikan.
  3. Ambil sedikit dr adunan crumb dan tekan padat di dasar loyang.tk perlu terlalu tebal. (tp jika ingin lapisan tebal wat adunan crumble 11/2 adunan).Bakar sekejap dlm 10minit.
  4. Kemudian masukkan inti. Tutup inti dengan menaburkan lebihan crumb tadi.
  5. Bakar lagi suhu 180 hingga kekuning2an.
  6. Siap dihidang. Enak juga jika dimasukkan ke dalam peti sejuk.


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...