Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts
Showing posts with label kuih-muih. Show all posts

Wednesday, February 06, 2013

Donut Keledek





yang banyak ni untuk tujuan frozen. :)


Assalamualaikum dan selamat pagi.

Menyambung lagi menu keledek.  Resipi ini asalnya adalah dari donut kentang yang dihasilkan oleh Ros Jintan Manis.  Kemudian ditukar oleh K.Nor Secubit Garam menjadi donut keledek.  Aku pulak ambik resepi ni kat blog K.Yati

Donut Keledek

Bahan-Bahan
  • 500 gram tepung gandum
  • 200 gram keledek yang telah direbus dan dilenyek
  • 4 sudu besar susu tepung
  • 1 biji telur (Yatie letak 2 biji telur, dipukul sedikit) - saya follow k.yatie
  • 200 ml air suam ~ Yatie letak 1/2 cwn je-tuang sikit2 masa uli doh - saya guna fresh milk
  • 3 sudu besar marjerin/butter
  • 3 sudu besar gula halus
  • 3 sudu kecil yis 

 Cara-cara
  1. Masukkan semua bahan dalam bekas adunan dan uli hingga tidak melekat pada tangan. Pastikan Doh betul-betul lembut, Uli selama 8 hingga 10 minit. Kalau guna BM, tekan ON dan tunggu je siap, kemudian boleh terus bentukkan.
  2. Kemudian perap doh dan tutup bekas adunan dengan plastic wrap dan biar doh naik dua kali ganda. Masa perapan lebih kurang 40 minit atau 1jam.
  3. Selepas itu tumbuk-tumbukkan doh bagi mengeluarkan angin. bahagi doh pada beberapa bahagian kecil dah lubangkan di tengah-tengahnye, seperti bentuk donut. Susun donut di atas dulang dan biarkan sehingga donut naik dua kali ganda.
  4. Goreng di dalam minyak panas sehingga perang, dan salut donut kentang bersama serbuk gula ataupun coklat masakan. Sedia untuk dihidangkan, Selamat Mencuba..

Wednesday, August 17, 2011

ENTRY KUIH BELIMBING KE ENTRY CUACA NI? HEHEHE...

Sejuuuukkks. Beberapa hari ni cuaca sejuk sikit. Pagi td suhu menunjukkan 4°c. Sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain waktu winter cenggini suhu tersebut takde la sejuk sangat. Tempat2 yang ada salji tu lagi la kan...cecah negatif lg. Sebenarnya, Auckland ni tak sejuk sangat seperti negara 4 musim yang lain...kiranya orang tak tahan sejuk cam aku boleh ler duk kt Auckland, heehehe. Tp, 2-3 hari ni cuaca sejuk sangat. Biasanya paling sejuk pun cecah 7°c atau 8°c jer, tu pun pagi2 buta la waktu semua orang tengah syok lena berselimut duvet, hik hik hik.

Hari isnin lepas kecoh sekejap katanya snow turun kt Auckland. Aku memang tak sedar langsung sebab masa tu tengah sibuk mengemas rumah. Bila buka fb, dah kecoh kawan2 kt sini cakap snow turun. Ada yang kata itu hail dan ada jgk yang kata itu sleet, maknanya belum menjadi snow la kot. Tapi bila tengok news, reporter tu sendiri pun x pasti yg turun tu apa, hahaha. Senang citer snow ajer la sebab putih2 kan, hik hik hik. Tapi kejap jer tau, tu pasal aku x sedar. Cuma dapat la aku tgk berita kt tv dengan gambar yg kawan masukkan kt blognya di sini. For u all punya info Auckland memang tak turun salji since 1939. So, excited giler la warga Auckland bila salji turun...hehehe, cam lawak jgk seposen kan.  Heyy, jangan gelak tau! notty! of kossss la kami org Malaysia kt Auckland teringiiiiiin sangat nk merasa snow....hehehe.



