Friday, August 02, 2013

Biskut Bunga Cina Versi Che Su


Che Su tu mak aku la.  Orang panggil beliau Che Su. 

Biskut ni kategori biskut semperit la kan? Ada macam-macam resepi.  Yang ni ambik dari mak.  Tak tahu la mak dapat daripada mana.  Tak pernah tanya pulak.  Yang pasti sejak aku kecik lagi memang mak buat biskut ni masa raya.  So, bila takde biskut ni rasa macam tak raya pula.  Sekarang mak dah pencen buat kuih... tunggu anak-anak beliau bawak balik jer.  Anak2 beliau yg jantan tu sudah pasti akan kasi kuih tunjuk2 jer...hehe.

Nasib baik sempat jugak aku minta resepi ni dari mak.  Masa tu kat Auckland lagi...gigih call mak semata-mata nak makan biskut ni.  Bukan takde resepi kat internet tp nak tahu jugak macam mana resepi mak.  Tengok2 memang ada beza sikit. Sikit jer la. Tahun lepas pulak adik-adik jantan aku punya la rajin mengemas sebelum raya, dengan buku resepi mak sekali dibuangnya.  Kebetulan pula buku tu kena makan sikit dek anai-anai so mak letak luar nak bersihkan.  Sekali budak2 tu ingat buku orang dah tak nak... dibuangnya....hahaha.  Paling lawak setelah disedari mak sempat lagi budak2 tu berkejar ke tempat sampah untuk nak cari balik.  Tapi sayang dah terlambat...lori dah angkut pergi.. :D :D :D

Faqihah pula bila tengok aku buat biskut ni katanya 'mama buat biskut Upin dan Ipin....biskut yang Kak Ros buat tu'.  Hehehe...baru aku teringat ada satu siri tu pasal puasa dan raya, ada tunjuk mereka buat biskut ni.


Biskut Bunga Cina Versi Che Su

Bahan-bahan
  • 1 cawan marjerin - aku guna butter
  • 1 cawan gula halus (gula yang dikisar) - aku guna gula icing - ayak
  • 2 biji kuning telur
  • 1 sudu kecil essen vanila
  • 1 sudu kecil essen ros
  • 1 cawan tepung jagung - ayak
  • 1 1/2 cawan + (3-4 sudu besar) tepung gandum. - ayak - yang 4 sudu tu masukkan sikit2 jika adunan lembik.
  • Ceri secukupnya untuk hiasan

Cara-cara

  1. Pukul gula dan telur menggunakan senduk sehingga sebati.
  2. Masukkan kuning telur.  Pukul lagi sehingga sebati.
  3. Masukkan essen vanila dan essen ros.
  4. Masukkan tepung jagung dan tepung gandum sedikit demi sedikit sehingga mendapat adunan yang kosisten.  Kalau adunan lembik, boleh tambahkan tepung gandum.  Adunan tidak boleh lembik kerana apabila dibakar ia akan mengembang dan bunga menjadi penyek.
  5. Masukkan adunan ke dalam acuan bunga cina / bunga dahlia dan tekan ke dulang pembakar.  Letakkan ceri sebagai hiasan.
  6. Doh yang belum digunakan mestilah ditutup menggunakan tuala atau plastik.  Kerana doh yang terdedah pada udara akan cepat mengeras.  Kalau ini terjadi, kena tambah sedikit butter.  Pastikan doh sentiasa ditutup ketika ambik untuk digunakan.
  7. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.  Bergantung juga kepada kesesuaian oven anda.  Boleh naikkan suhu atau masa membakar sekiranya biskut belum masak.  Sekiranya oven cepat panas atau menggunakan dulang hitam, boleh kurangkan suhu.
  8. Apabila sudah masak, berhati-hati untuk mengalihkan biskut ini.  Seeloknya biarkan seketika kerana biskut yang masih panas adalah lembut dan rapuh.

Sunday, July 28, 2013

Biskut Chocolate Oats Crips


Ngam-ngam dapat satu balang tutup merah ni.
  

sori la gambar kelabu asap, guna phone je. memory card kamera dah full. malessss nk clearkan, huhuhu

 My first sekut raya untuk tahun ini.  Baru jer siap tengahari tadi.  Biskut ni memang dah jadi pilihan hati.  Sejak masa kt auckland dulu lg.  Dapat resepi kat blog Mas Duniaku.  Sekali try terus berkenan dan buat tiap2 tahun.  Maklum aje la membuatnya senang ajer.  Rasanya pun sedap, rangup dan ditambah pula dengan chocolate chips.  Kalau nak lagi sedap letak la badam ke apa....hahaha kasi lagi mewah rasa sekut ni.  Kalau nak gentel tu jangan besar2 sangat maklum la sekut raya kan... kalau besar2 nanti dah serupa chipsmore pulak...hahaha.

Ok, disebabkan ramai yang mintak resepi, sila la salin yer puan-puan. Memang berbaloi buat sebab sedap dan senang.  Faqihah memang suka sangat biskut ni. 

Biskut Chocolate Oats Crips


Sumber : MasDuniaku


Bahan :

  • 130g tepung gandum - diayak
  • 30g tepung jagung - diayak
  • 20g serbuk koko -  diayak
  • ½ sk serbuk penaik - diayak
  • ¼ sk serbuk kulit kayu manis - ayak - tak letak
  • ¼ sk garam
  • 90g Quaker Oat Segera
  • 4-5 sudu nestum -additional dr Mas & Izah, i follow..
  • 200g mentega
  • 120g brown sugar
  • ½ sk esen vanilla
  • 1 cawan chocolate chips - additional dr Mas, i follow..


