Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label apam. Show all posts
Showing posts with label apam. Show all posts

Friday, February 11, 2011

APAM SNOW WHITE



Jangan la gelak tengok rupa apam snow white aku ni. Walau pun rupanya tak kecik molek sperti yg sepatutnya tp rasanya tetap tulen ke'apam'an nya itu....huhuhu. Apam ni aku buat tgh malam buta hari rabu kot klu x silap...maknanya awal pagi khamis la. Semangat betul pagi2 buta kukus apam. Aku takde acuan apam atau pun lompang so, aku belasah ajer la letak dalam ramekin. Korang bayangkan ramekin tu kan bulat lebar......hahahaha...tu pasal la rupa kejadian apam ni cenggini. Dah tu, tersengguk2 aku nk tggu siap sbb pengukus tu cuma boleh muatkan 4 pcs ramekin ajer...sabo jer la. Yg last2 tu aku letak cupcake paper sbb nak cepat punya pasal.

Tapi sejujurnya aku cakap walau pun rupanya cenggitu tp kegebuannya masih menten spt apam yg biase aku makan. Tu pun aku main ngelat jgk. Dah malam2 kan, tak larat aku nk tunggu perap sampai 2-3 jam, dengan cuaca yg sejuk angin bertiup2. Konpem la tak naik apam ni. Aku tanya Mas (Duniaku) apam ni naik sekali ganda ke lepas perap. Kebetulan mas duk online ngan K.Nor masa tu. Maka dgn itu aku pun guna la idea ngelat...aku perap apam tu dalam oven dgn suhu 35˚- 45˚. Apa lagi, bila kukus....elok je la kejadiannya walau pun melebar... kekekeke. Lagi satu, aku cuma buat separuh adunan jer tp yis nya aku letak 2 sdk. Nak cepat rise kononnya...hehehe... Kesimpulannya aku memang suka dengan apam ni. Next time nak buat lagi cuma maybe aku akan kurangkan sedikit gula atau pun ikut note dari Bdaria (Jurnal Resepi Badaria)


APAM SNOW WHITE

Sumber Asal: qnq0910 MyResipi
Sumber (copied) : Mas (Duniaku)

  • 3 cawan tepung beras
  • 1 cawan tepung gandum
  • 2 cawan gula pasir
  • 1 paket mauripan @ ibu roti (11gm)
  • 2 cawan nasi
  • 3 cawan air
  • 1/2 biji kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara:

  1. Masukkan semua bahan diatas kecuali nasi dan air kedalam bekas. Gaul rata dan ketepikan sebentar
  2. Kisar nasi dengan air sehingga ia betul-betul hancur.
  3. Masukkan campuran kisaran nasi dan air tadi kedalam bekas tepung dan sebatikan.
  4. Perapkan adunan selama sejam. Tutup bekas adunan anda dengan kain bersih/tuala bersih.
  5. Panaskan periuk kukus. Sapukan sedikit minyak pada acuan lompang dan susun dalam pengukus. Kukus dalam 3-5 minit.
  6. Angkat bekas kukusan yang mengandungi acuan lompang kosong dan masukkan bancuhan tadi sehingga penuh acuan. Anda boleh letakkan pewarna kesukaan anda. saya letakkan sirap ros so bau apam jadi harum saja.Kukus selama 10-15 minit dengan api yang sederhana .





NOTA dari Bdaria (Jurnal Resipi Bdaria):

  1. Saya buat separuh sukatan resepi diatas so gula pasir saya gantikan dengan gula kastor sebanyak 1 cawan ( kemudian buang 1 sudu besar gula) supaya ia tak terlalu manis. Bagi saya manis gula yang dikurangkan dan ditukar kepada gula kastor dah ok. Saya tak suka manis sangat so manis nie....just nice 4 me.
  2. Jika adan nak buat belang2 macam saya buat tu....bahagikan adunan kepada warna kesukaan anda kemudian masukkan kedalam pipping bag supaya senang nak dimasukkan kedalam acuan. Picit sahaja sebelah warna putih dan sebelah lagi warna merah so jadilah 2 warna dalam satu acuan.
  3. Saya akan tambah tempoh masa perapan kepada 1 1/2 - 2 jam jika buat lain kali supaya teksturnya lebih gebu lagi. Jika anda buat apam dan dapati bahagian bawah apam separuh keras dan atasnya gebu. Solusi bagi masalah ini adalah panaskan bekas lompang atau bekas lain yg hendak digunakan terlebih dahulu sebelum memasukkan bancuhan apam. Ini sebelum kukusan yg pertama.



