Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label coklat. Show all posts
Showing posts with label coklat. Show all posts

Tuesday, May 28, 2013

Lolichoc Kenduri

Tetiba pulak rasa nak update blog.  Sebenarnya kan memang dah lama nak update tapi biasa la kan banyak sangat halangan2nya.  Hehehe...alasan la tu.

Baru-baru ini ada sesuatu telah terjadi.  Waaaa... :'( bila ingat-ingat balik boleh meratap hiba jugeeekkk ni .. hehehe.  Tapi tabahkan hati.  Itu semua sudah ketentuan dari-Nya.  Apa ceritanya, nanti i will strory mory, hokeh.

Sebelum tu nak share gambar lolichoc yg buat masa kenduri sambut menantu adik mr. haza.  Alaa... adik beliau yg kawen yg aku buatkan hantaran tu.  Setelah beberapa kali terpaksa ditunda tarikh kenduri kerana sbb tertentu, the last time tu pun terpaksa jugak kena tunda sbb pilihanraya-13.  Since kenduri kt semenyih dan they all nk balik mengundi kt Penang so, tarikh tu kena jugek pinda.  

Dan disebabkan pindaan tarikh2 itu serta aku pulak nak balik mengundi kat Terengganu so, lolichoc ni last minute la buat.  Perrrhhh...boleh tahan penat jugak buat dalam kuantiti banyak last2 minute cenggini.  Walau pun buatnya amatlah mudah namun dalam kuantiti banyak ni tuan-tuan dan puan-puan kena la banyak bersabar.  

Jumlah semua ni dlm 400 pcs lebih.  Yang coklat putih tu saje campur sbb nak habiskan coklat dr projek sebelum itu.


Aku memang tak sempat dah nak snap gambar banyak-banyak.  Siap jer, terus snap skeping dua lepas tu terus bungkus semua masuk cooler box dan mr. haza wrapping guna plastic wrap.  Sebabnya beliau bawak coklat tu ke semenyih dan tinggalkan kt sana lepas tu balik penang untuk mengundi.  So, coklat tu duduk la dalam box tu selama seminggu sementara nk sampai hari kenduri kan.  Alhamdulillah tak cair dan tak masuk semut you coklat i tu....hahaha.  punya la risau andai itu terjadi.

Ini lolichoc yg paling simple jer ni.  Jimat kos! hahaha.  So, kalau korang nak order untuk kenduri tu boleh sangat la.  Terutama mereka yg sekitar kulai, johor baru.  Hahaha...promot pulak.

Saturday, January 26, 2013

Cream Puff



Cream puff ni buat semalam.  Tetiba rasa nak makan.  Tapi selalu kalau nak buat cream puff kena berkira-kira filling apakah nak diletak memandangkan the big boss tak makan custard cream filling.  Kata beliau puff dengan custard cream tu rasa telur kuat sangat.  Tapi bagi aku ok je.  

So, sebagai penggantinya aku belasah aje belen whipped cream yg buat pavlova dan cairkan coklat ~belen projek coklat itu hari~ so, jadi la cream puff inti whipped cream + coklat. Hohoho...terangkat! terangkat lemak-lemak, punah diet aku, :((  Manyak susah lorrr mau diet tp dalam masa sama 'mengusahakan' (ceh! mengusahakan konon tp tenggelam timbul) blog makan...dalam erti kata lain aku cuba resepi mesti la aku mau makan... :D tak pe tak pe, ambik portion sikiiiiiiiiit gitu :p

CREAM PUFF
Sumber : Yani@MyResipi

Bahan-bahan
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) 
Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm. 
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim. 
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

ni dah masukkan tepung gandum
kacau supaya nampak kepingan nipis.  susah la guna whisk, pakai senduk aje la... :D

part memasukkan telur ni mmg kena mix cepat2. klu tak confident boleh stand-by hand mixer siap2, hehe.  bukan apa, klu lambat nanti telur tu akan 'masak' dan terasing/tidak sebati dengan adunan. so, bila bakar mmg tak kembong la cream puff anda. sape pakai dapur letrik spt ceramic tu kena careful la sbb that stove walau dh off masih lg ada haba panasnya.

kalau tak de spray, hangpa main renjis-renjis dipilis jer cream puff tu, keh keh keh

tengok....'kembong' kaannnnn :D

Monday, January 21, 2013

Kisah Coklat dan Mak bersama Anaknya


Mari..mari...mari beli lollichoc! hehehe. Gimiks jerrrr! :D 

Sebenarnya ini percubaan pertama membuat homemade chocolate.  Saje nak menghiburkan hati budak sorang tu yang tetiba tak nak pegi tadika last week.  Selalu ceria dan seronok aje pegi tadika.  Kali ni buat drama air mata la pulak.  Bila ditanya rupa-rupanya kena marah dengan cikgu.  Sebabnya cikgu suruh buat latihan tulisan tapi dia tak reti dibantainya main lukis-lukis, hahaha...  Anak sape la tu :p .  Maka setelah dinasihati, pegi la jugak tadika walau pun air mata tu tak berhenti meleleh.  Petang tu balik tadika ok jer malah ceria macam biasa jer.  Nasib baik 'makan' nasihat, hehehe.