Cara membuatnya :

  1. Masukkan kesemua bahan yang diayak tadi dalam bekas.
  2. Masukkan garam, Quaker Oats segera, choc chips dan gaul rata.
  3. Pukul mentega, gula, vanilla sehingga gebu.
  4. Masukkan bahan yang telah diayak tadi sedikit demi sedikit.
  5. Uli hingga kental. Canai doh di atas papan yg ditabur sedikit tepung.
  6. Potong atau terap dan letak atas dulang. - ina tak terap, sekadar bulat2kan dgn tangan je
  7. Bakar dengan suhu 160 selama 12-15 minit. Mas bakar selama 20 minit. Biskut ni akan keras selepas keluar oven dan sejuk yerk..jadi jangan risau jika biskut ni kelihatan lembut lagi masa panas iaitu keluar dari oven. Untuk dapatkan biskut yang cantik keraknya...lapik dulang dengan kertas minyak yang telah disapu marjerin.


Thursday, July 18, 2013

Ooooo...tak masak yerrr



Hehehe....inilah nikmatnya berada di bumi Malaysia.  Bila bulan puasa, wujud la bazar Ramadhan.  Masa berada di Auckland dulu mintak maap la yer yg ada cuma bazar 1 hari di bulan ramadhan.  Maknanya orang Malaysia ni usaha jugak buat bazar ramadhan tp cuma sehari jer la, hehehe.  Lepas la rindu tu kan walau pun makanan yang ada tak la semeriah kat tanahair tercinta.  Bazar pun bukan la banyak sangat gerainya.

Motif hari ni citer pasal bazar ramadhan?  Keh..keh..keh... sebenarnya kan semalam terpaksa (ceewah! :p) beli juadah kat bazar.  Maklom la bila peti sejuk 'shutdown' dan melakukan keje-keje 'penyucian' (hahaha...) maka boleh la mencari alasan untuk menjebakkan diri ke bazar ramadhan....hehe.

Ini pilihan kami, ikan pari bakar.  Boleh tahan jugak rasa cuma sambal tu macam kering sikit biladh tiba time berbuka dan tak disertakan dengan air asam.  Rasa sambal tu macam asam pedas cuma pekat/kering.  Dan daun-daun salad tu aku tambah sendiri la kat rumah :D.




Ini pula menu sahur.  Biasanya bos kat rumah memang tak nak makan nasi tapi angin sepoi-sepoi bahasa mana ntah datang menyapa, beliau kata nak try mende alah dalam tin ni.  Maka, masak la nasi untuk sahur.  Mende2 dalam tin ni bukan la aku gemar sangat sebab tak fresh....kaaaan kawan-kawan tp ada jugak stok kat  rumah untuk emergency katakan, hehe.  Rasa spicy mussels ni?  Sambal dia ok la cuma mussels tu macm ada rasa pahit skit sedangkan kalau yang fresh memang saaaaaangat manis.  Dah nama pun dalam tin kan.

Tapi, yang kerang punya sedap la jugak.  Masakan segera dalam tin macam ni bagi aku sesuai kalau nak travel ke oversea yg mana susah nak dapat halal food atau kedai halal tu jauh dr tempat penginapan.  Sesuai jugak untuk orang yang malas masak atau malas keluar rumah, hahaha.





Tuesday, July 16, 2013

Nasi Ayam Goreng sedaaaaaaap

Nasi ayam goreng


Pejam celik dah masuk hari ke-7 kita berpuasa.  Waah seminggu tu.  Sekejap jer kan.  Setakat ni aku masak jer kat rumah.  Tak jejak lagi ke pasar Ramadhan.  Entah la, tak ada dorongan lagi nak pergi.  Tak seperti tahun lepas, bukan main lagi tak sabar-sabar nak membeli juadah kat pasar Ramadhan.  Maklom la 3 tahun lebih tak jumpa.  Tapi tahun ni, masak sendiri lebih menjadi keutamaan dan mendatangkan rasa puas hati.  Lagi pun kita orang bukan makan banyak.  Walau pun masak sikit jer tp tetap ada baki lagi kekadang tu.  Masing-masing tak nak over makan takut nanti pancit semasa terawih, hahaha.

Semalam kawan aku tanya pasal blog aku sebab nak cari resepi nasi ayam goreng.  Tetiba datang pulak idea untuk aku masak nasi ni untuk iftar kemarin.  Mr. Haza ni kalau datang cerewet dia boleh fonin jugak kepala nak masak apa.  Tapi kalau tiba time 'mudah', memang sonang sangat keje.  Contoh macam nasi ayam goreng ni.  Dia tak nak lauk tambahan dah.  Cukup jer nasi yg dah sedia dengan ayam tu dan salad, tapi dengan syarat wajib ada air asam.  Sonang kan, hehehe.

Sebelum ni dah pernah post resepi nasi ayam goreng kat sini.  Tapi kali ni menggunakan beras jasmin jer sebab takde stok basmati kat rumah.  Kali ini juga aku menggunakan resepi air asam sendiri seperti di bawah.

Bahan-bahan

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam

Cara-cara
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  4. Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  5. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

Air Asam

  • 1 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi -hiris
  • seketul belacan (2-3 cm)
  • 1 sudu besar sos cili
  •  2 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 cawan air (bergantung pd kepekatan yg diingini)
  • 1 buji limau kasturi
  • garam gula secukup rasa
Cara-cara:
  1.  Kisar cili merah, belacan dan gula (dalam1/2 sudu besar). Kalau rajin,boleh jer tumbuk. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Satukan sos cili, pes asam jawa bersama air.  Tuang ke dalam mangkuk tadi.  Kacau sebati.
  3. Masukkan bawang, tomato, cili padi yg telah dihiris.
  4. Perahkan limau kasturi dan masukkan garam.  Kacau sebati.

Saturday, July 06, 2013

Edisi Terkenang Lagi : Ramadhan dan Winter

Tadi cakap kat Mr. Haza, dah nak puasa yer kite.  Sekejap jer masa berlalu, sedar-sedar dah nak masuk tahun ke-dua kami puasa di tanah air.  Beliau pulak cakap, teringat sewaktu berpuasa di Auckland dulu, seronok sebab tak penat.  Maklom la bulan puasa jatuh pada waktu winter, di mana waktu siang adalah pendek dan sejuk yang menyebabkan tak rasa lapar.  Sedar-sedar pukul 5 lebih dah masuk waktu berbuka, dan time sahur plak lebih kurang jer cam waktu Malaysia....syok...syok....

