Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label New Zealand. Show all posts
Showing posts with label New Zealand. Show all posts

Saturday, July 06, 2013

Edisi Terkenang Lagi : Ramadhan dan Winter

Tadi cakap kat Mr. Haza, dah nak puasa yer kite.  Sekejap jer masa berlalu, sedar-sedar dah nak masuk tahun ke-dua kami puasa di tanah air.  Beliau pulak cakap, teringat sewaktu berpuasa di Auckland dulu, seronok sebab tak penat.  Maklom la bulan puasa jatuh pada waktu winter, di mana waktu siang adalah pendek dan sejuk yang menyebabkan tak rasa lapar.  Sedar-sedar pukul 5 lebih dah masuk waktu berbuka, dan time sahur plak lebih kurang jer cam waktu Malaysia....syok...syok....

Kenangan...kenangan...kan..

Tahun lepas start puasa kat Malaysia mula la rasa sedikit mencabar.  Hahaha....dasar mengada-ngada betol padahal dah berbelas-puluh tahun hidup kat bumi Malaysia, tak sedar diri punya olang....wakakaka.

Haissshhhh, tetiba pulak terbayang-bayang main salji masa lepas raya dulu...masa kat sane.  Masa tu dah nk hujung winter...bulan 9. Huuuuu, best ni kalau dapat salji tengah cuaca panas terik ni....keh keh keh.  Rasanya tak de lagi gambar main snow kt blog ni.  Aku kan dulu memang "rajin" la sangat kalau nak post entry jalan-jalan ni, semua main hantam dlm fesbuk jer.  Jap ah, nak selongkar sket.
 ....................................
............................
.....................
...............
..........
......
..
.

tasik apa ntah ni...otw nk ke gunung yg ada salji
Huka Falls.  Kalau tengok 'live' memang mengagumkan betol kebiruan airnya. Terpukau!
Tempat sewa peralatan nak main salji dan juga seluar/jaket kalis air.
antara kasut yang boleh disewa. kalau nak main papan luncur, kasut lain, klu nak ski, kasut lain. aku sewa kasut ski, mak aihhhh berat gilosssss..


kasut ski....nyesal aku ambik yg ni. berat macam bawak batu bata.  padahal bukan pandai main ski pon, asyik jatuh gedebuk jer...haha.

slide! oh, ini la permainan salji yang paling mudah.

dah slide tu, lotih jugak nk kena jalan panjat naik semula.

Friday, June 07, 2013

Edisi Terkenang Lagi : Kari Kepala Ikan Salmon


Perrrhhhh....terbayang-bayang pulak kesedapannya...

Murah jer kepala ikan salmon ni.  mat salleh kan suka makan fillet/steak jer, kepala ni tolak tepi la, sbb tu mulah2 saje harganya maaa...


Haissshhh, seminggu dua ni banyak pulak keluar entry mengimbau kenangan dolu-dolu.  Sebenarnya aku tengah menghabiskan cuti sekolah di kampung.  So, tak de la aku masak-masak melainkan tolong-tolong mak apa yang patut jer.  Selebihnya aku duduk bersenang lenang la, HAHAHA.  Tu pasal seminggu dua ni posts aku kt blog ni semuanya kisah 'cari gali' je, hehehe.

Petang tadi aku baca entry ikan salmon grill kt blog k.hana, tetiba teringat pulak masa duduk auckland dulu punya la suka benor Mr. Haza makan kari kepala ikan salmon sampaikan kalau boleh hari-hari nak suruh masak tu.  Errrkkk....tukang masak pun dah tak lalu nak hadap mende tu tp suka jer masak sebab senang, hehe.

Try godek2, rasa2nya tak de lagi entry kari kepala salmon ni.  Gambar pun entah ke mana.  Godek-godek fb (lagi) jumpa la gambar kari tersebut kt fb mak mertuaku.  Kari tu aku buat semasa beliau datang ke oklen.  

Sedap tau kepala salmon ni.  Lemak berkrim disukai ramai.  Tapi kalau orang tak biasa, tak boleh makan juga salmon ni.  Macam ikan patin yg lemak-lemak tu, lebih kurang begitu la rasanya... bukan semua orang boleh makan, kaaannnn?