Ok la, panjang pulak melalut...hehe. Hampir2 terlupa nak cerita pasal kuih belimbing ni. Dah lama cari baru bertemu resepinya. Dulu masa sekolah selalu buat kuih ni, ada kawan kasi resepi. Tapi lepas tu resepi tu hilang dan terus lupa. Sib baik jgk jumpa kt blog k.Hana. Tapi acuan plak tak de so, aku bantai nozzle icing tu jer la. Kalau ikutkan kuih ni besar la sket, maybe dorang guna acuan semprit ke apa ke x tau la. Boleh check kt blog K.Hana apa nama acuan tu. Memandangkan aku guna noozzle je so, hasilnya dapat saiz kecik2 seperti putik belimbing kot....kekekeke. Ok la, layan resepi di bawah. Kuih ni buat on Friday lepas bawak ke rumah kawan yg ajak berbuka puasa sbb kita orang sibuk pindah rumah.

Sumber: K.Hana@Hanamemories

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  •  1 cawan air
  •  1 biji telur
  •  1 sudu makan marjerin/butter
  •  1 sudu makan gula
  •  esen vanilla

Cara-cara

  1. Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  2.  Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  3.  Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  4.  Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
  5.  Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  6.  Taburkan gula. Sedia utk dmakan!

Sunday, August 14, 2011

BUAH MELAKA (ONDE-ONDE)





Semalam dengan hari ni ke'bizi'an sikit menyelesaikan urusan2 tertentu so, dapur pun tak berasap la. Ni berhenti rehat kejap tapi keje masih banyak lagi yang perlu diselesaikan. Apa la yg sibuk sangat tu yerk? Hehehe...nanti kita stori mori k pasal tu. Haisssshhh... tengah bizi2 camni pun tangan ni cam gatal2 plak nak masukkan entry dalam blog. Selongkar punya selongkar jumpa la gambar onde-onde ni yang buat masa awal ramadhan hari tu. Boleh la kan? Hehehe...sebab tak de lagi entry pasal onde-onde ni so, boleh laaaaa....

Sumber : suriHati MyResipi


Bahan-bahan ( 20 biji )


  • 10 helai daun pandan -kisar dan ambil airnya
  • 2 ketul gula melaka
  • 2 cawan tepung pulut
  • 1 biji kelapa parut- ambil putihnya sahaja - ina guna kelapa kering + santan cair, masak seketika dlm microwave.
  • secubit garam- digaulkan bersama kelapa

Cara-cara 

  1. Bancuh tepung bersama air daun pandan sehingga boleh diuli serata lembut. Pastikan adunan tidak terlalau lembek dan keras.(agak2 boleh dicubit).
  2. Cubit adunan sebesar guli, masukkan gula melaka yg telah dipotong kecil2 ditengah2 adunan, bulatkan, dan pastikan menutupi keseluruhan gula.
  3. masukkan ke dalam air yg sedang mendidih. Ulang sehingga 5-6 ketul.
  4. Bila bebola timbul, bolehlah diangkat, dan ditapis sebentar sblm di gaul dgn kelapa
*  Ina suka adunan yang lembut supaya menghasilkan onde-onde yang lembut. Tapi pastikan adunan tidak terlalu lembik, kalau tidak sukar untuk masukkan inti.


Thursday, August 11, 2011

PAUNG PULUT / KUIH BOM



Paung pulut ni sebenarnya kuih bom la. Tapi kami orang Terengganu panggil paung. Selalunya paung ni ada 2 versi iaitu paung pulut yg doh/kulitnya dari tepung pulut dan paung ubi yang dohnya dari ubi kayu (tepung ubi atau parutan ubi yang tu aku tak berapa pasti). Intinya pulak sama jer iaitu inti ikan. Berbeza dengan kuih bom yang ada bijan kt luar tu kan yg intinya kelapa atau kacang hijau. Tapi yang pasti apa yang sama adalah kuih bom ni kalau tak kena gaya boleh meletup waktu menggorengnya. Opocottt! hehehe...

Paung ni sedap betul makan waktu panas2. Faqihah suka betul tapi bila abahnya makan maka keluar la dialog sebegini 'rasa macam pernah makan kuih ni tapi intinya sepatutnya manis'. hahhaha .... macam ni la klu lain negeri lain version, next time harus kena buat 2 versi gitu. Resepi diambil kt myresipi daripada 2 sumber yang berlainan. Part inti tu aku ubahsuai skit sebab menggunakan tuna dalam tin jer.