Kenangan...kenangan...kan..

Tahun lepas start puasa kat Malaysia mula la rasa sedikit mencabar.  Hahaha....dasar mengada-ngada betol padahal dah berbelas-puluh tahun hidup kat bumi Malaysia, tak sedar diri punya olang....wakakaka.

Haissshhhh, tetiba pulak terbayang-bayang main salji masa lepas raya dulu...masa kat sane.  Masa tu dah nk hujung winter...bulan 9. Huuuuu, best ni kalau dapat salji tengah cuaca panas terik ni....keh keh keh.  Rasanya tak de lagi gambar main snow kt blog ni.  Aku kan dulu memang "rajin" la sangat kalau nak post entry jalan-jalan ni, semua main hantam dlm fesbuk jer.  Jap ah, nak selongkar sket.
 ....................................
............................
.....................
...............
..........
......
..
.

tasik apa ntah ni...otw nk ke gunung yg ada salji
Huka Falls.  Kalau tengok 'live' memang mengagumkan betol kebiruan airnya. Terpukau!
Tempat sewa peralatan nak main salji dan juga seluar/jaket kalis air.
antara kasut yang boleh disewa. kalau nak main papan luncur, kasut lain, klu nak ski, kasut lain. aku sewa kasut ski, mak aihhhh berat gilosssss..


kasut ski....nyesal aku ambik yg ni. berat macam bawak batu bata.  padahal bukan pandai main ski pon, asyik jatuh gedebuk jer...haha.

slide! oh, ini la permainan salji yang paling mudah.

dah slide tu, lotih jugak nk kena jalan panjat naik semula.

Friday, July 05, 2013

Suprised Holiday!

Tak pernah dibuat orang percutian suprise lagu ni.  Ni semua Mr. Haza punya keje la ni.  Sebenarnya beliau telah berhajat nak bawak family jalan-jalan sekiranya naik pangkat.  Ok la tu.  Konon nak suprise habis tp disebabkan nk dapatkan maklumat bini-bini adik-adik beliau untuk beli tiket flight terpaksa jugak la beliau bg sedikit clue.  Itu pun beliau pesan supaya adik-adik beliau tidak bocorkan kepada isteri-isteri mereka.  Cuma pesan ambik cuti aje la sekiranya perlu.  Dan kami pun sampai sudah tak tahu ke mana destinasi sehingga la sampai airport.  Yang pasti mesti la dalam negara sebab tak memerlukan pasport (dan sah2 la kami dah tak de pasport sejak perampok dah kebas itu hari, sila baca entry terdahulu kes pecah rumah. Tak pasal2 nanti nak kena buat pasport baru.)

Ok, berbalik kepada percutian terkozut ni sebenarnya aku dh tahu awal2, tu pun sbb clash dengan date konvo adik aku.  Tu yg beliau terpaksa bocorkan rahsia sbb tak dapat la aku nk join family aku untuk raikan konvo si adik. Cuma destinasi jer la yg beliau gigih keep secret.  Tp kan ayah aku dh teka siap2 yg destinasi itu adalah Pulau Langkawi.  Hahaha...tak sangka tepat tekaan pak mertua Mr. Haza ni haaaa....hahaha.

Laaa...Langkawi, ingatkan pegi Sabah, maklum la sebab dinyatakan naik fligh, for sure akan teka yg keluar semenanjung kan.  Yang kt semenanjung ni boleh naik kete jer.  Hahaha, padahal hakikatnya kalau nak pegi Langkawi naik kete tu mau jugak keletihan dan kerugian waktu sebab nak pergi on weekend jer kan.

Tak pe la, Langkawi pun seronok aper.  Lagi pun ni la first time dapat bercuti ramai-ramai, 9 orang iaitu mak, adik-adik beliau dan isteri masing-masing.  Aku pun pernah sekali jer jejak Langkawi.  Tu pun lebih kurang 11 tahun yang lalu, hahaha....lama betol tu.  Oh, tetiba dalam kepala terbayang perkataan 'shopping'! :p Oh ini memang seronok :D

Eh, Mr.  Haza dah susun macam-macam aktiviti tau tapi disebabkan plan nak naik cable car tergendala sebab ditutup untuk penyelenggaraan (which is beliau sangat frust nonggeng, hahaha) so, jadual tu dh berubah.  Bila jadual dah berubah last skali waktu untuk shopping tu dah jadi terlalu singkat.  So, capai mana yang sempat jer la.  Ceh, rasa macam nak patah balik jer hahaha.... tak puas aku nak shopping tau tp nak buat camne, karang tak pasal-pasal terlepas flight balik pulak.


masa flight balik tu aku tengok ramai betul passenger yang bawak plastik ijau ni, hehehe.


ini aje la yang sempat beli.. nak beli banyak2 kan, ongkos pun kena banyak la... hahaha


Thursday, June 20, 2013

PECAH!!!

Ok, ini bukan pasal filem Pecah yg trailer nye duk ulang tayang kt tv tu.  Aku pun tak tahu filem tu pasal apa.  Ini nak cerita pasal pecah rumah!  Sudah sebulan berlalu kes pecah rumah.  Rumah sape lagi, sob sob sob... 

Sejak kami pulang ke Malaysia masa tu kami takde rumah lagi so, jenuh jugak la mencari rumah sewa.  Boleh dikatakan memang teramat sukar sekali nak mendapatkan rumah sewa walau pun dah menggunakan pelbagai medium.  Akhirnya berjumpa jgk dan kami pun tak banyak songeh la terus grab.  Dan setelah tinggal kat sini aku boleh katakan suasananya ok, jiran-jiran yang ramah dan kawasan pun tak sunyi.  Feel good la yg boleh aku katakan.