Friday, February 04, 2011

APAM DEWA



Haaaaa....korang ada keturunan dewa-dewi tak? Takde? Kalau takde tak bleh makan apam ni. Hehehehe...merepek betol! Tak sesueiiii!!! wakakaka... Sebenarnya apam ni kuih tradisional org Terengganu. Jangan tanya aku nape namanya 'Apam Dewa' sebab aku pun mmg tak tahu, ngeh ngeh ngeh. Mak aku klu kekeringan idea minum petang selalu buat apam ni sebab membuatnya adalah teramat mudah. Macam buat bahulu tp version kukus. Tak payah pakai apa2 bahan penaik atau pelembut cuma telur, gula, tepung gandum. Senang kan? hehehe. Dulu penah la aku mintak resepi dgn mak tp version mak aku tu yg banyak, telur pun pakai berbelas biji. Nak pitam dengar, hehehe. Sib baik la ada yg sudi berkongsi resepi kt MyResipi. Tu pun aku buat setengah adunan jer.

Ok la, nak cepat ni...malam ni ada majlis baca Yassin. Tadi aku duk membuang masa menukar langsir baru tu pasal serba terlewat hari ni. Encik Haza la ni cakap template blog aku ni huduh. Aku ni bukan reti sgt nak kreatif2 (sebenar malas nak godek2, keh keh keh). So, berwajah baru la dapur aku kini seadanya. Ok, layan resepi seperti di bawah.



APAM DEWA
Sumber : missayu MyResepi

Bahan-bahan
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur) - ina guna esen vanila tp klu mak biasa guna esen ros.
  • Pewarna


Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan sunquick hingga kembang (putih).
  2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
  4. kemudian kacaukan sedikit aduna yang di dalam loyang dan lorekan corok di atas.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****

Sunday, July 18, 2010

APAM GANDUM




Sumber : Mat Gebu

Apam ni walau pn nampak cam senang tp aku buat tak berapa nak gebusss....adoi la.. Tp sib baik gak ada jgk part yg gebu...kekeke...Masih boleh dimakan dan rasanya tetap sodap. Biasa la kan... 1st time buat. Nak2 bab kukus2 ni aku baru tahap abc, keh keh keh... Walau apa pun mmg suka apam ni...teringat plak kt mak yg suka sgt mkn apam ni. Nampaknya kena usaha lagi la. Klu tgk kt blog cik mat, best betul ada mcm2 resepi apam. Tapi yg paling aku suka resepi kek cipon, tp apakan daya loyang cipon xde lg. Ok la, resepi spt di bawah. Mintak izin yer cik mat nk kopi pes resepi. Kelapa tu aku pakai desiccated coconut jer pastu panaskan kejap dgn air skit dan garam serta gula secukup rasa. Maklum la, takde kelapa parut....huhuhu..


Bahan-bahan

• 500 g tepung gandum
• 3/4 cawan gula perang (brown sugar)
• 2 cawan air
• 11 g yis + 1/2 cawan air, larutkan
• Kelapa parut putih + sedikit garam

Cara-cara

1. Gaul rata tepung dengan gula perang hingga rata. Tuang bancuhan yis dan kacau rata. Tambah air sedikit demi sedikit sambil digaul hingga rata dan tidak berbintil2.

2. Lenser loyang bulat berukuran 10 inci dengan sedikit minyak masak. Tuang no. 1 dalam loyang tadi dan biar 1 jam atau hingga naik memenuhi loyang tadi.

3. Kukus atas air mendidih selama 40 - 45 minit (mat balut penutup kukus dengan kitchen towel). Sejukkan apam sepenuhnya sebelum dipotong. Hidangkan bersama kelapa parut tadi....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...