Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Thursday, January 13, 2011

BUN SARDIN






Bun ni simple jer tapi puas hati membuatnya. Resepi ni asalnya adalah bun tuna tapi telah diejas serba sedikit. Kebetulan pulak kt rumah takde stok tuna, yg ada cuma sardin so intinya tukar kepada sardin la. Kalau nak tukar inti jem pun takde masalah sbb masih menggunakan doh asas. Bun ni diserikan lagi dgn bijan tapi sebab kami ni kurang suka sikit dengan bijan so, aku sapukan aje dengan kuning telur yg dicampur dgn sedikit pewarna kuning. Tp klu sesiapa yg sensitif sikit dgn telur, means cepat 'tangkap' rasa hanyir telur tu atau tak bleh makan telur, boleh ajer skip je step tu. Wokeh, resepi seperti di bawah.

Sumber :alma MyResipi

Bahan-bahan ( 12-16 biji )
Untuk doh
  • 180ml air
  • 20g butter - ina letak 10g butter, 10g shortening-
  • 1 sdk garam
  • 1 sdb gula
  • 330g tepung gandum
  • 1 sdb susu tepung
  • 1 sdk instant yeast - ina letak 2 sudu-
  • 1/2 sudu kecil bread improver -tambahan, resepi asal tak letak-


Untuk inti

  • 1 tin kecil sardin (sos sardin guna separuh sahaja, ikan dilenyek)
  • 1/2 biji bwg besar cincang
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili
  • sedikit perahan lemon atau air asam jawa
  • note: kesemua bahan ini ditumis dan dimasak seketika hingga kering.
  • ~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~~
  • Tuna (dlm tin) + 1-2sdb mayonis, gaul rata - resepi asal-

Untuk glaze & toppings

  • 1 sdk susu segar
  • 1/3 biji telur
  • Sedikit sesame seeds (bijan)
  • @ ina cuma guna kuning telur yg dicampur sedikit pewarna kuning

Cara-cara

  1. Masukkan kesemua bhn2, ikut susunan tu, ke dlm breadmaker. Ikut arahan breadmachine msg2 utk buat doh.
  2. Bila siap uli, bawa keluar doh dr breadmachine dan tumbuk-tumbukkan.
  3. Bentukkan bulat kecil (saiz ikut masing2), then leperkn. Sudukan sedikit inti tadi dan tutup rapat2. Letakkan atas bekas pembakar yg dah digriskan sedikit.
  4. Untuk toppings: Pecahkn sebiji telur, kacau then amik 1/3 aje (byk2 kang membazir lak sbb nk gunanye sket jer). Kemudian campurkn 1/3 telur td dgn susu segar & kacau. Then sapukan atas bun tadi, pastu taburkn sket bijan atas bun.
  5. Ulang buat sampai habis doh. Then rehatkan bun dlm 40-50min atau biar ia naik sekali ganda drpd saiz asal, kalau nk leh je tutup longgar bun td dgn cling film (tp saya xbuat2 pun…naik gak dgn jayanyer).
  6. Then bakar dlm preheated oven 190ÂșC selama 10-12min atau sampai atasnye golden.




8 comments:

  1. sedapnya bun sardin, nmpk lembut dan gebu jer roti tu...

    ReplyDelete
  2. mas'
    mmg lembut mas, puas hati buat. next time akak nk guna tuna plak. lg senang tak payah tumis2 dah cuma gaul ngan mayonis jer.

    ReplyDelete
  3. ala..geramnya tengok bun..sangat comel.camne banyak entry terlepas ni..aduyaii bukan apa kak.,..akak nyer blog ni tak leh masuk dlm bloglist saya..tah ngapa tah.dah banyak kali dah try..nak kena cuba lagi ni..tu yang asik tak perasan entry baru akak ni..comel cek mek bawah tu.wahh ..kek alunan tu napa kak?tak jadi ke alunnya tu?tak berapa nampak pulak....tapi buttecream nya tu sangat kemas dan comel je... ishh nak kena try lagi masuk dlm bloglist saya tu blog kak ni..huhh napa la tah

    ReplyDelete
  4. Izah,
    Lorrr, nape jd lagu tu? emhhh, akak ni buta IT so x reti la nk tlg jwbkan. kena try lg la kot & klu x bleh jgk, no worries... abaikan jer, akak no hal la...hehehe

    pasal kek tu mmg nak kena try lg la. hari tu frust sbb telur satu hal pastu agaknya pukul lama kot sbb bila bakar tu jd gunung meletup la...hahahaha.... jelezzz benor nengok kek dia!

    ReplyDelete
  5. Salam Ina, thn 79 juga ke?kalau betul kita sebaya lah yer...btw cun nengok bun tu sure sedap.....nanti boleh cuba...tq for sharing..;)

    ReplyDelete
  6. Salam Nieza, a'aa sebaya la kita :) lepas ni boleh la kita pakat2 'kopi-mengkopi-pes' (rosak bahasa, huhuhu) segala resepi. :)

    ReplyDelete
  7. Bun tu bakarnye api atas bawah ke?

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...