Sejak balik Malaysia dah setahun lebih ni, aku belum pernah lagi beli dan masak ikan salmon.  Entahlah, bila aku tengok kat pasaraya tu pucat semacam jer kaler salmon aku jd tak de semangat nak beli, dah la harga mahal.  Ikan salmon kalau tengok kat badan/isi dia memang betul-betul pink + oren gitu kaler nye...terang benderang, hehehe.  Tapi yer la kan, kat sini ikan salmon tu nak sampai harus naik kapal ke tongkang ke dulu, keh keh keh.  Yang kat sana tu dah sah-sah la dari perairan mereka sendiri.  Eh, ikan salmon hidup kat laut ke kat sungai? Haah...sila la google sendiri yer, hehe :P

Tapi kalau teringin sangat atau mengindam ke, apa kaler pun bedalllll ajer la...hihihi.

Wednesday, June 05, 2013

Fefeeling aku di musim autumn...




Aku memang tengah tak de keje ni.  Eh, rilek sakan tau bila balik kampung ni, hehe.  Sila la jelesss, keh keh keh.

Aku tertengok video ni kat fb aku tadi.  Teringat pulak kenangan semasa berada kat tempat orang dolu-dolu.  Gambar-gambar dalam video ni aku ambik semasa aku lepak-lepak kat Albert Part sambil berjalan kaki balik rumah.  Dekat je haaa dengan apartment kami masa tu.

Lagu dalam klip ni adalah lagu nasyid dari kumpulan Hijjaz.  Sesuai sangat dengar lagu ni kalau tengah down.  Memberi peringatan kepada kita yang apa sebenarnya tujuan kita diciptakan di muka bumi Allah SWT ni.

Masa ni tak silap aku tengah musim autumn.  Owh, daun-daun ke'oren'gan dan berguguran... alangkah syahdunya.. hehe.. Tapi sekarang kt New Zealand bukan musim gugur tp tengah musim sejuuukkksss.

4 seasons kat New Zealand adalah seperti berikut:

December-January-February ---> Summer
March-April-May ---> Autumn
June-July-August ---> Winter
September-October-November ---> Spring

dan yang pasti kat Malaysia ku tercinta senantiasa summer sepanjang masa, hehe.

Wednesday, May 29, 2013

Aku Rindu Butter Sedap!

Tetiba kan aku teringat pulak BUTTER di New Zealand.  Hahaha...dalam banyak-banyak mende, boleh pulak rindu pada butter.  

Korang tahu tak butter kat sana sedap, lemak dan berkrim.  Paling penting banyak pilihan.  Kalau tengok kt shelve bahagian butter tu mmg anda akan terpesona (kalau anda seorang yg suka membuat kuih dan kek).  Lagi satu kebanyakkan butter yg dijual adalah dalam 500 gram berbanding kt sini kita mudah dapati dalam 225 gram atau 250 gram (di pasaraya).  Harga pula selalunya dalam sekitar $4.99 - $5.99 bagi butter biasa.  Kalau yg butter soft butterpure ke apa tu harga lebih la sikit. Tapi paling syok kan waktu diskaun harga butter 500 gram tu boleh dapat dalam $3.89 camtu jer.  Errrkkk...convert duit Malaysia adalah dalam RM 9.61 gitu la.

Lagi satu kat sana juga banyak pilihan untuk butter spread dengan butter buat kuih.  Takde la terpaksa belasah butter spread tu untuk buat kuih kan.  Haha...memang ada bezanya.

Antara butter yang selalu aku guna adalah seperti berikut tp kami akan memilih berdasarkan diskaun yg ada pd masa tu.  Dan selalunya memang ada diskaun pun!  Syok kan.

Mainland. butter kegemaranku


Anchor. brand ni sape tak kenal kan, tp kt NZ bungkusannya berbeza.


Rolling Meadow.

Tararua


Sebenarnya banyak lagi jenis2 butter tp yg kat atas ni jer la yg biasa aku guna.  Memang seronok tau terutama sekali bg orang mcm aku yang masa tu baru nak bereksperimen dengan resepi, kaaaann.  Tapi kena hati-hati juga sebab ada butter yg mengandungi bahan2 yg tidak halal.

Dan yang lagi syokkk kan bila kawan-kawan kata kenapa biskut aku rasa sedap dan berbeza dengan rasa biskut kat negara terchenta, kenapa buttercream yang aku buat sedap sampai diaorang sanggup makan sebaliknya kalau kt negara terchenta cream tu mereka tolak tepi terbuang begitu aje.  Hehehe...aku mengekek ketawa...bukan sebab aku perasan aku terer buat biskut dan cream sebab dah sah2 la aku pun merangkak search resepi kt internet.  Tapi sebab aku tahu rahsianya adalah kesedapan butter itu sendiri, sebab aku pun masa mula-mula berada di NZ sudah dapat merasakan perbezaan kesedapan butter itu.  