Sumber 1 (resepi doh) : dee iman MyResipi
Sumber 2 (resepi inti) : salieysa MyResipi

Bahan-bahan:

Doh:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Inti:
  • 1 tin tuna (dibakar/ goreng tanpa minyak)
  • 1/2 biji bawang besar - kisar
  • 1 ulas bawang putih -kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 inci lengkuas - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit halba
  • Lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • Asam keping
Cara-cara:
  1. Untuk inti: Masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali dan masak (goreng tanpa minyak) sehingga kering. Keluarkan asam keping apabila inti hampir kering.
  2. Untuk doh : Gaulkan tepung pulut, gandum, garam dan air (jangan terlalu lembut / keras).
  3. Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
  4. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan (Masukkan paung sebelum minyak menjadi panas dan pastikan api dapur kecil kerana paung mudah meletup!)


p/s: semalam ada nampak kt blog k.ayu singapore kuih bom versi inti kelapa. macam best jugak resepinya so, aku nak simpan siap2 la kot2 nak buat nanti. Ni linknya Kuih Bom

Thursday, April 07, 2011

SERI MUKA PISANG



Faqihah duk tgk cd Dora. Si Dora plak duk nyanyi2...banana...banana..terus tetiba teringat ada 2 biji pisang yg xde sape makan. Sebab duduknya tersorok, klu tak konpem dh selamat dah pisang tu. Kemudian fikir2 nak buat apa dengan pisang 2 bijik ni. Nak buat kek atau muffin x plak rasa nk mkn sbb baru jer mkn kek 1-2 hari lepas. Kemudian selongkar2 dapur izah terjumpa la resepi ni. Nampak cam menarik. Tak pe la, itu hari si izah buat serimuka durian...tak dapat durian kita ganti ajer la dengan pisang...hik hik hik. Emh, agak2 ada tak org nak buat serimuka stoberi ke, kiwi ke? adessss....mcm2 la aku ni...

Maka lenyek la pisang 2 biji tu. Nasib baik dapat la 1 cawan so, lepas la untuk buat setengah adunan. Elok jer siap kukus serimuka ni tetiba bunyi sms. Owh, dpt text dari K.Ema, katanya nak datang rumah. Hahahaha...k.ema ni mcm tau2 jer aku baru sudah kukus kuih. K.Ema ni dulu jiran aku tp dh tamat dh studynya dan dh kembali berkhidmat di UIA. Skrg k.ema dtg oklen untuk menghadapi viva voce....alaaa..mcm exam lisan gitu/interview (betul kan?). Dan telah pun selamat dengan jayanya. Tahniah K.Ema. Sekarang telah bergelar Dr. Norsaremah. Tp doktor ni tak bleh bukak klinik....wakakakaka... btw Tahniah jugak kepada Dr. Akmalia dan Dr. Noor Aishikin yg dah berjaya menjalani viva voce bbrp minggu lepas. Waaah, syoknya mengira gelaran orang. Harap suamiku dan rakan2 yg lain pun berjaya seperti mereka juga nanti. InsyaAllah. Ameen.

Berbalik pada kuih ni. K.ema kata sedap sangat. Hahaha....dia x tipu tau. Memang sedap. Dulu k.ema ni mmg selalu la menjadi mangsa hasil eksperimen aku cuba resepi2 baru. Rindu la tu pd kuih-muih aku...wakakaka... Tapi betul ni, sedap kuih ni, masa kukus tu harum jer bau santan dan pisang tu. Next time nak buat lagi la. Tp bahagian bawah tu aku tak letak pewarna, baru sedar pewarna kuning kt rumah dh habes. So, pucat skit la yg bahagian bawah tu.. Ok, x payah cakap byk, jom tgk resepi. Resepi dari myresipi tp skodeng kt dapur izah.



