Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Wednesday, August 17, 2011

ENTRY KUIH BELIMBING KE ENTRY CUACA NI? HEHEHE...

Sejuuuukkks. Beberapa hari ni cuaca sejuk sikit. Pagi td suhu menunjukkan 4°c. Sebenarnya kalau nak dibandingkan dengan negara2 lain waktu winter cenggini suhu tersebut takde la sejuk sangat. Tempat2 yang ada salji tu lagi la kan...cecah negatif lg. Sebenarnya, Auckland ni tak sejuk sangat seperti negara 4 musim yang lain...kiranya orang tak tahan sejuk cam aku boleh ler duk kt Auckland, heehehe. Tp, 2-3 hari ni cuaca sejuk sangat. Biasanya paling sejuk pun cecah 7°c atau 8°c jer, tu pun pagi2 buta la waktu semua orang tengah syok lena berselimut duvet, hik hik hik.

Hari isnin lepas kecoh sekejap katanya snow turun kt Auckland. Aku memang tak sedar langsung sebab masa tu tengah sibuk mengemas rumah. Bila buka fb, dah kecoh kawan2 kt sini cakap snow turun. Ada yang kata itu hail dan ada jgk yang kata itu sleet, maknanya belum menjadi snow la kot. Tapi bila tengok news, reporter tu sendiri pun x pasti yg turun tu apa, hahaha. Senang citer snow ajer la sebab putih2 kan, hik hik hik. Tapi kejap jer tau, tu pasal aku x sedar. Cuma dapat la aku tgk berita kt tv dengan gambar yg kawan masukkan kt blognya di sini. For u all punya info Auckland memang tak turun salji since 1939. So, excited giler la warga Auckland bila salji turun...hehehe, cam lawak jgk seposen kan.  Heyy, jangan gelak tau! notty! of kossss la kami org Malaysia kt Auckland teringiiiiiin sangat nk merasa snow....hehehe.



Ok la, panjang pulak melalut...hehe. Hampir2 terlupa nak cerita pasal kuih belimbing ni. Dah lama cari baru bertemu resepinya. Dulu masa sekolah selalu buat kuih ni, ada kawan kasi resepi. Tapi lepas tu resepi tu hilang dan terus lupa. Sib baik jgk jumpa kt blog k.Hana. Tapi acuan plak tak de so, aku bantai nozzle icing tu jer la. Kalau ikutkan kuih ni besar la sket, maybe dorang guna acuan semprit ke apa ke x tau la. Boleh check kt blog K.Hana apa nama acuan tu. Memandangkan aku guna noozzle je so, hasilnya dapat saiz kecik2 seperti putik belimbing kot....kekekeke. Ok la, layan resepi di bawah. Kuih ni buat on Friday lepas bawak ke rumah kawan yg ajak berbuka puasa sbb kita orang sibuk pindah rumah.

Sumber: K.Hana@Hanamemories

Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  •  1 cawan air
  •  1 biji telur
  •  1 sudu makan marjerin/butter
  •  1 sudu makan gula
  •  esen vanilla

Cara-cara

  1. Didihkan air, gula, esen dan juga marjerin. Sementara tuh, dlm mangkuk lain pukul telur kejap.
  2.  Tutup api. Masukkan tepung. Kacau cepat2 gune senduk kayu.
  3.  Kemudian masukkan telur dan kacau cepat2 hingga sebati dengan tepung td.
  4.  Panaskan minyak, masukkan adunan ke dalam acuan dan picitkan ke dalam kuali. potong setiap 5cm.
  5.  Goreng hingga kekuningan dan angkat.
  6.  Taburkan gula. Sedia utk dmakan!

9 comments:

  1. Pernah tgk kat blog hana dulu.masa tu rasa berkobar2 nak buat.dah siap masuk list dlm draft tapi sampai skang ni dah terlampau byk resepi dlm draft tu sampai tak jumpa dah resepi kuih ni.hehe
    nak buat lah..ina sudah buat membangkitkan semangat akak semula.

    ReplyDelete
  2. lorr..takde snow rupanya kat sana yer ina..baru tau nih.tq laa share story..kalo tak ntah smpai bila x tau nyer tu..ingatkn semua negara 4 musim nih normal jer..ade gak yg kuar landasan rupanye yer..hehe

    rajinnya buat sekut...guna nozzle lak tu..cntik lak nmpk kejadiannya ha

    ReplyDelete
  3. Salam Ina...nampak sedap kuih belimbing nih!.

    ReplyDelete
  4. kak inaaaa.. sejuk ye kat sana... akak, saya pernah jugak buat kuih ni. kejap je habis.. bebudak suke.. tapi rasanya saya kena kurangkan airnya. nak menekan tu nanti hazaaabb.. hehehe

    ReplyDelete
  5. kak ina sudah buat kueh raya! yeahhh!!

    ReplyDelete
  6. @kak anim,
    hihihi....banyak betul list k.anim bunyinya tu. jom buat kuih ni, senang jer. saya ni pun buat last2 minute, lg 20 minit nk berbuka.


    @Hasue,
    ha'ah kami dulu pun pikir camtu jgk, ingat smua negara 4 musim ada salji. tp klu kt nz ni ada 2 pulau iaitu south dan north. auckland ni kt north island mmg susah la nak ada salji kecuali kt gunung. tp klu belah south island tu mmg ada salji dan lebat mcm negara 4 musim yg lain la.

    sue, ni bukan sekut raya la sue.. ni kuih harian cam cream puff dan donut tuuuuu....hehehe

    ReplyDelete
  7. @azatie,
    salam. bagi saya mmg sedap dan kegemaran la kuih ni. tp klu ada acuannya lagi puas hati sbb dpt saiz besar.


    @izah,
    sejuk zah...gigil akak. mmg jenis x tahan sejuk. hehehe, ijah mmg mantop cepat buat homework. klu bebudak suka lg baguuuuss.kan. nape degn sukatan air tu? adunan lembik ke? nape akak buat ok jer, ke akak terlebih tepung sbb masa buat tu mmg akak nak cepat.. hihihi


    @Luna,
    ini bukan kuih raya la yang... ni kuih harian jer ala2 cream puff dan donut gitu. tp sbb k.ina xde acuannya dan belasah nozzle icing jer so kuih ni nampak kecik mcm biskut...hehehe...

    ReplyDelete
  8. @azatie,
    salam. bagi saya mmg sedap dan kegemaran la kuih ni. tp klu ada acuannya lagi puas hati sbb dpt saiz besar.


    @izah,
    sejuk zah...gigil akak. mmg jenis x tahan sejuk. hehehe, ijah mmg mantop cepat buat homework. klu bebudak suka lg baguuuuss.kan. nape degn sukatan air tu? adunan lembik ke? nape akak buat ok jer, ke akak terlebih tepung sbb masa buat tu mmg akak nak cepat.. hihihi


    @Luna,
    ini bukan kuih raya la yang... ni kuih harian jer ala2 cream puff dan donut gitu. tp sbb k.ina xde acuannya dan belasah nozzle icing jer so kuih ni nampak kecik mcm biskut...hehehe...

    ReplyDelete
  9. salam Ina..Emmm lama nya tak makan kuih ni...Tgk sini mcam teringin plak nak buat

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...