Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, August 02, 2013

Biskut Bunga Cina Versi Che Su


Che Su tu mak aku la.  Orang panggil beliau Che Su. 

Biskut ni kategori biskut semperit la kan? Ada macam-macam resepi.  Yang ni ambik dari mak.  Tak tahu la mak dapat daripada mana.  Tak pernah tanya pulak.  Yang pasti sejak aku kecik lagi memang mak buat biskut ni masa raya.  So, bila takde biskut ni rasa macam tak raya pula.  Sekarang mak dah pencen buat kuih... tunggu anak-anak beliau bawak balik jer.  Anak2 beliau yg jantan tu sudah pasti akan kasi kuih tunjuk2 jer...hehe.

Nasib baik sempat jugak aku minta resepi ni dari mak.  Masa tu kat Auckland lagi...gigih call mak semata-mata nak makan biskut ni.  Bukan takde resepi kat internet tp nak tahu jugak macam mana resepi mak.  Tengok2 memang ada beza sikit. Sikit jer la. Tahun lepas pulak adik-adik jantan aku punya la rajin mengemas sebelum raya, dengan buku resepi mak sekali dibuangnya.  Kebetulan pula buku tu kena makan sikit dek anai-anai so mak letak luar nak bersihkan.  Sekali budak2 tu ingat buku orang dah tak nak... dibuangnya....hahaha.  Paling lawak setelah disedari mak sempat lagi budak2 tu berkejar ke tempat sampah untuk nak cari balik.  Tapi sayang dah terlambat...lori dah angkut pergi.. :D :D :D

Faqihah pula bila tengok aku buat biskut ni katanya 'mama buat biskut Upin dan Ipin....biskut yang Kak Ros buat tu'.  Hehehe...baru aku teringat ada satu siri tu pasal puasa dan raya, ada tunjuk mereka buat biskut ni.


Biskut Bunga Cina Versi Che Su

Bahan-bahan
  • 1 cawan marjerin - aku guna butter
  • 1 cawan gula halus (gula yang dikisar) - aku guna gula icing - ayak
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 sudu kecil essen ros
  • 1 cawan tepung jagung - ayak
  • 1 1/2 cawan + (3-4 sudu besar) tepung gandum. - ayak - yang 4 sudu tu masukkan sikit2 jika adunan lembik.
  • Ceri secukupnya untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul gula dan telur menggunakan senduk sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur.  Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan essen vanila dan essen ros.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang kosisten.  Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum.  Adunan tidak boleh lembik kerana apabila dibakar ia akan mengembang dan bunga menjadi penyek.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan bunga cina / bunga dahlia dan tekan ke dulang pembakar.  Letakkan ceri sebagai hiasan.
  6. Doh yang belum digunakan mestilah ditutup menggunakan tuala atau plastik.  Kerana doh yang terdedah pada udara akan cepat mengeras.  Kalau ini terjadi, kena tambah sedikit butter.  Pastikan doh sentiasa ditutup ketika ambik untuk digunakan.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.  Bergantung juga kepada kesesuaian oven anda.  Boleh naikkan suhu atau masa membakar sekiranya biskut belum masak.  Sekiranya oven cepat panas atau menggunakan dulang hitam, boleh kurangkan suhu.
  8. Apabila sudah masak, berhati-hati untuk mengalihkan biskut ini.  Seeloknya biarkan seketika kerana biskut yang masih panas adalah lembut dan rapuh.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...