Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts
Showing posts with label Pencuci mulut. Show all posts

Wednesday, February 13, 2013

Cendol Pulut di kala hangat cuaca

Amacam cuti korang semua?  Mesti syok kan.  Kami masih lagi dalam mood bercuti.  Sepatutnya hari ni Mr. Haza dah masuk ofis tapi sambung cuti lagi alang-alang faqihah punya cuti tadika sampai hujung minggu ni.  Isnin depan baru bukak.  Alhamdulillah pernikahan adik Mr. Haza selamat sudah.  Nanti kalau aku rajin aku upload gambar, maklum la part pilih2 gambar tu yg lomah sikit, hehehe.

Hari Ahad after kenduri kita orang gerak balik penang.  Hari isnin sepupu Mr. Haza bertunang kt penang.  Hari selasa apa lagi, :D gerak ke Kuala Perlis la.  Itu pun bertolak dah tengahari gara-gara duk +- nak pergi ke tak.  Mr.  Haza la kepenatan setelah beberapa hari duk memancing.  Jangan tanya hasilnya yer, muahaha.  Yang adoooo. :p

Kita orang sempat la singgah ke Padang Besar.  Giler ramai orang sampai selisih bahu.  Nak pilih2 pun terpaksa bersesak2.  Last2 beli baju kt Faqihah jer.  Lagi pun dah janji dengan kawan nak makan laksa.  Nasib baik la dapat makan jugak sbb kedai favourite kawan tu tutup la pulak hari selasa.  Pegi kedai lagi satu pulak nasib baik la bukak, tu pun dah nak tutup sbb dah lewat petang.  Gambar laksa tak sempat nak snap sbb dah kebulur laksa sangat kan.  Aku pun malas nak snap depan kawan, hehehe.

Otw kitaorang ke Perlis sebelum tu sempat la singgah pekena cendol pulut kat Jo Cendol Pulut, Changlun.  Aduh! enak tak terkata menikmati cendol di kala cuaca yang benar2 panas kat belah utara ni.  Banyak betol dia orang letak buah kabung sampai tak habis aku makan.  Faqihah pulak, dia buat perangai pelik macam orang tak pernah jumpa cendol.  Dia kacau-kacau-kacau cendol tu last2 dia tak makan pun.  Suruh try, dia tak nak.  Mak dia laju je sluurrrpppp :D :D :D


tengok la muka pelik dia 'telek' cendol tu...


banyak betol buah kabong

ni mangkuk aku la...laju betol sedut..muahaha...





Saturday, January 26, 2013

Cream Puff



Cream puff ni buat semalam.  Tetiba rasa nak makan.  Tapi selalu kalau nak buat cream puff kena berkira-kira filling apakah nak diletak memandangkan the big boss tak makan custard cream filling.  Kata beliau puff dengan custard cream tu rasa telur kuat sangat.  Tapi bagi aku ok je.  

So, sebagai penggantinya aku belasah aje belen whipped cream yg buat pavlova dan cairkan coklat ~belen projek coklat itu hari~ so, jadi la cream puff inti whipped cream + coklat. Hohoho...terangkat! terangkat lemak-lemak, punah diet aku, :((  Manyak susah lorrr mau diet tp dalam masa sama 'mengusahakan' (ceh! mengusahakan konon tp tenggelam timbul) blog makan...dalam erti kata lain aku cuba resepi mesti la aku mau makan... :D tak pe tak pe, ambik portion sikiiiiiiiiit gitu :p

CREAM PUFF
Sumber : Yani@MyResipi

Bahan-bahan
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) 
Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm. 
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim. 
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

ni dah masukkan tepung gandum
kacau supaya nampak kepingan nipis.  susah la guna whisk, pakai senduk aje la... :D

part memasukkan telur ni mmg kena mix cepat2. klu tak confident boleh stand-by hand mixer siap2, hehe.  bukan apa, klu lambat nanti telur tu akan 'masak' dan terasing/tidak sebati dengan adunan. so, bila bakar mmg tak kembong la cream puff anda. sape pakai dapur letrik spt ceramic tu kena careful la sbb that stove walau dh off masih lg ada haba panasnya.

kalau tak de spray, hangpa main renjis-renjis dipilis jer cream puff tu, keh keh keh

tengok....'kembong' kaannnnn :D

Sunday, June 17, 2012

Welcome back? hehehe..

