Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label Pancake. Show all posts
Showing posts with label Pancake. Show all posts

Friday, April 15, 2011

FLUFFY PANCAKE




Mempelbagaikan resepi pancake. Dah lama benor tak buat pancake tetiba hari ni rasa nak makan. Skill pun dah lari....hahaha...tengok la rupa pancake ni, siap ada corak bunga bersegi2 kt bahagian tepi...hik hik hik. Itu bbrpa kali tukar pan sbb pan yg mula2 guna tu cepat benor panas. Bila nk akhir2 tu baru la elok skit rupanya. Tp buat pancake ni klu dpt guna non-stick pan yg baru mmg elok la kejadiannya. Itu berdasarkan pengalaman aku la. Klu org lain yg dah terer tu mungkin pakai pan apa pun jd jek...hehehe...

Walau pun ada bermacam rupa kejadian pancake aku pg ni tp nasib baik rasanya sedap. Lembut bangat weh. Sampaikan Faqihah kejap2 ckp 'i want more pancake'....haaaaa...sedap la tu maknanya...wakakaka...sila tekan lif & naik sendiri (masuk bakul angkat sendiri la...)

Ok, resepi copy paste dr blog izah. Izah kata dia ter derharka skit part telur tu...but i follow u derhaka, zah...hehehe...

FLUFFY PANCAKE
Sumber asal: food.com
Sumber :Izah

Bahan-bahan
  • 1 1/4 cwn tepung serbaguna
  • 2 sudu makan gula
  • 2 sk baking powder
  • 3/4 sk salt
  • 1 1/3 cwn susu segar
  • 3 sudu makan minyak sayur
  • 1 biji telur * saya letak 2 biji
Cara-cara:
  1. Campurkan semua bahan kering di dalam mangkuk besar. Ketepikan.
  2. Campurkan susu, minyak dan telur di dalam bekas yang lain dan sebatikan.
  3. Masukkan campuran susu ke dalam bahan kering. Gaul sebati.
  4. Saya biarkan adunan 10-15 minit tertutup.
  5. Masak pancake menggunkaan non-stick pan atau sapukan sedikit butter pada pan biasa.
  6. Masak hingga keperangan.
  7. Hidangkan dengan topping kegemaran.


Saturday, July 03, 2010

PANCAKE


served with my favourite raspberry jam...yum yum!



tersusun sedia untuk masuk ke dalam.....? hehehe....

Simple dan mudah. Setakat ni tak penah fail lg la dengan resepi pancake ni. Rasa pun sedap. Sumber resepi senang ajer, kt botol baking powder brand Hansells. Kalau pagi2 malas masak, senang...buat ajer pancake ni. Sedap dimakan dgn apa sahaja sama ada maple syrup, jem, nutella, madu, atau pun coklat cair. Ikut suka hati masing2 la kan sebab diri sendiri yang nak makan. Macam kami, lebih suka makan dengan jem. Makan begitu sahaja pn sedap jugak.... Tapi bukan selalu pun makan pancake ni, maklum la tekak melayu katakan....huhuhu. Dapat nasik lemak lg best...hehe. Bila dh jarang2 buat tu, setiap kali nk buat mesti ngendap la resepi kt botol tu...kekeke...


Bahan-bahan

• 1 biji telur
• 1/4 cawan gula
• 3/4 susu segar atau susu cair - prefer susu segar,pancake jd lg lembut
• 1 cawan tepung gandum
• 1 tsp baking powder
• 1/4 tsp garam
• 25 gram butter - anggaran dlm 1 sudu besar - kemudian dicairkan

Cara-cara

1. Pukul telur dan gula sehingga kembang. Masukkan susu.
2. Masukkan tepung gandum yang telah diayak bersama baking powder, dan juga garam. Kacau hingga sebati bersama butter yang telah dicairkan terlebih dahulu.
3. Panaskan non-stick pan dgn kepanasan sederhana. Ceduk adunan tadi dlm dua sudu besar ke dalam pan yang telah digriskan dgn butter atau minyak. Aku tak gris pon...hehehe
4. Apabila kelihatan buih-buih kecil timbul dipermukaan, bolehla balikkan pancake tersebut.
5. Kemudian angkat dan hidangkan dengan jem kegemaran anda.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...