Pesanan buat kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang berada di NZ, baik korang eksperimen segala macam kuih dan kek sbb hasilnya mmg taste good.  Nanti dah balik Malaysia, korang akan rasa, alahai mahalnya nak beli butter Anchor, nak bereksperimen pun kena hati-hati supaya tak terbazir butter yg mahal...hahaha.  Atau pun kalau nak murah sket beli lah dalam byk kilo kt bakery shop...kaaannn. ;)

Friday, February 03, 2012

Jalan-jalan ke Northland.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera.

Macam biasa tuan rumah tenggelam timbul.  Kali ni takde cerita masak2 cuma nak berkongsi pengalaman bercuti baru2 ini.  Sebelum ni aku tak pernah lagi masukkan aktiviti bersiar-siar atau senang cakap aktiviti makan angin sampai kembong, hahaha.  Sebelum ni semuanya sumbat kat facebook jer sbb malas nak cerita.  Tp kali ni datang kerajinan pulak la kononnya.

Untuk pengetahuan semua (yg rasanya memang dah tahu pun kan), New Zealand ni terbahagi kepada dua pulau iaitu North Island dan South Island.  Kami sekarang kt Auckland dan Auckland (atau orang Malaysia kt sini suka spell 'oklen', hehehe) adalah terletak dalam North Island.  Manakala Christchurch tempat yang selalu kena gempa bumi tu adalah terletak dalam South Island.  Lain2 kawasan yg terletak dalam kedua2 pulau ni, korang google sendiri la yerk, hehehe.  Kedua-dua pulau ni dari segi suhu memang berbeza iaitu South Island lebih sejuk dan ada salji bila tiba musim winter manakala North Island tarak salji kecuali masa bulan puasa tahun lepas jer yg gempar seketika.  Masa tu salji turun dengan lebatnya di Wellington (ibu negara New Zealand) dan di oklen salji turun dengan malu2 kucing jer, hehehe. 

OK, takpe, aku rajin tepek map NZ.  Mintak dengan pokcik google tadi.


Apa? peta kat atas berserabut? Ok, kita tengok yg simple kt bawah yer.


Sekarang dah nampak kedudukannya kan? Sekian, kelas geografi kita, keh keh keh...


Ok, berbalik kepada cerita cuti2 New Zealand tadi, kali ni kami jalan2 ke Northland iaitu konon2nya kawasan paling utara la di North Island ni.  Asalnya takde plan pun nak pergi jalan2 ni (almaklum la elaun pun tak masuk lg masa tu dan ada beberapa perkara yg perlu diselesaikan).  Tp mengenangkan ajakan sahabat yg dah nak balik Malaysia for good (skrg dh balik pun kawan tu...) so, kami folowwwww je la.  Lagi pun kalau nk bercuti ke tempat2 macam ni kena pegi ramai2 baru seronok dan satu lagi sbb kawasan tu jauh ke pedalaman jd kena la ramai teman supaya kalau jd apa2 tak de la pening kepala sendiri2 jer kan.

Sepatutnya kami memulakan perjalanan pada pagi sabtu tp pd hari tersebut ada perjumpaan MAPSA, eh pilihanraya MAPSA la.  Dan kebetulan one of kawan kami tu pulak jadi committee election (SPR la tu konon, muahahaha) so, tak leh la nk ngelat dari majlis MAPSA itu.  Takpe la, sebab kami pun lagi sebulan dua dah nak balik Malaysia dan majlis MAPSA ni kira cam last la so, kita orang datang aje la sebagai support kepada kawan-kawan.  Lepas dah mengundi, dan makan kenyang2 kt majlis MAPSA, solat dan selesaikan apa yg patut maka kami pun berangkat la.

eh, panjangnya intro cerita aku.... hahahaha....tak pe la...kasi la can tuan blog nak fefeeling jadi penulis kembara gitu. muahahaha.  perasan!