Ok, pasal kes pecah rumah ni, kami cuma tinggalkan rumah semalam jer sebab pergi family day dan tempat family day tu dekat je dalam sejam perjalanan jer.  Sekali, balik rumah keesokkan harinya, tengok rumah dah kena pecah.  Ada la barang-barang berharga yang hilang yang membuatkan diri sendiri terduduk.  Shock pun ada tp dalam masa yang sama aku bersyukur Alhamdulillah kerana kejadian itu berlaku ketika ketiadaan kami di rumah.  Bak kata adik bongsu aku, 'nak hilang gelang ke nak hilang tangan'?.  Kui..kui..kui... Betol la tu.

Satu aku nak pesan kalau sape-sape menghadapi masalah seperti ni (mintak dijauhkan), tolong jangan sentuh apa-apa barang di tempat kejadian sehingga polis penyiasat datang.  Sebab after kita call polis, selalunya polis yg datang tu cuma just check keadaan jer dan minta kita kenal pasti barang-barang yg hilang untuk buat report.  After kita buat report kat balai polis/ibu pejabat polis, barulah polis penyiasat akan datang untuk siasat dan ambik gambar.  Ceh, tetiba terbayang muka Horatio, CSI Miami...keh keh keh.  So, never ever touch all the things until the officer finish their job!

 Bila ada orang tanya aku, kenapa barang sekian-sekian tak bawak sekali semasa keluar, aku no comment aku jer la.  Mende dah nak jadi kan.  Tp sekarang kalau orang tanya lagi soalan tu aku akan tersenyum sorang-sorang sebab aku teringat sembang aku dengan jiran yg datang tanya kabar pada hari tersebut.  Jiran aku cakap, bila balik kg dia akan bawak semua barang-barang berharga, kemudian anak dia bertanya, habis tu tv ni macam mana, tak nak bawak ke.  Jiran aku cakap, tak kan la tv pun nak bawak, nak taruk mana dalam kete, bukan muat.  Keh, keh, keh.....nak tergelak aku setiap kali mengingatinya.

Kat sini kita kena kena faham konsep Qada dan Qada'.  Sesuatu yang telah ditetapkan di luar keupayaan kita.  Dan Allah SWT telah mengizinkan sesuatu itu berlaku.  Kalau kita tak redha bermakna kita telah ingkar pada Qada' dan Qada' Nya.  Bukankah percaya pada Qada' dan Qadar itu termasuk dalam rukun iman.  Menolaknya bermakna tidak beriman.  Tapi sebagai manusia biasa adalah normal ketika kejadian kita ada perasaan sedih, marah, dan geram. Banyakkan beristighrfar semoga kita tenang dan sedar bahawa setiap sesuatu yang berlaku itu ada hikmah dan sebab musababnya.  Mungkin kita ada melakukan kesilapan, terlalai, atau kurang amalan, atau sebagai peringatan, hukuman, ujian dan macam-macam la yg akan membuat kita berfikir dan muhasabah diri.

Kami ambil pengajaran dari kejadian ini dan InsyaAllah bila masuk rumah sendiri nanti sedikit sebanyak dah tau aspek-aspek yang perlu dititikberatkan.  InsyaAllah. 

Tapi pada penjenayah itu aku doakan moga Allah SWT berikan dia hidayah, semoga tidak terjadi pada orang lain pula.  Amin.

Friday, June 07, 2013

Edisi Terkenang Lagi : Kari Kepala Ikan Salmon


Perrrhhhh....terbayang-bayang pulak kesedapannya...

Murah jer kepala ikan salmon ni.  mat salleh kan suka makan fillet/steak jer, kepala ni tolak tepi la, sbb tu mulah2 saje harganya maaa...


Haissshhh, seminggu dua ni banyak pulak keluar entry mengimbau kenangan dolu-dolu.  Sebenarnya aku tengah menghabiskan cuti sekolah di kampung.  So, tak de la aku masak-masak melainkan tolong-tolong mak apa yang patut jer.  Selebihnya aku duduk bersenang lenang la, HAHAHA.  Tu pasal seminggu dua ni posts aku kt blog ni semuanya kisah 'cari gali' je, hehehe.

Petang tadi aku baca entry ikan salmon grill kt blog k.hana, tetiba teringat pulak masa duduk auckland dulu punya la suka benor Mr. Haza makan kari kepala ikan salmon sampaikan kalau boleh hari-hari nak suruh masak tu.  Errrkkk....tukang masak pun dah tak lalu nak hadap mende tu tp suka jer masak sebab senang, hehe.

Try godek2, rasa2nya tak de lagi entry kari kepala salmon ni.  Gambar pun entah ke mana.  Godek-godek fb (lagi) jumpa la gambar kari tersebut kt fb mak mertuaku.  Kari tu aku buat semasa beliau datang ke oklen.  

Sedap tau kepala salmon ni.  Lemak berkrim disukai ramai.  Tapi kalau orang tak biasa, tak boleh makan juga salmon ni.  Macam ikan patin yg lemak-lemak tu, lebih kurang begitu la rasanya... bukan semua orang boleh makan, kaaannnn?

Sejak balik Malaysia dah setahun lebih ni, aku belum pernah lagi beli dan masak ikan salmon.  Entahlah, bila aku tengok kat pasaraya tu pucat semacam jer kaler salmon aku jd tak de semangat nak beli, dah la harga mahal.  Ikan salmon kalau tengok kat badan/isi dia memang betul-betul pink + oren gitu kaler nye...terang benderang, hehehe.  Tapi yer la kan, kat sini ikan salmon tu nak sampai harus naik kapal ke tongkang ke dulu, keh keh keh.  Yang kat sana tu dah sah-sah la dari perairan mereka sendiri.  Eh, ikan salmon hidup kat laut ke kat sungai? Haah...sila la google sendiri yer, hehe :P

Tapi kalau teringin sangat atau mengindam ke, apa kaler pun bedalllll ajer la...hihihi.