Sumber Asal: Hasiah63 MyResipi
Sumber : Izah

Bahan-bahan

( BAWAH ):-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang yang dilenyek
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu tepung kastard
( ATAS ):-
  • 60 gm tepung gandum
  • 100 gm gula
  • 250 gm santan
  • 50 gm jus pandan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara
  1. ( BAWAH ) - Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
  2. Kukus selama 20minit atau hingga masak.
  3. ( ATAS ) - Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
  4. Kacau sebati, tapiskan.
  5. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.
  6. ( UNTUK BAHAGIAN BAWAH, SAYA MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA KUNING SUPAYA WARNANYA TIDAK KELIHATAN PUCAT. )


Tuesday, January 18, 2011

DONUT (TANPA TELUR)



Hari ni layan donut jer la yer. Dah lama tak makan donut. Lagi pun tak pernah lg masukkan entry donut. Resepi ni aku dapat dari kawan. Biasa la kami ni mmg suka sangat tag meng-tag gambar2 hasil masakan kami kt facebook. So, one day tu my fren ni tag la donut ni. Tak tau la dia dapat resepi ni dari mana. Nape la aku tak tanya. Nanti la aku tanya semula dgn dia. Yer la kan, sebab aku nak masukkan dalam blog ni kena la ada sumber dan link nyerrr....nanti tak pasal2 kena marah plak dengan tuan empunya resepi....ampuuuun! tidak...tidak...ini bukan resepi saya, saya tak reti nak reka resepi sendiri, saya reti kopipes jer....huhuhu...

Ok, berbalik pada cerita donut. Biasanya kalau buat donut aku suka guna resepi skyblue kt MyResipi. Sedap donut tu, makan kosong tanpa gula pun sedap. Tapi kali ni aku nak try resepi ni pulak sebab takde telur. Kiranya sesuai la kan untuk mereka yg tak boleh makan telur atau alergik dengan telur. Donut ni gebu dan padat, kiranya puas hati la buat. Tapi rasa memang tak sama dengan donut yg ada telur sebab donut bertelur (errkkk...betul ke ayat ni?) rasanya lemak2 skit.


Ok, layan resepi di bawah. Mintak halal yer pada tuan empunya resepi.




Sumber : Majalah RASA
Bahan-bahan
  • 200gm tepung
  • 20gm gula
  • 20gm mentega - ina letak 10 gm butter & 10gm shortening
  • 1 sudu teh yis kering
  • 1/2 sudu teh garam
  • 100ml susu segar - ina bancuh air dengan susu tepung sbb takde susu segar
  • Gula kastor untuk gaul kan donut selepas goreng nanti.

Cara-cara

  1. Masukkan tepung,gula dan garam ke dalam mangkuk. Kacau rata.
  2. Kemudian buatkan lubang di tengah adunan dan masukkan susu dan yis kering. Kacau sedikit.
  3. Seterusnya masukkan pula mentega. Uli hingga sebati (uli dengan lemah lembut dan kalau boleh dalam 15 min)
  4. Setelah itu,buatkan bulat2 dan peram seketika hingga naik dalam 1 jam.
  5. Bila dah naik, bulatkan lagi sekali n buatkan lubang di tengah dan goreng dengan minyak yg panas dan api yg perlahan.
  6. Bila nampak kekuningan..angkat dan gaulkan dengan gula kastor tadi.




Note: Kalau guna breadmaker, masukkan semua bahan2 dalam BM dan tunggu hingga siap dan teruskan dgn step 5 tadi.

Wednesday, January 12, 2011

CEK MEK MOLEK @ MEK COMEL


Aku memang suka sangat kuih ni sejak dari kecik lagi. Mula-mula buat masa lepas kawen, ada 'orang tu' cakap tak suka sebab ada gula kat dalam. Tapi last2 dia jugak yg suka. Siap ngaku inilah kuih yg bukan dari negerinya yang paling dia suka! Hehehehe...jangan mare yer, nanti kena jual! :p

Aku panggil kuih ni 'mek comel' (terengganu version) yg maksudnya mek (pompuan) yg comel!. Sama jer kot maknanya dgn 'cek mek molek'. Molek plak maknanya bagus, baik. Hahahaha....tak tahu sape kasi nama camni. Agaknya nak menunjukkan kuih yg comel kecik molek kot! Tp, agak2 klu kita terjemahkan ke bahasa standard harus kuih ni berbunyi 'Perempuan Cantik/ Baik'! Hahahahaha... ampunnnnn!!!! memandai plak...kekekeke....