Hehehe...sign in blogger tiba-tiba daku terkesima.  Sudah bertukar wajah rupanya.  Masa bila yer layout dashboard ni dah bertukar yer.  Nampak benor betapa lamanya aku tak hadap blog sendiri.  Kalau ikutkan nak bertapa lagi tapi entah kenapa tetiba gian pulak nak post entry.  Tak ada apa yang menarik lah, nak post pasal masak emh...mokcik sekarang tengah cuti-cuti masak...keh keh keh.

Haaaa...alang-alang dh sign in kan, ejas la sikit sana sini.  Bukan apa, sebab lembab benor nak scrol sampaikan tuan punya sendiri pun naik menyampasss...muahaha.  So, buh yang simple2 jer la.

Oh, btw... aku dah lama pulang ke tanah air terchenta.  Sebab tu la kali ni memang lama betul tak masuk blog.  Ada banyak perkara yang tak settle lagi.  Eh, bukan tak settle lagi tapi tak setting lagi, hehehe.  Nanti la bila tiba masanya akan aku story-mory, hihihi.

Macam tak syok kan post entry kalau takde gambo.  Ambik la jamu mata gambo pavlova ni.  Ni buat masa mak mertua datang ke auckland bulan february lepas.  Hahaha...sori la, dah lama benor. :p

terasa-rasa kemanisan dan kesegaran kiwi gold itu.  uwaaaa.... i miss NZ.
Aku malas nak copy resepi pavlova ni so, kepada sesapa yg nak resepi tu sila jengok kat blog puan ini.  Dah banyak kali buat guna resepi ni dan menjadi dengan jayanya...hehehe (perasan!).  Terima kasih yer puan yg sudi berkongsi resepi ini.

Friday, February 04, 2011

APAM DEWA



Haaaaa....korang ada keturunan dewa-dewi tak? Takde? Kalau takde tak bleh makan apam ni. Hehehehe...merepek betol! Tak sesueiiii!!! wakakaka... Sebenarnya apam ni kuih tradisional org Terengganu. Jangan tanya aku nape namanya 'Apam Dewa' sebab aku pun mmg tak tahu, ngeh ngeh ngeh. Mak aku klu kekeringan idea minum petang selalu buat apam ni sebab membuatnya adalah teramat mudah. Macam buat bahulu tp version kukus. Tak payah pakai apa2 bahan penaik atau pelembut cuma telur, gula, tepung gandum. Senang kan? hehehe. Dulu penah la aku mintak resepi dgn mak tp version mak aku tu yg banyak, telur pun pakai berbelas biji. Nak pitam dengar, hehehe. Sib baik la ada yg sudi berkongsi resepi kt MyResipi. Tu pun aku buat setengah adunan jer.

Ok la, nak cepat ni...malam ni ada majlis baca Yassin. Tadi aku duk membuang masa menukar langsir baru tu pasal serba terlewat hari ni. Encik Haza la ni cakap template blog aku ni huduh. Aku ni bukan reti sgt nak kreatif2 (sebenar malas nak godek2, keh keh keh). So, berwajah baru la dapur aku kini seadanya. Ok, layan resepi seperti di bawah.



