Followers

Thursday, August 11, 2011

PAUNG PULUT / KUIH BOM



Paung pulut ni sebenarnya kuih bom la. Tapi kami orang Terengganu panggil paung. Selalunya paung ni ada 2 versi iaitu paung pulut yg doh/kulitnya dari tepung pulut dan paung ubi yang dohnya dari ubi kayu (tepung ubi atau parutan ubi yang tu aku tak berapa pasti). Intinya pulak sama jer iaitu inti ikan. Berbeza dengan kuih bom yang ada bijan kt luar tu kan yg intinya kelapa atau kacang hijau. Tapi yang pasti apa yang sama adalah kuih bom ni kalau tak kena gaya boleh meletup waktu menggorengnya. Opocottt! hehehe...

Paung ni sedap betul makan waktu panas2. Faqihah suka betul tapi bila abahnya makan maka keluar la dialog sebegini 'rasa macam pernah makan kuih ni tapi intinya sepatutnya manis'. hahhaha .... macam ni la klu lain negeri lain version, next time harus kena buat 2 versi gitu. Resepi diambil kt myresipi daripada 2 sumber yang berlainan. Part inti tu aku ubahsuai skit sebab menggunakan tuna dalam tin jer.

Sumber 1 (resepi doh) : dee iman MyResipi
Sumber 2 (resepi inti) : salieysa MyResipi

Bahan-bahan:

Doh:
  • 1 1/2 cawan tepung pulut
  • 1/2 cawan tepung gandum
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Inti:
  • 1 tin tuna (dibakar/ goreng tanpa minyak)
  • 1/2 biji bawang besar - kisar
  • 1 ulas bawang putih -kisar
  • 1 inci halia - kisar
  • 1 inci lengkuas - kisar
  • 1 batang serai - kisar
  • sedikit halba
  • Lada hitam
  • garam dan gula secukup rasa
  • Asam keping
Cara-cara:
  1. Untuk inti: Masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali dan masak (goreng tanpa minyak) sehingga kering. Keluarkan asam keping apabila inti hampir kering.
  2. Untuk doh : Gaulkan tepung pulut, gandum, garam dan air (jangan terlalu lembut / keras).
  3. Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
  4. Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan (Masukkan paung sebelum minyak menjadi panas dan pastikan api dapur kecil kerana paung mudah meletup!)


p/s: semalam ada nampak kt blog k.ayu singapore kuih bom versi inti kelapa. macam best jugak resepinya so, aku nak simpan siap2 la kot2 nak buat nanti. Ni linknya Kuih Bom

8 comments:

  1. best ayat mu..bila time laki mu kata sepatutnya 'rasa manis' tu..hehehh..tp aku wahi ngat paung ni..cuma aku wat dok berapa jadi..:) ketok paung bila goreng..aku tgk paung mu comel..bulat gete..

    ReplyDelete
  2. @kuna,
    aku tiru resepi tu la...pastu gentel cam biasa je. jd bulat gitu la. hehe, tu la pasal... tok laki versi lain, kita versi lain. dia kata kulit tu best doh tp inti tu la...

    teringat plok paung kt pasar malam kemaman, goreng situ ler...

    ReplyDelete
  3. mas bertangguh2 nak buat kuih bom ni...
    letak inti kacang hijau pun best juga kan kak..

    ReplyDelete
  4. owwhh patut ler r2 buat xmau jd, xguna tepung pulut rupenyer..hihihi
    errr btoi ker kak ina, die taknak jd bulat n die lembut sangat..huhuhu

    ReplyDelete
  5. Salam ina. Maceh jenguk2 Along, kami sihat2 semua. Bulan pose ni tak larat betul nak jln byk2... al maklum kaki & lutut dah lembik...hehe

    ReplyDelete
  6. kuih ni tak yah salut ngan bijan yer..kalau inti kcg merah pun sedap ni..

    ReplyDelete
  7. 1st time akak tgk kuih bom inti tuna.
    good idea gak ni kan ina?
    selalu org dok buat dgn inti kelapa tu..:)

    ReplyDelete
  8. @Mas,
    akak tak penah lagi makan inti kacang hijau tu. mas buat la, nanti akak boleh tiruuuuuu...hehehe


    @Luna,
    Lorr....guna resepi mana tu? ni kuih bom terengganu tau. maybe tak sama dengan version yg standard ada bijan tu. tapi kalau lembut sangat tu maybe terlebih air kottt. kot la. cuba try cek...hehehe


    @Along,
    Terima kasih datang jenguk balas, along. Buat susah2 jer...hihihi. eh2, malu2 kuceng plak tuan rumah...hehe.
    Nape lembik2 lutut tuuu? hehehe... jangan diri lama2 tau. ;)


    @Liza,
    Kalau kuih paung versi terengganu ni memang tak salut bijan. kalau kuih bom yang standard itu yang inti kacang atau kelapa tu baru salut bijan. Emh, bagus jugak tu inti kacang merah kan... kebetulan pulak mmg ada belen lg inti kacang merah yg buat pau goreng hari tu. tenkiu2, gud idea! :)


    @Kak anim,
    kalau kt belah pantai timur terutamanya belah terengganu dan pahang memang guna inti ikan. inti ni sama la mcm inti yang buh dalam karipap atau pulut. kuat makan ikan betul kan...hehehe. tuna tu saya yg memandai nak cepat. sepatutnya kena guna ikan selayang tp mana nak cari kt sini.. hiiiii :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...