Sumber : Makyong MyResipi


Bahan-bahan ( 12-13 biji )

  • 2 cawan ubi keledek(yg telah direbus dan dilecek)
  • 1 cawan tepung gandum
  • gula
  • minyak untuk menggoreng


Cara-cara

  1. Gaulkan ubi dengan tepung sehingga jadi doh yang lembut
  2. Bahagikan kepada 12 bahagian. Buatkan bentuk bulat.
  3. Leperkan doh kecik tadi. Kemudian masukkan 1 sudu kecil gula- kalau tak mahu manis boleh kurangkan sukatannya.
  4. Tutup rapat-rapat supaya gula tak keluar semasa menggoreng. Buatlah bentuk seperti di dalam gambar ini.
  5. Panaskan minyak. Goreng dengan api sederhana sehingga masak/perang.


    note: adunan memang sedikit lembik, klu tambah gandum kuih akan jd keras. Oleh itu letakkan sedikit minyak di tangan untuk mengelakkan doh melekat (di tanga) ketika membulatkan/ menggentel.

    update: sori, td tersilap kopipes resepi.

    Saturday, August 28, 2010

    POPIA TUNA Simple




    Popia yg paling mudah sekali dan sedap rasanya. Sbnrnya ingt nk try buat popia basah tp time2 cenggini plak blender rosak. Nak blend bawang atau cili pn x dpt. Sementara nk nunggu blender baru smpai so masak ajer la mende yg simple2 jer dulu. Nak tumbuk pn aku xde lesung batu. Hishhh mek salleh jual lesung batu harga $49.90. Klu covert ke rm mau jgk dlm lebih kurang rm 120.00. Kecik jer pon lesung batu tu. Harga lesung batu pn dah boleh beli blender sebiji (time promosi la)....hahaha. Tp tu la kan, bkn barangan derang sbb tu la mahal sikit. Tambah pulak skali lesung batu ada brand daaa....hahaha...apa2 aje la. Tak kuasa aku nk beli, tp klu bg free lain la citer...kah kah kah.... psst, tp klu nk buat sambal belacan mesti la best guna lesung batu, kan? ;-)

    Eh, lupe lak nak citer psl popia. Dh 3 mlm dah buat popia ni. Suka benor kami sekeluarga. Sedap sgt ke? Bg org lain x tau la. Tp bg kami mmg sedap dan sgt suka....hehehe. Bkn susah sgt pun. Skjp jer dah siap. Klu time M mmg sesuei benor buat ni. ;-)

    Popia
    Bahan-bahan

    • Kulit popia
    • Tuna in oil (tin)
    • Mayonis

    Cara-cara

    1. Satukan tuna dan mayonis hingga rata. Kuantiti mayonis terpulang pd citarasa masing2.
    2. Letakkan inti tuna td ke ats kulit popia dan gulung spt biasa. Ketepikan seketika (untuk buat sos) dan kemudian goreng.

    Sos
    Bahan-bahan

    • Sos cili
    • Air
    • Cuka
    • Gula/gula melaka
    • Garam

    Cara-cara

    1. Satukan kesemua bahan2 dan panaskan seketika dalam microwave sehingga sebati. Siap.

    Saturday, August 21, 2010

    AKOK



    Sumber : Zaliana MyResipi

    Akok ni mmg pencuci mulut yg glamer la kt pantai timur. Nak2 bg org2 kelate dan tranung, hehehe. Dulu masa kecik2 slalu tgk akok ni dijadikan salah satu kuih dlm hantaran pertunangan. Kekadang dihidang pd majlis2 tertentu sprt majlis bertunang atau kahwin. Skrg ni x tau la kan, majlis kahwin serba canggih dan modern ni org hidang pesen moden2 la kot, muahahaha. Kuih ni klu org tak tahan manis, jgn makan. Mmg manis x hengat. Lg satu klu org yg x suka kuih yg terlalu rasa telur. Mmg x suggest la. Kuih ni bila simpan dlm peti, sejuk2 baru makan, mmg asyiiiiiik sekali....hehehe...

    Kebetulan terjumpa resepi ni kt MyResipi so apalagi, try la. Tp ni akok moden nyer bakar dlm oven. Klu tradisional bakar ats dapur api tu la cam baulu. Acuan pn guna acuan baulu yg akan menghasilkan akok yg bujur. Tp dh duk jauh ni belasah ajer la tray muffin maka jadi la akok berbentuk bulat.....hahaha...takpe2 walau pn rupa mu tak slim tp rasa mu ttp memikat hati. Akok yg aku buat ni kental skit maybe terlebih gandum kot. Ni la mslhnya bila penimbang dh pening2 lalat dikerjakan anku yg sorang tu. Klu ikutkan rasa akok ni lembut jer sbb lebih pd telur....aaah, nk xplain pn x reti.