Wednesday, June 05, 2013

Fefeeling aku di musim autumn...




Aku memang tengah tak de keje ni.  Eh, rilek sakan tau bila balik kampung ni, hehe.  Sila la jelesss, keh keh keh.

Aku tertengok video ni kat fb aku tadi.  Teringat pulak kenangan semasa berada kat tempat orang dolu-dolu.  Gambar-gambar dalam video ni aku ambik semasa aku lepak-lepak kat Albert Part sambil berjalan kaki balik rumah.  Dekat je haaa dengan apartment kami masa tu.

Lagu dalam klip ni adalah lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz.  Sesuai sangat dengar lagu ni kalau tengah down.  Memberi peringatan kepada kita yang apa sebenarnya tujuan kita diciptakan di muka bumi Allah SWT ni.

Masa ni tak silap aku tengah musim autumn.  Owh, daun-daun ke'oren'gan dan berguguran... alangkah syahdunya.. hehe.. Tapi sekarang kt New Zealand bukan musim gugur tp tengah musim sejuuukkksss.

4 seasons kat New Zealand adalah seperti berikut:

December-January-February ---> Summer
March-April-May ---> Autumn
June-July-August ---> Winter
September-October-November ---> Spring

dan yang pasti kat Malaysia ku tercinta senantiasa summer sepanjang masa, hehe.

Wednesday, May 29, 2013

Aku Rindu Butter Sedap!

Tetiba kan aku teringat pulak BUTTER di New Zealand.  Hahaha...dalam banyak-banyak mende, boleh pulak rindu pada butter.  

Korang tahu tak butter kat sana sedap, lemak dan berkrim.  Paling penting banyak pilihan.  Kalau tengok kt shelve bahagian butter tu mmg anda akan terpesona (kalau anda seorang yg suka membuat kuih dan kek).  Lagi satu kebanyakkan butter yg dijual adalah dalam 500 gram berbanding kt sini kita mudah dapati dalam 225 gram atau 250 gram (di pasaraya).  Harga pula selalunya dalam sekitar $4.99 - $5.99 bagi butter biasa.  Kalau yg butter soft butterpure ke apa tu harga lebih la sikit. Tapi paling syok kan waktu diskaun harga butter 500 gram tu boleh dapat dalam $3.89 camtu jer.  Errrkkk...convert duit Malaysia adalah dalam RM 9.61 gitu la.

Lagi satu kat sana juga banyak pilihan untuk butter spread dengan butter buat kuih.  Takde la terpaksa belasah butter spread tu untuk buat kuih kan.  Haha...memang ada bezanya.

Antara butter yang selalu aku guna adalah seperti berikut tp kami akan memilih berdasarkan diskaun yg ada pd masa tu.  Dan selalunya memang ada diskaun pun!  Syok kan.

Mainland. butter kegemaranku


Anchor. brand ni sape tak kenal kan, tp kt NZ bungkusannya berbeza.


Rolling Meadow.

Tararua


Sebenarnya banyak lagi jenis2 butter tp yg kat atas ni jer la yg biasa aku guna.  Memang seronok tau terutama sekali bg orang mcm aku yang masa tu baru nak bereksperimen dengan resepi, kaaaann.  Tapi kena hati-hati juga sebab ada butter yg mengandungi bahan2 yg tidak halal.

Dan yang lagi syokkk kan bila kawan-kawan kata kenapa biskut aku rasa sedap dan berbeza dengan rasa biskut kat negara terchenta, kenapa buttercream yang aku buat sedap sampai diaorang sanggup makan sebaliknya kalau kt negara terchenta cream tu mereka tolak tepi terbuang begitu aje.  Hehehe...aku mengekek ketawa...bukan sebab aku perasan aku terer buat biskut dan cream sebab dah sah2 la aku pun merangkak search resepi kt internet.  Tapi sebab aku tahu rahsianya adalah kesedapan butter itu sendiri, sebab aku pun masa mula-mula berada di NZ sudah dapat merasakan perbezaan kesedapan butter itu.  

Pesanan buat kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang berada di NZ, baik korang eksperimen segala macam kuih dan kek sbb hasilnya mmg taste good.  Nanti dah balik Malaysia, korang akan rasa, alahai mahalnya nak beli butter Anchor, nak bereksperimen pun kena hati-hati supaya tak terbazir butter yg mahal...hahaha.  Atau pun kalau nak murah sket beli lah dalam byk kilo kt bakery shop...kaaannn. ;)

Tuesday, May 28, 2013

Lolichoc Kenduri

Tetiba pulak rasa nak update blog.  Sebenarnya kan memang dah lama nak update tapi biasa la kan banyak sangat halangan2nya.  Hehehe...alasan la tu.

Baru-baru ini ada sesuatu telah terjadi.  Waaaa... :'( bila ingat-ingat balik boleh meratap hiba jugeeekkk ni .. hehehe.  Tapi tabahkan hati.  Itu semua sudah ketentuan dari-Nya.  Apa ceritanya, nanti i will strory mory, hokeh.

Sebelum tu nak share gambar lolichoc yg buat masa kenduri sambut menantu adik mr. haza.  Alaa... adik beliau yg kawen yg aku buatkan hantaran tu.  Setelah beberapa kali terpaksa ditunda tarikh kenduri kerana sbb tertentu, the last time tu pun terpaksa jugak kena tunda sbb pilihanraya-13.  Since kenduri kt semenyih dan they all nk balik mengundi kt Penang so, tarikh tu kena jugek pinda.  

Dan disebabkan pindaan tarikh2 itu serta aku pulak nak balik mengundi kat Terengganu so, lolichoc ni last minute la buat.  Perrrhhh...boleh tahan penat jugak buat dalam kuantiti banyak last2 minute cenggini.  Walau pun buatnya amatlah mudah namun dalam kuantiti banyak ni tuan-tuan dan puan-puan kena la banyak bersabar.  