Sambung lagi.  Maka bertolak la kami 3 keluarga dalam pukul 4.30 pm dan selepas 1 jam ke 2 jam camtu kami berhenti di Kauri Museum. Tapi sayang, muzium dah tutup.  Yer la, dah lewat.  So, ambik gambar aje la kt luar dan solat Asar kt parking.  Takde orang pun sebab kawasan tu macam terpencil.  Kauri ni adalah kayu balak so Muzium Kayu Balak la ni.  Mengikut kawan yang dah pernah masuk, dalam muzium ni ada pelbagai peralatan dan perabot yang diperbuat dari kayu balak sejak dari zaman dahulu lagi.





 
Selepas itu kami meneruskan perjalanan. Dalam perjalanan  sempat la snap sekeping dua gambar biri-biri, pemandangan yg merupakan trademark di New Zealand ni.



nampak tak titik2 putih di seluruh padang ni? itu la biri2 yg berserakan, lepas bebas. 
Agaknya sebab tu daging kambing dan lembu kt sini lembut sebab dapat rumput yg fresh dan melambak2...hehehe



Destinasi seterusnya konon2 la nak ke pantai tapi dalam perjalanan nak ke pantai itu singgah di The Kumara Box. Niat asal nak turun ambik gambar sahaja tapi kebetulan owner kumara box itu ternampak kami dan minta kami masuk dalam 5 minutes untuk sekadar tunjuk2 tempat tersebut.




Menurut penerangan Encik Kumara (soriiiii, ahkak lupa nama owner tersebut), mereka sebenarnya ada membuat 'show' berkenaan kumara.  Tapi, persembahan ini bukan la berjadual atau ada opening hours pukul berapa camtu sebaliknya berdasarkan tempahan sahaja.  Maknanya ada demand ada la show, hehehe.  Sebab, kata Puan Kumara (soriii, nama lupa lagi), mereka pun sibuk bekerja di ladang kumara, bila ada tempahan baru la mereka buat show tersebut.

 owh, pakcik ni namanya Ernie, baru teringat bila tengok topinya itu.
cantik kan pemandangan kt belakang tu, mcm lukisan tp tu la ladang kumara mr. ernie.

di sini ada penayangan video segalanya tentang kumara. 
tp sbb kita orang dtg mengejut so, takde la tayangan.

ada train yg membawa penumpang mengelilingi kawasan ladang kumara.

nak naik train, kena la dapatkan tiket dulu. 

Selepas penerangan Mr.  Ernie serba ringkas, kami pun meneruskan perjalanan.  Hari dah beransur gelap.  Rancangan nak ke pantai terpaksa dibatalkan sebaliknya meneruskan perjalanan ke rumah yg telah ditempah.  Perjalan membawa ke malam, tertido dan terjaga.  Jalan pula macam ular kena palu, berlekor-lekor dah macam keropok lekor, hahahaha.  Ada jugak yg mabuk.  Berhenti seketika.  Sape la yang mabuk tu yer.  Dia sorang jer yg mabuk, penumpang lain rilek jer.... hahahaha.

Kemudian teruskan lagi perjalanan.  Adohai, bila la nak sampai.  Kereta satu lagi dah ber'walkie-talkie' tanya 'lambat lagi ke nak sampai'.  Driver jawab lagi setengah jam.  Akhirnya sampai la ke kawasan yang dituju.  Dah sampai, kena la mencari nombor rumah pulak.  Dapat dirasakan kawasan sekitar berbukit.  Gelap gelita tanpa lampu jalan.  Apa pun tak nampak.  Dua tiga kali pusing jalan yang sama tapi masih lagi gagal mencari nombor rumah.  Haishh, betul ke tak kita ni.  Tak kan kena tipu kot.  Mustahil. 

Berpatah lagi sekali, akhirnya jumpa la nombor rumah yg cenonit, cekenit.  Patut la jenuh mencari.  Dah tu baru jumpa nombor rumah, rumahnya tak nampak lagi.  Maka, kami pun follow ajer la nombor rumah dan anak panah yang menuju ke satu lorong yang gelap gelita.  Masa tu yang ada cuma lampu kenderaan kami sahaja yg memancar dan menampakkan pokok2 di sekeliling.  Aku tak tau pokok apa, tp agak2 seperti pokok pine kot yg macam dalam hutan citer omputeh tuuuu.  Sudah!  Dalam hutan belantara mana la pulak rumah niiiii..... skeriiiii.  Masa ni terfikir, nasib baik la datang bertiga keluarga, kadar keskerian itu cuma beberapa peratus jer la....hehehe.

Bersambung...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...