Rempah ni ada 2 jenis, iaitu rempah mentah(gulai) dan rempah masak. Apa bezanya, x brp pasti tp bila masak, aku campur dua2.Saje la nak masukkan entry rempah ni. sebagai makluman kepada sesapa yg nak tahu. Dan juga untuk simpanan diriku ini. Rempah bunga rose ni adalah rempah khas untuk buat gulai nasik dagang (gulai ikan tongkol). Kalau mak kt kampung biasa suka guna rempah yg beli dengan orang kt kampung atau yg jual timbang kt pasar. Maklum la kt Terengganu ramai orang jual rempah gulai nasi dagang ni. So, ikut selera masing-masing la kan nak beli yg mana, ikut sedap tekak sendiri...kan. Rempah cap bunga rose ni senang sbb dh paket siap2 dan ada jenama (commercial packaging). So, klu susah2 sgt nk ckp beli rempah timbang si polan sekian2, beli ajer la rempah ni kan...
ni nama pengeluar rempah ni. kot2 la ada sesape nk beli...hehehe.... (saya tolong promosi free je tau....hehehe) p/s: sila klik pd gambar untuk imej yg lebih jelas.
Selain buat gulai ikan tongkol, boleh juga buat gulai ayam untuk nasik minyak. Dan juga gulai (daging) kawah. Tidak ketinggalan jugak kuah laksa Terengganu juga menggunakan rempah ini. Rasa rempah ni tak reti la nak terangkan macam mana...kena try sendiri...yg pasti mmg tak sama dengan rempah kari. Baru jer guna hari tu masak gulai ayam. Boleh tengok kt entry terdahulu Gulai Ayam.
P/s: Terima kasih kepada Akmalia yg sudi terbangkan rempah ni ke Auckland. Lagi terima kasih sbb melarikan diri tak nak terima bayaran, hehehe :) Semoga Allah SWT murahkan rezeki anda sekeluarga.