APAM DEWA
Sumber : missayu MyResepi

Bahan-bahan
  • 6 biji telur
  • 1 1/2 cawan gula
  • 2 cawan tepung gandum
  • 1 sudu besar sunquick (utk hilangkan bau hanyir telur) - ina guna esen vanila tp klu mak biasa guna esen ros.
  • Pewarna


Cara-cara

  1. Pukul telur bersama gula dan sunquick hingga kembang (putih).
  2. Setelah kembang, masukan tepung sedikit demi sedikit dan kacau rata
  3. Bahagikan adunan kepada 2 bahagian dan masukan pewarna yang disukai. alaskan loyang dengan plastik.kemudian masukan adunan ke dalam loyang berselang seli.
  4. kemudian kacaukan sedikit aduna yang di dalam loyang dan lorekan corok di atas.
  5. Kukus selama 45 minit atau sehingga masak.. ****selamat mencuba****

Saturday, August 21, 2010

AKOK



Sumber : Zaliana MyResipi

Akok ni mmg pencuci mulut yg glamer la kt pantai timur. Nak2 bg org2 kelate dan tranung, hehehe. Dulu masa kecik2 slalu tgk akok ni dijadikan salah satu kuih dlm hantaran pertunangan. Kekadang dihidang pd majlis2 tertentu sprt majlis bertunang atau kahwin. Skrg ni x tau la kan, majlis kahwin serba canggih dan modern ni org hidang pesen moden2 la kot, muahahaha. Kuih ni klu org tak tahan manis, jgn makan. Mmg manis x hengat. Lg satu klu org yg x suka kuih yg terlalu rasa telur. Mmg x suggest la. Kuih ni bila simpan dlm peti, sejuk2 baru makan, mmg asyiiiiiik sekali....hehehe...

Kebetulan terjumpa resepi ni kt MyResipi so apalagi, try la. Tp ni akok moden nyer bakar dlm oven. Klu tradisional bakar ats dapur api tu la cam baulu. Acuan pn guna acuan baulu yg akan menghasilkan akok yg bujur. Tp dh duk jauh ni belasah ajer la tray muffin maka jadi la akok berbentuk bulat.....hahaha...takpe2 walau pn rupa mu tak slim tp rasa mu ttp memikat hati. Akok yg aku buat ni kental skit maybe terlebih gandum kot. Ni la mslhnya bila penimbang dh pening2 lalat dikerjakan anku yg sorang tu. Klu ikutkan rasa akok ni lembut jer sbb lebih pd telur....aaah, nk xplain pn x reti.

Wokeh, resepi spt di bawah. Aku guna muffin tray ngam2 dpt 12 biji. Masa bakar dlm oven tu akok ni mengembang sekembang2nya. Terkozut anak aku nengok. Ktanya, poor cake mama. Hahahaha. Tp sbb resepi dh ckp kt dlm tu so aku x de la terkozut sgt, hehehe. Tq pd penyumbang resepi, tak sangka dpt mkn akok kt auckland...owwhhh, terharunya....huhuhu...

Bahan-bahan ( 36 biji )
  • 5 biji telur
  • 200 ml pati santan
  • 100 ml air
  • 150 gram gula manisan (gula melaka)-boleh kurangkan ikut selera
  • 30 gram tepung gandum
  • 3 helai daun pandan- disiat-siat
  • 2 cubit garam halus

Cara-cara

  1. Masak air bersama gula melaka hingga mendidih. Tutupkan api.
  2. Masukkan santan. Tunggu suam sedikit, kemudian masukkan telur,tepung dan daun pandan, gaul rata.Tapiskan untuk menghilangkan ketulan tepung.
  3. Panaskan oven pada suhu 200 darjah celcius. Panaskan acuan baulu ke dalamnya. Masukkan sedikit minyak dalam setiap acuan.
  4. Isi penuh acuan dan bakar selama 10 minit. Kuih ini akan mengembang. Bila dikeluarkan dari oven ia akan sedikit mengecut.


Wednesday, August 18, 2010

AISKRIM BUBUR KACANG




Aiskrim bubur kacang ni buat masa 1st daya pose hari tu la. Lebih dr bubur kacang yg pekat x hengat tu....hahaha. Ikut tekak yg haus mmg la sedap jer terbayang eskrim kan, tp bila dh masuk tekak, mlm hari, di musim sejuk plak....hurm, mula la ngadu sejuk2. Ni la namanya takde penyakit pegi cari penyakit....wahahaha.... Pastu mula la xde sape nk mkn sejuk2 ni, tu ada lg duk berposing dlm peti s tu.... Nasib la...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...