Jumlah semua ni dlm 400 pcs lebih.  Yang coklat putih tu saje campur sbb nak habiskan coklat dr projek sebelum itu.


Aku memang tak sempat dah nak snap gambar banyak-banyak.  Siap jer, terus snap skeping dua lepas tu terus bungkus semua masuk cooler box dan mr. haza wrapping guna plastic wrap.  Sebabnya beliau bawak coklat tu ke semenyih dan tinggalkan kt sana lepas tu balik penang untuk mengundi.  So, coklat tu duduk la dalam box tu selama seminggu sementara nk sampai hari kenduri kan.  Alhamdulillah tak cair dan tak masuk semut you coklat i tu....hahaha.  punya la risau andai itu terjadi.

Ini lolichoc yg paling simple jer ni.  Jimat kos! hahaha.  So, kalau korang nak order untuk kenduri tu boleh sangat la.  Terutama mereka yg sekitar kulai, johor baru.  Hahaha...promot pulak.

Tuesday, March 19, 2013

Lamanya MC!

Mc? macam la keje, macam la bekerjaya ada Mc2 ni, padahal surirumah sepenuh masa sajo! hehehe.  Emhh.....mc dr berblog, aci gitu?! :p  Sebenarnya sejak balik dari bercuti masa chinese new year dulu tu, sehari dua tu rasa lemau jer.  Lepas tu demam.  Ok kejap pastu demam lg, on off camtu.  Dah ok demam, tetiba kepala pulak sakit berdenyut2.  Dugaaaaaannnn.  Surirumah mana ada mc kan, sakit pun kena jugekk buat keje yg dirasakan kita je yg dpt buat...ceewaaah.  Kalau tak nanti anak nak sekolah sape nak uruskan.  Cik abe pagi2 dh ke ofis, anak plak sekolah tengahari.

Tapi minggu selepas itu sempat lagi pegi Zoo Johor.  Mr.  Haza tanya boleh ke nak pegi ni, cuaca panas, kan nanti sakit kepala lagi.  Jawab aku, boleh jerrr....jalan-jalan kan...hehehe.  Kemudian hujung minggu seterusnya ikut Mr. Haza turun KL.  Dia dah siap2 belikan tiket train & flight.  Lemah betul semangat aku dua kenderaan ni.  Train sebab lambat sampai dan lambat sampai destinasi tp berada dalam train best sbb santai.  Yang mencabarnya sepanjang perjalanan hingga sampai KL Central Faqihah memang over excited sampaikan aku tak larat nak layan dia.  Non stop ada je mende dia nak buat dan tanya.  Tu pun aku dh prepare siap2 kertas dan pencil colours.  Tp sambil melukis sambil tu mulut dia ada je bunyi itu ini.  Sampaikan ada uncle sorang berbangsa cina menyapa kami.  Siap diberikan buah anggur dan epal.  Dekat2 nak sampai, aku dh surrender, last2 pakcik kt seat belakang kami plak jd mangsa main 'au cak' dengan dia.  Tp faqihah tak berani berganjak dr seat sbb aku dh warning siap2.

Flight pulak aku tak gemor sbb selalu jer aku naik dia akan bergegar langgar awan.  Kalau cuaca mendung atau hujan tu, sebelum naik lagi aku dah kecut perut.  Hari tu cuaca terang benderang tp berawan.  Tak shukeee dia bergegarrrr!!! :D koman spanar tul kan haku :p

Beberapa hari balik dari KL, faqihah pulak demam.  Panas betul badan dia.  Alhamdulillah lepas makan ubat, demam dah ok.  Tp tengahari semalam ada bintik-bintik merah kt badan dia.  Balik sekolah nampak pulak kt muka.  Semalam pegi klinik lagi.  Doktor kata heat rash, cuaca panas.  Nak kena balik New Zealand ni, nak cuaca New Zealand, keh keh keh...sempat lagi doc melawak.  Klinik tu klinik panel Mr.Haza, Doc pun dh cam muka kami dan masa first time dolu2 dh mcm2 di'interview'nya.

Agak2 cuaca kat tempat korang macam mana yer?  Panas jugak ke mcacm kt Johor ni?  Kalau panas, banyakkan minum air dan rajin2 la mandi selalu yer, 5 kali sehari pun takperrr....hehehe :)

Friday, February 15, 2013

First Time Makan Nasi Kandar

Aku tak pernah makan nasi kandar.  Mr.  Haza pun aku rasa jarang kot.  Kat Penang memang banyak restoren nasi kandar.  Tapi, tak pernah pulak terlintas nak pegi.  Kalau balik Penang, selalu yang terlintas cuma char kuew teow, laksa, meehun sup, pasembor, sotong kangkung, mee udang dan jeruk pak ali.  :D

Tengahari semalam sebelum bertolak pulang ke Semenyih, sempatlah singgah ke restoren nasi kandar.  Tu pun sebab adik Mr.  Haza yang kirim kt maknya nak tapau nasi kandar.  So, singgah aje la dulu walau pun driver dah bagi hint nak cepat ;)

Sepengetahuan aku nasi kandar ni mahal sikit la berbanding kalau kita beli nasi lauk kari kat kedai makan biasa, hahaha.  Entah la.  Ni nak try ni. 

