Perrrrhhh....dah 3 tahun lebih rasanya tak makan durian. Oooppss! silap daa, tahun 2009 ada balik Malaysia dan makan durian. Lepas tu tak de merasa durian sehingga la sekarang baru dapat menyantap durian sepuasnya...yum! yum!
Balas dendam? Mana ada. Tak de. Tak de la aku makan mcm orang yg nk 'balas dendam' waktu berbuka puasa tu, keh keh keh. Sebabnya durian ni bukan la sesuatu yang aku 'gila'kan sangat namun tetap jgk termasuk dalam kategori buah yg disukai. Senang citer, kalau ada-aku makan, kalau takde-aku takde pulak nak mencari kecuali la disebabkan 'faktor2 pendorong', hehehe. Tapi kalau dah banyak depan mata, bedal ajer la...muahaha.
Tadi terbaca artikel Dr. Zubaidi yang ada menyentuh tentang durian yg dikatakan mengandungi banyak gula dan karbohidrat - 2 ulas yang bersaiz sederhana mengandungi kira-kira 60 kalori. (Artikel : Makan Durian Ketika Hamil). Uishhh, camne ni... hancusss la diet i sebab dah balun banyak ulas doreyan ni. Lepas ni nampaknya kena makan seulas jer la seperti di bawah ni yer adik kakak....hehehe...
mana cukup seulas only...hehehe |
Sebut pasal durian ni kan teringat peristiwa nak makan durian frozen masa kt oklen dulu. Alahai, gelak sorang2 bila lihat kembali video itu. Nak upload kt sini tapi tak dapek kerana ada sedikit masalah teknikal. Next time la yer. :)