Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Tuesday, January 18, 2011

DONUT (TANPA TELUR)



Hari ni layan donut jer la yer. Dah lama tak makan donut. Lagi pun tak pernah lg masukkan entry donut. Resepi ni aku dapat dari kawan. Biasa la kami ni mmg suka sangat tag meng-tag gambar2 hasil masakan kami kt facebook. So, one day tu my fren ni tag la donut ni. Tak tau la dia dapat resepi ni dari mana. Nape la aku tak tanya. Nanti la aku tanya semula dgn dia. Yer la kan, sebab aku nak masukkan dalam blog ni kena la ada sumber dan link nyerrr....nanti tak pasal2 kena marah plak dengan tuan empunya resepi....ampuuuun! tidak...tidak...ini bukan resepi saya, saya tak reti nak reka resepi sendiri, saya reti kopipes jer....huhuhu...

Ok, berbalik pada cerita donut. Biasanya kalau buat donut aku suka guna resepi skyblue kt MyResipi. Sedap donut tu, makan kosong tanpa gula pun sedap. Tapi kali ni aku nak try resepi ni pulak sebab takde telur. Kiranya sesuai la kan untuk mereka yg tak boleh makan telur atau alergik dengan telur. Donut ni gebu dan padat, kiranya puas hati la buat. Tapi rasa memang tak sama dengan donut yg ada telur sebab donut bertelur (errkkk...betul ke ayat ni?) rasanya lemak2 skit.


Ok, layan resepi di bawah. Mintak halal yer pada tuan empunya resepi.




Sumber : Majalah RASA
Bahan-bahan
  • 200gm tepung
  • 20gm gula
  • 20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
  • 1 sudu teh yis kering
  • 1/2 sudu teh garam
  • 100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
  • Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.

Cara-cara

  1. Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
  3. Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
  4. Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
  5. Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
  6. Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.




Note: Kalau guna breadmaker, masukkan semua bahan2 dalam BM dan tunggu hingga siap dan teruskan dgn step 5 tadi.

18 comments:

  1. hohohoho..nampak best!
    Thanks ina for sharing resep nya.
    pasni akak nak try la. sbb amira suka donut, tp akaka belikan dunkin donut je kat die.. sbb akak jadi 'lemah' bila ada yis. Tp ni cam mudah je..

    btw, akak guna pewarna Queens tu je Ina.

    ReplyDelete
  2. montok nya donut tuuu...sebiji nak rasa..hehe

    ReplyDelete
  3. wah menarik resepi ni...donut pun menarik gebus jer...:)

    ReplyDelete
  4. @K.Fariza,
    try la kak. senang jer ni. saya pulak tak pernah beli pun dunkin donut kt sini... :) thanks for the info psl pewarna tu ;)

    @Izah,
    montok yer zah? hahahaha...tu baru tengok donut, tak tengok lagi org yg buat donut tu.... hehehe. nah, ambik sejibik donut... hihihi...

    @Nieza,
    try jgn tak try...nak2 klu berpantang telur. Tp klu takde pantang larang, donut yg ada telur lg sedap sbb rasanya lebih lemak2... :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...