    Wokeh, resepi spt di bawah. Aku guna muffin tray ngam2 dpt 12 biji. Masa bakar dlm oven tu akok ni mengembang sekembang2nya. Terkozut anak aku nengok. Ktanya, poor cake mama. Hahahaha. Tp sbb resepi dh ckp kt dlm tu so aku x de la terkozut sgt, hehehe. Tq pd penyumbang resepi, tak sangka dpt mkn akok kt auckland...owwhhh, terharunya....huhuhu...

    Bahan-bahan ( 36 biji )
    • 5 biji telur
    • 200 ml pati santan
    • 100 ml air
    • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
    • 30 gram tepung gandum
    • 3 helai daun pandan- disiat-siat
    • 2 cubit garam halus

    Cara-cara

    1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
    2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
    3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
    4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.


    Thursday, August 19, 2010

    KUIH LOPES




    Sumber : Tulip77 MyResipi

    Hahaha...pose baru bbrp hari tp dh feeling lagu raya. Saje la ambik mood sambil update blog. Klu tak, aku dah pengsan awal2...haahaha. Bulan pose ni rajin sgt nk buat kuih muih. Tp tang nk ambik gambr tu ada la sikiiiit M. Wokeh, kali ni try buat kuih lopes. Sian aku, ntah penah makan tak kuih ni. Tp sbb ada org request so, terkedek2 la aku belek MyResipi. Dan akhirnya dapat la resepi yg mudah dan sesuai dgn bahan2 yg ada. Macam ni la kan...sorang negeri lain, sorang pulak negeri lain. Kuih tradisional kita lain, kuih tradisional dia lain...huahahaha... Jadi, pandai2 la. Sib baik tukang masak ni tak kisah makanan negeri mana pun janji sedap di tekak dan HALAL... insyaallah telan aje! Jgn banyak songeh dgn rezeki....faham! Hehehehe...
    Alkisahnya bila dah siap, apa lg pengkritik tetapku itu...... Cakap air gula tak cukup pekat. Bukannya aku tak nak buat pekat tp aku nk jimat gula melaka yg dah makin men-sedikit tu. Paham2 ajer la kuih tradisional kita ni, byk yg guna gula melaka. Last2 aku taruk tepung nk kasi pekat.... keh keh keh... nasib la yang... jgn mareee aaaa.....hehehe
    Ok, resepi spt di bawah. Semoga tuan punya resepi halal yer tepek resepi kt sini. ;-)

    Bahan-bahan
    • 2 cawan beras pulut
    • 2 cawan santan cair
    • 1/2 cawan air pandan (dikisar) - pandan xde so letak air shj
    • 1 st air kapur- tak letak sbb xde
    • 1/2 st garam
    • beberapa titik pewarna hijau
    • kelapa parut yg di gaul dengan sedikit garam
    • *** air gula ***
    • 3 ketul gula melaka
    • 5 sb gula
    • 3 cawan air

    Cara-cara

    1. Cuci beras pulut,rendam beras pulut dgn air selama 3jam, masukkan juga pewarna hijau & air kapur. Kisar daun pandan bersama 1/2 cawan air dan tapiskan airnya.Kemudian toskan dan masukkan dalam loyang. Kukus selama 20minit. Lepas tu, masukkan santan & air pandan kukus lagi selama 30minit.
    2. Alas bekas 4segi/bulat dengan plastik/daun pisang. Ambil pulut tekan padat2 dgn plastik/daun pisang. Biarkan sejuk,kemudian potonglah ikut bentuk yg anda suka. Kemudian golekkan dalam kelapa parut.
    3. Semasa kukus pulut,boleh buat air gula. Masukkan semua bahan dalam periuk,bila dah mendidih kecilkan api dan masak hingga agak likat. Bila dah sejuk boleh dimakan bersama pulut.
    4. *** air gula nih bergantung pada saiz gula melaka yg anda gunakan, jika guna yg besar blh kurangkan gula.



    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...