Kedai pilihan adik Mr. Haza untuk untuk tujuan tapauan. MIL yg tunjukkan jalan sbb dh biasa pergi.


lauk-pauk semuanya merah-merah.  kita orang tapau campur serba sedikit dlm satu plastik.  mcm tu rupanya yer.


 yg mengirim nak lauk ayam goreng so, kita orang pun skali harung la ambik lauk sama.


berhenti kat RnR makan nasi kandar. tengok tangan budak sorang tu perabiskan telur masin ku...huhuhu

Kesimpulannya aku rasa biasa jer makan nasi kandar ni.  Macam makan nasi lauk kari je.  Tapi rasa kurang lengkap la sebab kat kedai tu takde sambal belacan, keh keh keh.  Almaklum la dah terbiasa makan nasi + kari + sambal belacan. :D



Wednesday, February 13, 2013

Cendol Pulut di kala hangat cuaca

Amacam cuti korang semua?  Mesti syok kan.  Kami masih lagi dalam mood bercuti.  Sepatutnya hari ni Mr. Haza dah masuk ofis tapi sambung cuti lagi alang-alang faqihah punya cuti tadika sampai hujung minggu ni.  Isnin depan baru bukak.  Alhamdulillah pernikahan adik Mr. Haza selamat sudah.  Nanti kalau aku rajin aku upload gambar, maklum la part pilih2 gambar tu yg lomah sikit, hehehe.

Hari Ahad after kenduri kita orang gerak balik penang.  Hari isnin sepupu Mr. Haza bertunang kt penang.  Hari selasa apa lagi, :D gerak ke Kuala Perlis la.  Itu pun bertolak dah tengahari gara-gara duk +- nak pergi ke tak.  Mr.  Haza la kepenatan setelah beberapa hari duk memancing.  Jangan tanya hasilnya yer, muahaha.  Yang adoooo. :p

Kita orang sempat la singgah ke Padang Besar.  Giler ramai orang sampai selisih bahu.  Nak pilih2 pun terpaksa bersesak2.  Last2 beli baju kt Faqihah jer.  Lagi pun dah janji dengan kawan nak makan laksa.  Nasib baik la dapat makan jugak sbb kedai favourite kawan tu tutup la pulak hari selasa.  Pegi kedai lagi satu pulak nasib baik la bukak, tu pun dah nak tutup sbb dah lewat petang.  Gambar laksa tak sempat nak snap sbb dah kebulur laksa sangat kan.  Aku pun malas nak snap depan kawan, hehehe.

Otw kitaorang ke Perlis sebelum tu sempat la singgah pekena cendol pulut kat Jo Cendol Pulut, Changlun.  Aduh! enak tak terkata menikmati cendol di kala cuaca yang benar2 panas kat belah utara ni.  Banyak betol dia orang letak buah kabung sampai tak habis aku makan.  Faqihah pulak, dia buat perangai pelik macam orang tak pernah jumpa cendol.  Dia kacau-kacau-kacau cendol tu last2 dia tak makan pun.  Suruh try, dia tak nak.  Mak dia laju je sluurrrpppp :D :D :D


tengok la muka pelik dia 'telek' cendol tu...


banyak betol buah kabong

ni mangkuk aku la...laju betol sedut..muahaha...





Thursday, February 07, 2013

Yahooooo! Jom kita bercutiiiiiiii!


Yahooo! Musim cuti kembali lagi, hehe.  Cuti kali ni kami melakukan aktiviti menghantar rombongan nikah kawen.  Hari ni sibuk mengemas dan packing barang-barang.  Semalam dah turunkan beg besar dari almari.  Beg yang selalu diusung ke sana sini terutama bila nak balik kampung :D  Tapi kenapa macam tak sudah2 kemas baju, entah apa lagi la yang nak disumbat ni.  Kalau boleh sumbat  almari baju bagus jgk, tak payah pening2 nak pilih2 baju kan….hahaha. :p

Petang nanti InsyaAllah lepas Asar bertolak ke Semenyih dulu.  Jumpa dengan family Mr. Haza dulu sebelum sama-sama berangkat ke Parit Buntar, Perak awal-awal pagi besok.  Tadi MIL text cakap bakal pengantin demam tak leh bangun.  Aduh, camne ni adik ipaq…lusa nak nikah.  Kalau awak perempuan tak apa, duduk diam2 jer masa majlis akad nikah.  Ini awak yang nak kena jabat tangan tok kadi yg juga merangkap bakal pak mertua awak.  Harap-harap demam tu tak larat la yer dan cepat2 sembuh.  Ameen.

Kok ipaq dah siapkan bekas hantaran kawen ni.  Mr. Haza nak sponsor untuk adiknya so, kena la aku yg hiaskan.  Bekas sahaja okeh, barang hantaran di bawah tanggungan pengantin, hehe.  Aku ni bukan la pandai sangat.  Keras tangan.  Main tempek2 guna pistol gam tu jer ha.  Gubah2 aku tak reti.  Agak-agak bekas kt bawah ni aku transform jadi camne? jd transformer? hahahaha..... sila jangan imagine canggih2 sebab aku tak sekreatif korang semua.

ini rupa sebelum...rupa selepas....tungggguuuuu...


Cuti seminggu, aktiviti nikah kawen tu 2 hari je.  Lepas tu apa lagi….buat agenda kita la pulak.  Mr.  Haza ajak balik Penang, katanya nak pegi mancing.  Adoiii, boringnya.  Aku pujuk dia kalau nak balik penang, apa lagi alang2 jom la kita ke Kuala Perlis pekena laksa perghliss.  Tu diaaaaa, tak hengat punya jauh nak makan laksa.  Macam la kt negeri Johor yang permai ni takdak laksa, hahaha.  Alaaa… tu trick jer tu, trik tak nak jadi penunggu sedangkan beliau syok2 nak pegi mancing kan.  Hahahaha… kelas tak idea?  Sambil-sambil tu harap2 dapat la jumpa kawan kat sana, kawan baik kami semasa berada di Auckland dulu.  Semoga Mr. Haza tak reject trick aku ini walau pun trick ini sudah terbongkar, muahahaha.

Wednesday, February 06, 2013

Donut Keledek





yang banyak ni untuk tujuan frozen. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menyambung lagi menu keledek.  Resipi ini asalnya adalah dari donut kentang yang dihasilkan oleh Ros Jintan Manis.  Kemudian ditukar oleh K.Nor Secubit Garam menjadi donut keledek.  Aku pulak ambik resepi ni kat blog K.Yati

Donut Keledek

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit) - saya follow k.yatie
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh - saya guna fresh milk
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis 

 Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Monday, February 04, 2013

Kuih Keria



Mr. H request nak keria yang nipis-nipis.