Berbalik pasal coklat ni, takde la susah mana pun membuatnya.  Leburkan coklat compound menggunakan teknik double boil, kemudian masukkan aje dlm chocolate mould tu.  Lepas tu sejukkan dalam peti ais.  Dah keras dlm 5-10 minit, boleh la dikeluarkan.  Very the easy khennnnn.... ;) . Ini basic jer la bagi orang yang tak tau apa2.  Untuk nak canggih-manggih tu kena la masuk kelas dulu kan.




aku guna coklat compound brand beryl's.  tak guna semua pun sbb 1st try, buat sikit dulu.


sila pejam mata tengok yg comot2 tu. 'overloaded', hahaha. lepas ni kena letak ngam2. sbb yg lebihan ni klu nak guna scrapper nanti dengan stick tu skali comot.


aiiikkkk, mende ni plak interprem? sebenarnya ada lebihan coklat, tak tau nak buat apa so, kita main celup2 la.  nampak sangat tak guna mende alah ni kan sebab duk dalam kotak lg.  actually byk lg barang yg duk dalam kotak shipping, malas nak keluarkan kecuali yg nak guna jer.


tadaaaaa....ini lah hasilnya. ok la kan untuk 1st trial. 


bungkus dalam plastik biasa jer.

Faqihah sangat excited tengok coklat.  Dia memang hantu coklat.  Tapi kena bagi warning sikit, kan tak pasal-pasal dibantai semua....hohoho...no! no! no! budak kecik tak bagus makan coklat banyak2.

Faqihah :  faqihah nak coklat tu.
Mama   :  mama jual coklat ni (warning la ni kononnya)
Faqihah :  i will buy it.
Mama   :  ok. it's 1 dollar (errkkk dh balik kt setahun masih tershashul lg perkataan dollar). but 1 will give u a discount. seventy cents only.
Faqihah :  ok.

beberap saat kemudian terdengar laungan dr ruang tamu;

Faqihah: mamaaaaaaa! how to write seventeen centssss?
Mama : oneeeeeeee! and sevennnnnn!

Lepas tu datang dengan membawa sekeping kertas.  Hahahaha....dalam hatiku, haisssh budak ni, aku sebut 70 cents, dia dengar 17 cents.  Dah tu orang cakap 1 dan 7, ditulisnya 7 dan 1.  Adoiii laaa...


sold for 71 cents. faqihah bought 1 and got free 1 for her abah, hahahaha.  




Sunday, April 03, 2011

SAYA SUKA COKLAT!



Selamat hujung minggu buat semua orang. Tengah buat apa tu? bagi yang cuti minggu hari Jumaat maknanya hari ni dah start keje balik la kan. No blues2 ok. Hahahaha...biase la tu, aku dulu pun mcm tu jgk. Klu hari 1st mesti ada blues2 skit. Kata orang nak start panaskan enjin tu ambik masa skit. Apa2 pun yg penting keje siap on time kan....klu tak nanti bos marah... ;)

Jom, layan gambar cokelat bagi sesapa yg suka makan cokelat. Take 5 la kononnya aku ni maklum la dari td duk housekeeping. Errrkkk...tp nampak mcm tak 'keeping'2 pn dr td... hahaha... ini bukan dh take 5 dah ni...dekat 2-3 jam dh ni...hik hik hik...

Nape aku letak gambar ni? Sebab aku suka makan coklat. Bukan aku saje, Mr. Haza & Faqihah pun suka. Hantu cokelat la ni. Tapi tak boleh la makan selalu, sendiri mau ingat la.... hahahaha. Nanti aku bertambah tembam dan faqihah gigi takde sebatang...sape yg susah? Mr. Haza tak pe, hari2 dia pegi skul panjat bukit depan rumah tu dah hilang byk kalori dah. Kami beli coklat pun time promosi jer. Sbb sini selalu ada promosi. Tp brand yg susah atau jarang ada promosi coklat jenama dr New Zealand la, iaitu Whittaker's. Coklat whitakker's sedap tau, padat jer rasa coklatnya. Kalau Cadbury plak mmg selalu ada promosi. Biasa yg coklat blok yg 200 gram (yg selalu kita beli tu la....), 2 blok untuk $5.00. Tapi tahun lepas kot konon2 orang sini cam nak boikot cadbury tu sebab katanya rasa dh tak asli (agaknya peratus kandungan koko dikurangkan kot) dan jg sbb menggunakan minyak kelapa sawit. Emh, pandai2 la pilih citarasa sendiri camne kan? Tp memang tak dinafikan whittakers lebih sedap dari cadbury....hehehehe...


antara bentuk2 yg ada


coklat ni mcm 2 lapisan, dlm dia coklat lg lembut...


Ok, coklat Guylian ni baru jer beli pagi tadi tp dah selamat cair di mulut. Ni product Belgium yg mmg terkenal dengan cokelatnyerrr. Ni pun kebetulan ada promosi. Satu kotak tu ada 3 ketui, bentuk sea shells la. Harganya $0.99 saje untuk satu kotak tu. Kalau harga asalnya adalah $2.09. Berbaloi kan? Pandai plak Mr.Haza ni beli, 3 ketoi...satu sorang la....hahahaha. Tp td Mr.Haza dh angkut skit pegi skul. So, aku makan la dgn Faqihah. Bila 3 ketoi tu, aku cakap la kt Faqihah, one for Faqihah & one for mama. Satu lagi? Dengan cepat2 dia sumbat part dia yg seketoi masuk mulut...pulun habis nak dpatkn yg satu lg tu....hahahaha....sabo jer la... Aikk, tak aci ni...terpaksa la buka next kotak. Sib baik tgh promosi tau. Klu tak...seketoi sorang jer la... wakakakaka....



nak? alamak....dah tinggal kotak jer....hehehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...