Friday, June 07, 2013

Edisi Terkenang Lagi : Kari Kepala Ikan Salmon


Perrrhhhh....terbayang-bayang pulak kesedapannya...

Murah jer kepala ikan salmon ni.  mat salleh kan suka makan fillet/steak jer, kepala ni tolak tepi la, sbb tu mulah2 saje harganya maaa...


Haissshhh, seminggu dua ni banyak pulak keluar entry mengimbau kenangan dolu-dolu.  Sebenarnya aku tengah menghabiskan cuti sekolah di kampung.  So, tak de la aku masak-masak melainkan tolong-tolong mak apa yang patut jer.  Selebihnya aku duduk bersenang lenang la, HAHAHA.  Tu pasal seminggu dua ni posts aku kt blog ni semuanya kisah 'cari gali' je, hehehe.

Petang tadi aku baca entry ikan salmon grill kt blog k.hana, tetiba teringat pulak masa duduk auckland dulu punya la suka benor Mr. Haza makan kari kepala ikan salmon sampaikan kalau boleh hari-hari nak suruh masak tu.  Errrkkk....tukang masak pun dah tak lalu nak hadap mende tu tp suka jer masak sebab senang, hehe.

Try godek2, rasa2nya tak de lagi entry kari kepala salmon ni.  Gambar pun entah ke mana.  Godek-godek fb (lagi) jumpa la gambar kari tersebut kt fb mak mertuaku.  Kari tu aku buat semasa beliau datang ke oklen.  

Sedap tau kepala salmon ni.  Lemak berkrim disukai ramai.  Tapi kalau orang tak biasa, tak boleh makan juga salmon ni.  Macam ikan patin yg lemak-lemak tu, lebih kurang begitu la rasanya... bukan semua orang boleh makan, kaaannnn?

Sejak balik Malaysia dah setahun lebih ni, aku belum pernah lagi beli dan masak ikan salmon.  Entahlah, bila aku tengok kat pasaraya tu pucat semacam jer kaler salmon aku jd tak de semangat nak beli, dah la harga mahal.  Ikan salmon kalau tengok kat badan/isi dia memang betul-betul pink + oren gitu kaler nye...terang benderang, hehehe.  Tapi yer la kan, kat sini ikan salmon tu nak sampai harus naik kapal ke tongkang ke dulu, keh keh keh.  Yang kat sana tu dah sah-sah la dari perairan mereka sendiri.  Eh, ikan salmon hidup kat laut ke kat sungai? Haah...sila la google sendiri yer, hehe :P

Tapi kalau teringin sangat atau mengindam ke, apa kaler pun bedalllll ajer la...hihihi.

4 comments:

  1. wah, terkenang-kenng ye.. Ros tak makan ikan salmon.. tak pernah try lagi buat masa ni,

    ReplyDelete
    Replies
    1. ros, cuba try test dulu hehehe....mula-mula mmg rasa mcm pelik, tp dh bbrp kali try, mesti sedaaaaappp. :)

      Delete
  2. Assalam ina,
    betul tu bukan semua yang makan ikan salmon..itu termasuklah hakak ni..heheh hubby akak makanlah tapi bila makan susahi ajelah...selain dari tu memang tak reti masak dan makan ..ikan patin ikan keli akak tak reti makan..kalau tilapia ok jugalah..:)

    ReplyDelete
    Replies
    1. kak, saya dulu tak makan jugak ikan patin dan keli. maklom la orang terengganu reti makan ikan laut jer. tp bila dh further study dan jumpa ramai kawan dr pelbagai pelusuk negeri jd berani plak mencuba, hehehe...emmhhh,,sedap la pulak...hiiiiii..

      Delete