Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Friday, August 02, 2013

Biskut Bunga Cina Versi Che Su


Che Su tu mak aku la.  Orang panggil beliau Che Su. 

Biskut ni kategori biskut semperit la kan? Ada macam-macam resepi.  Yang ni ambik dari mak.  Tak tahu la mak dapat daripada mana.  Tak pernah tanya pulak.  Yang pasti sejak aku kecik lagi memang mak buat biskut ni masa raya.  So, bila takde biskut ni rasa macam tak raya pula.  Sekarang mak dah pencen buat kuih... tunggu anak-anak beliau bawak balik jer.  Anak2 beliau yg jantan tu sudah pasti akan kasi kuih tunjuk2 jer...hehe.

Nasib baik sempat jugak aku minta resepi ni dari mak.  Masa tu kat Auckland lagi...gigih call mak semata-mata nak makan biskut ni.  Bukan takde resepi kat internet tp nak tahu jugak macam mana resepi mak.  Tengok2 memang ada beza sikit. Sikit jer la. Tahun lepas pulak adik-adik jantan aku punya la rajin mengemas sebelum raya, dengan buku resepi mak sekali dibuangnya.  Kebetulan pula buku tu kena makan sikit dek anai-anai so mak letak luar nak bersihkan.  Sekali budak2 tu ingat buku orang dah tak nak... dibuangnya....hahaha.  Paling lawak setelah disedari mak sempat lagi budak2 tu berkejar ke tempat sampah untuk nak cari balik.  Tapi sayang dah terlambat...lori dah angkut pergi.. :D :D :D

Faqihah pula bila tengok aku buat biskut ni katanya 'mama buat biskut Upin dan Ipin....biskut yang Kak Ros buat tu'.  Hehehe...baru aku teringat ada satu siri tu pasal puasa dan raya, ada tunjuk mereka buat biskut ni.


Biskut Bunga Cina Versi Che Su

Bahan-bahan
  • 1 cawan marjerin - aku guna butter
  • 1 cawan gula halus (gula yang dikisar) - aku guna gula icing - ayak
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 sudu kecil essen ros
  • 1 cawan tepung jagung - ayak
  • 1 1/2 cawan + (3-4 sudu besar) tepung gandum. - ayak - yang 4 sudu tu masukkan sikit2 jika adunan lembik.
  • Ceri secukupnya untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul gula dan telur menggunakan senduk sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur.  Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan essen vanila dan essen ros.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang kosisten.  Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum.  Adunan tidak boleh lembik kerana apabila dibakar ia akan mengembang dan bunga menjadi penyek.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan bunga cina / bunga dahlia dan tekan ke dulang pembakar.  Letakkan ceri sebagai hiasan.
  6. Doh yang belum digunakan mestilah ditutup menggunakan tuala atau plastik.  Kerana doh yang terdedah pada udara akan cepat mengeras.  Kalau ini terjadi, kena tambah sedikit butter.  Pastikan doh sentiasa ditutup ketika ambik untuk digunakan.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.  Bergantung juga kepada kesesuaian oven anda.  Boleh naikkan suhu atau masa membakar sekiranya biskut belum masak.  Sekiranya oven cepat panas atau menggunakan dulang hitam, boleh kurangkan suhu.
  8. Apabila sudah masak, berhati-hati untuk mengalihkan biskut ini.  Seeloknya biarkan seketika kerana biskut yang masih panas adalah lembut dan rapuh.

Sunday, July 28, 2013

Biskut Chocolate Oats Crips


Ngam-ngam dapat satu balang tutup merah ni.
  

sori la gambar kelabu asap, guna phone je. memory card kamera dah full. malessss nk clearkan, huhuhu

 My first sekut raya untuk tahun ini.  Baru jer siap tengahari tadi.  Biskut ni memang dah jadi pilihan hati.  Sejak masa kt auckland dulu lg.  Dapat resepi kat blog Mas Duniaku.  Sekali try terus berkenan dan buat tiap2 tahun.  Maklum aje la membuatnya senang ajer.  Rasanya pun sedap, rangup dan ditambah pula dengan chocolate chips.  Kalau nak lagi sedap letak la badam ke apa....hahaha kasi lagi mewah rasa sekut ni.  Kalau nak gentel tu jangan besar2 sangat maklum la sekut raya kan... kalau besar2 nanti dah serupa chipsmore pulak...hahaha.

Ok, disebabkan ramai yang mintak resepi, sila la salin yer puan-puan. Memang berbaloi buat sebab sedap dan senang.  Faqihah memang suka sangat biskut ni. 

Biskut Chocolate Oats Crips


Sumber : MasDuniaku


Bahan :

  • 130g tepung gandum - diayak
  • 30g tepung jagung - diayak
  • 20g serbuk koko -  diayak
  • ½ sk serbuk penaik - diayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak - tak letak
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum -additional dr Mas & Izah, i follow..
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • 1 cawan chocolate chips - additional dr Mas, i follow..


Cara membuatnya :

  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang. - ina tak terap, sekadar bulat2kan dgn tangan je
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit. Mas bakar selama 20 minit. Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven. Untuk dapatkan biskut yang cantik keraknya...lapik dulang dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.


Thursday, July 18, 2013

Ooooo...tak masak yerrr



Hehehe....inilah nikmatnya berada di bumi Malaysia.  Bila bulan puasa, wujud la bazar Ramadhan.  Masa berada di Auckland dulu mintak maap la yer yg ada cuma bazar 1 hari di bulan ramadhan.  Maknanya orang Malaysia ni usaha jugak buat bazar ramadhan tp cuma sehari jer la, hehehe.  Lepas la rindu tu kan walau pun makanan yang ada tak la semeriah kat tanahair tercinta.  Bazar pun bukan la banyak sangat gerainya.

Motif hari ni citer pasal bazar ramadhan?  Keh..keh..keh... sebenarnya kan semalam terpaksa (ceewah! :p) beli juadah kat bazar.  Maklom la bila peti sejuk 'shutdown' dan melakukan keje-keje 'penyucian' (hahaha...) maka boleh la mencari alasan untuk menjebakkan diri ke bazar ramadhan....hehe.

Ini pilihan kami, ikan pari bakar.  Boleh tahan jugak rasa cuma sambal tu macam kering sikit biladh tiba time berbuka dan tak disertakan dengan air asam.  Rasa sambal tu macam asam pedas cuma pekat/kering.  Dan daun-daun salad tu aku tambah sendiri la kat rumah :D.




Ini pula menu sahur.  Biasanya bos kat rumah memang tak nak makan nasi tapi angin sepoi-sepoi bahasa mana ntah datang menyapa, beliau kata nak try mende alah dalam tin ni.  Maka, masak la nasi untuk sahur.  Mende2 dalam tin ni bukan la aku gemar sangat sebab tak fresh....kaaaan kawan-kawan tp ada jugak stok kat  rumah untuk emergency katakan, hehe.  Rasa spicy mussels ni?  Sambal dia ok la cuma mussels tu macm ada rasa pahit skit sedangkan kalau yang fresh memang saaaaaangat manis.  Dah nama pun dalam tin kan.

Tapi, yang kerang punya sedap la jugak.  Masakan segera dalam tin macam ni bagi aku sesuai kalau nak travel ke oversea yg mana susah nak dapat halal food atau kedai halal tu jauh dr tempat penginapan.  Sesuai jugak untuk orang yang malas masak atau malas keluar rumah, hahaha.





LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...