Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Wednesday, May 29, 2013

Aku Rindu Butter Sedap!

Tetiba kan aku teringat pulak BUTTER di New Zealand.  Hahaha...dalam banyak-banyak mende, boleh pulak rindu pada butter.  

Korang tahu tak butter kat sana sedap, lemak dan berkrim.  Paling penting banyak pilihan.  Kalau tengok kt shelve bahagian butter tu mmg anda akan terpesona (kalau anda seorang yg suka membuat kuih dan kek).  Lagi satu kebanyakkan butter yg dijual adalah dalam 500 gram berbanding kt sini kita mudah dapati dalam 225 gram atau 250 gram (di pasaraya).  Harga pula selalunya dalam sekitar $4.99 - $5.99 bagi butter biasa.  Kalau yg butter soft butterpure ke apa tu harga lebih la sikit. Tapi paling syok kan waktu diskaun harga butter 500 gram tu boleh dapat dalam $3.89 camtu jer.  Errrkkk...convert duit Malaysia adalah dalam RM 9.61 gitu la.

Lagi satu kat sana juga banyak pilihan untuk butter spread dengan butter buat kuih.  Takde la terpaksa belasah butter spread tu untuk buat kuih kan.  Haha...memang ada bezanya.

Antara butter yang selalu aku guna adalah seperti berikut tp kami akan memilih berdasarkan diskaun yg ada pd masa tu.  Dan selalunya memang ada diskaun pun!  Syok kan.

Mainland. butter kegemaranku


Anchor. brand ni sape tak kenal kan, tp kt NZ bungkusannya berbeza.


Rolling Meadow.

Tararua


Sebenarnya banyak lagi jenis2 butter tp yg kat atas ni jer la yg biasa aku guna.  Memang seronok tau terutama sekali bg orang mcm aku yang masa tu baru nak bereksperimen dengan resepi, kaaaann.  Tapi kena hati-hati juga sebab ada butter yg mengandungi bahan2 yg tidak halal.

Dan yang lagi syokkk kan bila kawan-kawan kata kenapa biskut aku rasa sedap dan berbeza dengan rasa biskut kat negara terchenta, kenapa buttercream yang aku buat sedap sampai diaorang sanggup makan sebaliknya kalau kt negara terchenta cream tu mereka tolak tepi terbuang begitu aje.  Hehehe...aku mengekek ketawa...bukan sebab aku perasan aku terer buat biskut dan cream sebab dah sah2 la aku pun merangkak search resepi kt internet.  Tapi sebab aku tahu rahsianya adalah kesedapan butter itu sendiri, sebab aku pun masa mula-mula berada di NZ sudah dapat merasakan perbezaan kesedapan butter itu.  

Pesanan buat kawan-kawan atau sesiapa sahaja yang berada di NZ, baik korang eksperimen segala macam kuih dan kek sbb hasilnya mmg taste good.  Nanti dah balik Malaysia, korang akan rasa, alahai mahalnya nak beli butter Anchor, nak bereksperimen pun kena hati-hati supaya tak terbazir butter yg mahal...hahaha.  Atau pun kalau nak murah sket beli lah dalam byk kilo kt bakery shop...kaaannn. ;)

6 comments:

  1. kak ina, sume butter kat atas sy dah cuba,
    tapi sebab buta rasakan? plus buta buat kek pulak tuh
    so sume butter rasa sama..hahahaha
    sangat buta rasa punya olang oOoo..hahah

    ReplyDelete
    Replies
    1. siti, kalau nak tau beza kena try resepi yg byk menggunakan butter atau butter cake dan juga buttercream. sementara masih kt sana, better siti main deco2 kek kalau rajin. mmg rasanya lebih enak. kalau malas atau busy tu, lupakan la...hahahaha.

      Delete
  2. salam ina..lama akak x melawat ke sini..pekabo?? moga ina sekuarga sentiasa sihat ceria hendaknya ye! amin..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam k.ina. Alhamdulillah saya sekeluarga sihat. harap k.ina sekeluarga pun sihat walafiat jugak. saya pun lama jgk tak singgah blog k.ina..sbbnya saya pun tenggelam timbul update blog ni, hehe.

      Delete
  3. oh ada beza ke?jarang buat kueh
    esh silap lama x buat kueh
    so tak tahu ada bezanya

    ReplyDelete
    Replies
    1. ada beza la dear, kalau guna buttercup dengan guna anchor boleh rasa bezanya. kalau guna marjerin lagiiiii la beza...hehehe.

      Delete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...