Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label pencicah. Show all posts
Showing posts with label pencicah. Show all posts

Friday, September 03, 2010

NASI DAGING DAN AIR ASAM



Semua orang dah sibuk cerita pasal raya, buat kuih raya, balik kg dan mcm2 lg berkenaan raya. Waaaaa.....males dgr...males dgr! Sian kt kita raya mcm x raya. Nak2 skrg ni musim semua org tgh sibuk bertungkus lumus dgn nak siapkan apa2 paper untk mana2 conference kan dan mcm2 lagi, maybe derang pn x brp nk pikir psl raya. Kami yg kaum2 bini yg x study ni....ikut ajer la, huhuhu....

Takpe la, org lain semua citer pasal raya, kita nak cite psl nasik lg, hahaha. Kuih raya tggu la mggu depan klu ada mood, buat skit2...nanti mesti jiran nak dtg terjah, kan...klu xde sekut raya, sian lak kt jiran2 kita yg bz2 semua tu...hehehe. Wokeh la cite psl nasik daging pulak. Klu ikut MILku, masak nasik daging ni guna perencah Iman aje. Tp yer la kan, dh duk jauh ni mana nk cari perencah tu so terpaksa la guna kekreatifan sendiri. Usaha jgk cari resepi sbb ada org tu suka mkn. Tgk resepi kt MyResipi, skjp berkenan yg itu, kemudian berkenan yg lain pulak....last2 gabung jer semua resepi tu. Lg pun terpaksa ejas skit sbb kami ni masak sket jer untuk 3 org. So, resepi ni diinspirasikan dari sini dan sini. Terima kasih kpd yg menyumbang resepi, dpt la merasa mkn nasik daging.

Bahan-bahan

  • 2 cawan beras basmathi - saya campur dgn beras jasmeen
  • 500 gram daging / secukupnya - potong dadu mengikut saiz kesukaan anda
  • 1 bungkus sup bunjut
  • 1 batang kulit kayu manis
  • 2 kuntum bunga lawang
  • 3-4 biji cengkih
  • 2-3 biji buah pelaga
  • 1/2 biji bawang besar - hiris
  • 2 ulas bawang putih - hiris
  • 1 inci halia - ketuk
  • 1 sudu besar rempah kurma - bancuh dgn sedikit air
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 1/2 cawan susu cair
  • 2 sudu besar mentega
  • Garam secukup rasa
  • 2 helai daun pandan

Cara-cara

  1. Rebus daging bersama rempah sup bunjut sehingga daging empuk. Simpan air rebusan daging.
  2. Tumis (menggunakan mentega) kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pelaga hingga naik bau. Masukkan bawang merah, bawang putih dan halia, dan tumis hingga layu.
  3. Masukkan rempah kurma yg telah dijadikan pes. Tumis lagi hingga naik bau.
  4. Basuh beras dan toskan.
  5. Sukat air rebusan daging, sos tomato & susu cair mengikut paras sukatan memasak nasi spt biasa (yg anda msk bg 2 pot beras). *contoh: 1 1/2 cawan air rebusan & 1/2 cawan susu cair.
  6. Masukkan bahan tumisan td (sekali dgn minyak mentega), garam & kacau rata. Kemudian masukkan daging secukupnya dan daun pandan. Masak dlm periuk nasi spt biasa.

** Nasi daging ni sedap dimakan dgn sup dan air asam. Disebabkan kami ni makan x byk so sebahagian air rebusan daging tadi saya tinggalkan sikit untuk dibuat sup (kentang). Tumis (dgn minyak)rempah 4 beradik (kulit kayu manis, bunga lawang, cengkih dan buah pala serta bawang besar dan halia hingga naik bau kemudian gunakan air rebusan td. Kemudian tambahkan kentang dan daun sup. Walau bagaimana pun klu ada stok daging banyak, boleh aje masak sup daging lain.


AIR ASAM
Sumber : yummiez MyResipi


Bahan-bahan
  • 2 - 3 biji cili merah - tumbuk - tak letak, cili mahaii lor! kkdg ganti ngan capsicum jerk.
  • 3/4 biji bawang merah - tumbuk - saya x letak pun
  • 2 sudu teh belacan - tumbuk
  • 1 biji bawang merah - hiris
  • 1 biji cili merah -hiris - saya ganti dgn bbrp biji cili padi
  • 1 biji tomato - hiris
  • air asam jawa secukupnya
  • garam secukup rasa
  • sedikit gula - ni saya tambah
  • jus limau
Cara-cara
  1. Tumbuk / blend semua bahan tumbuk sehingga sebati (cili merah tak perlu halus sgt). Buat macam sambal belacan. Setelah siap, pindahkan ke dalam sebiji mangkuk.
  2. Masukkan garam dan gula secukup nya. Tak perlu byk sgt (garam) kerana belacan dah masin.
  3. Hiriskan semua bahan hiris.
  4. Masukkan air asam jawa ke dalam sambal yg ditumbuk tadi, agak2 jgn terlalu masam.
  5. Akhir sekali, masukkan semua bahan hiris ke dalam air asam. Tambahkan perahan limau secukupnya.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...