Followers

Monday, August 23, 2010

NASI AYAM GORENG


Sumber 1 : Hana
Sumber 2 : K.Nor
Sumber 3 : Mas

Haaa...dah berjangkit dah. Nasik ni duk round dah kt semua org....hahaha. Ramai btl yg buat nasik ni yer. So, hari ni kita pun nak try jgk la. Tp ada sket musykil nih, masuk dapur K.Hana dipanggil Nasi Ayam Goreng, masuk dapur K.Nor plak dipanggil Nasi Goreng Ayam. Mana satu ni kakak2? hehehe..... Tp walau apa pun, nasiknya mmg sedap betul. Highly recommended! Buat 2 pot beras jer campur beras basmathi dan beras jasmeen. Sedap. Kami makan nasi ni dgn sup ayam, air asam dan bunga kobis goreng. Yummy!

Bahan-bahan

Untuk Nasi

  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari

Untuk Ayam

  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam

Cara-cara

  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  4. Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  5. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.


4 comments:

  1. waaaa kak ina...dah buat nasi ayam goreng, sedap kan kak nasi ni..family mas suka sangat....mas suka ayam tu, lembut sangat...sedapnya...mesti dah kekenyangan ni...ha..ha..

    ReplyDelete
  2. @Mas,
    Tu la mas, sdp ayam tu kan. Nasi nyer pon sodap. Suami akak pon siap ratah lg, katanya aym tu sedap. Anak akak dlm duk bising spicy2, siap mintak more2...nak lagik.... xde la pedas pon cuma bdk kecik agaknya terasa rempah kari tu jer kot...

    ReplyDelete
  3. owh ina.... terus jasi lapar!!! terliur tgk ayam dan nasik itu...
    hehehe

    ReplyDelete
  4. @K.Fariza,
    Hehehe...tgk wkt siang mmg la menggoda. Kak, try la nasik ni, besssttt! Bahan2 pn senang jer. Saya tumis, pastu terus masuk rice cooker. Kejap jer.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...