Followers

Saturday, January 26, 2013

Cream Puff



Cream puff ni buat semalam.  Tetiba rasa nak makan.  Tapi selalu kalau nak buat cream puff kena berkira-kira filling apakah nak diletak memandangkan the big boss tak makan custard cream filling.  Kata beliau puff dengan custard cream tu rasa telur kuat sangat.  Tapi bagi aku ok je.  

So, sebagai penggantinya aku belasah aje belen whipped cream yg buat pavlova dan cairkan coklat ~belen projek coklat itu hari~ so, jadi la cream puff inti whipped cream + coklat. Hohoho...terangkat! terangkat lemak-lemak, punah diet aku, :((  Manyak susah lorrr mau diet tp dalam masa sama 'mengusahakan' (ceh! mengusahakan konon tp tenggelam timbul) blog makan...dalam erti kata lain aku cuba resepi mesti la aku mau makan... :D tak pe tak pe, ambik portion sikiiiiiiiiit gitu :p

CREAM PUFF
Sumber : Yani@MyResipi

Bahan-bahan
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) 
Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm. 
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim. 
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

ni dah masukkan tepung gandum
kacau supaya nampak kepingan nipis.  susah la guna whisk, pakai senduk aje la... :D

part memasukkan telur ni mmg kena mix cepat2. klu tak confident boleh stand-by hand mixer siap2, hehe.  bukan apa, klu lambat nanti telur tu akan 'masak' dan terasing/tidak sebati dengan adunan. so, bila bakar mmg tak kembong la cream puff anda. sape pakai dapur letrik spt ceramic tu kena careful la sbb that stove walau dh off masih lg ada haba panasnya.

kalau tak de spray, hangpa main renjis-renjis dipilis jer cream puff tu, keh keh keh

tengok....'kembong' kaannnnn :D

3 comments:

  1. Sedapny a puff.. Gebu.. Frst time kat sini... Lov ur space.. Happy to follow u.. Glad if u do d same..

    http://subhieskitchen.blogspot.co.uk

    ReplyDelete
    Replies
    1. subhie, terima kasih yer follow. saya dah jengok blog subhie. cantik all the photos.

      Delete
  2. Yeayyyyy.. Nk coba dgn durian lah :-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...