Semalam kan plan asal nak buat donut keledek tapi Mr. haza pulak request kuih keria.  Akhirnya donut pun buat, kuih keria pun buat kemudian sempat pulak siapkan inti karipap yg juga guna keledek....hehehe.  Ni namanya hari keledek :D

So lepas ni entry keledek berderet-deret la yerk, hahaha... :p

Sambil-sambil tu aku nak cerita pasal cuaca yang panas terik kemudian disirami hujan mencurah-curah.  Waaahhhh, nikmatnya kan.  Sehari dua ni memang panas terik kemudian semalam dengan hari ni hujan turun mencurah bumi.  Syoknya rasa macam nak sambung tido jer pagi-pagi tadi tapi tak boleh sebab kerja banyak menunggu tu haaaa.  Sebut pasal hujan panas teringat pulak pengalaman 'berharga'  semasa berada di New Zealand dulu.  Kisahnya nanti la aku akan story mori, sekarang kena sambung buat keje dulu yer adik kakak.

Kuih Keria
Sumber :  quinnie@MyResipi

Bahan-bahan
  • 500 gm keledek (saya buat keledek merah + putih) - ina ada keledek putih jer
  • 1 cawan tepung gandum
  • 1/4 cawan tepung ubi kayu
  • 1/4 cawan gula untuk menyira dan sedikit air 
Cara-cara:

  1.  keledek dikupas, dibelah dua dan direbus hingga empuk.
  2. toskan keledek dan lecek hingga lumat
  3. campurkan tepung gandum dan tepung ubi bersama keledek dan uli hingga sebati.
  4. ambil sedikit adunan tepung, dibulat-bulatkan dan buat lubang ditengahnya. jadikan seperti gelang.
  5. goreng hingga masak dan kuning. toskan kueh tadi.
  6. panaskan gula dengan sedikit air didalam kuali. kacau hingga likat dan kemudian masukkan kueh yang telah siap digoreng tadi. kacau rata/ golek-golek hingga gula melekat dikueh. padamkan api dan bolehlah dianggkat.

Saturday, February 02, 2013

Snow Cheesecake








Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.

Aku tengok ramai blogger masak-masak dah cuba kek ni.  Memang aku dah gedik sangat nak try tp minggu ni sibuk sikit nak siapkan hantaran kahwin adik ipar yang nak nikah minggu depan.  So, tak tau la bila ada kesempatan.  Almaklum la bila dah ngadap buat hantaran tu jadi ralit.  Tapi petang semalam semangat dah berkobar-kobar nak buat jugak walau macam mana sekali pun.  Membawa ke malam baru la siap kek dan disimpan dalam peti dulu seperti yg disuruh resepi.

Ni la first time aku buat kek span yang menggunakan ovelet.  Maklum la masa duk kt new zealand dulu bayang ovelet pun tak pernah nampak.  Berdebar habis jugak masa bakar kek ni, hahahaha.  Harap-harap jangan la collapse atau bantat ke.  Mau kecewa berguling-guling, keh keh keh :D  Alhamdulillah nasib baik jadi.  Fuuhhh! Lega.

So, macam mana rasa kek ni?  Seperti namanya kek ni memang penuh rasa keju.  Sedap cuma pada aku muak sedikit dan masin.  Hehe...masin tu mungkin disebabkan cheddar cheese.  Aku pun minta la komen dari Mr. Haza.  Kali ni pandangan beliau serupa dengan aku.  "Kuatnya rasa cheese".  Kata beliau spontan.  "Yang kt bawah dah sedap tp kt atas masin la".  Kata beliau lagi.  Sudahnya beliau makan kek sahaja dan tinggalkan cream  topping cheese itu.  Haiiissshhh, membazir jer, dah la cis mahal :p  Nampaknya aku kena bersetuju dengan kak MaDiHaA pasal kek ni.  Cuma pada aku kek ni macam misteri, walau pun muak tp tetap ada kesedapan yg tak tau tang mana, hahaha.  Susah mau explain, kena rasa sendiri.  Dan disebabkan aku dalam fasa diet la kononnya maka aku pun bagi la kt 2 jiranku.

Sumber:  Izah Muffin Lover
Sumber Utama : Sherry mz@MyResipi


Snow Cheesecake / Kek Keju Bersalji

Bahan-bahan:

  • 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
  • 100 gram gula halus
  • 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
  • 60 gram tepung jagung (maizena)
  • 50 gram air sejuk (dr peti ais)
  • 1 sudu teh baking powder- tak letak
  • 2 sudu makan ovelet
  • 75 gram mentega (dicairkan)
  • izah tambah esen vanilla

  • UNTUK KRIM
  • 1 kotak cream cheese philadelphia
  • 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
  • (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.

  • UTK TOPPING
  • 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan) 
        Dicadangkan parut halus supaya kek tidak muak ketika dimakan.

 Cara-cara:
  1.  Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar. 
  2.  Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair.  Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
  3. Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
  4. Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C*izah  bakar kek menggunakan kaedah waterbath
  5. Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.*izah potong kek  menggunakan benang
  6. Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
  7. Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
  8. Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
  9. Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
 
kek semasa dibakar naik gebu tp setelah dikeluarkan (tunggu sejuk) ia mengecut sedikit.


aku belah/potong guna pisau jer. pisau besar lagi senang keje.

dapat la dua untuk atas dan bawah. saspen jer nak alihkan sbb lembut mcm nk melendik patah
guna pinggan jer maklum la mengenangkan space dlm peti yg penuh harta karun tu... :p tp mula la lepas tu kek ni tenggelam sikit ke tengah sbb pinggan tak rata, hehehe
Faqihah sangat suka, ni potongan kedua untuk dia.