Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare
Showing posts with label ayam. Show all posts
Showing posts with label ayam. Show all posts

Tuesday, July 16, 2013

Nasi Ayam Goreng sedaaaaaaap

Nasi ayam goreng


Pejam celik dah masuk hari ke-7 kita berpuasa.  Waah seminggu tu.  Sekejap jer kan.  Setakat ni aku masak jer kat rumah.  Tak jejak lagi ke pasar Ramadhan.  Entah la, tak ada dorongan lagi nak pergi.  Tak seperti tahun lepas, bukan main lagi tak sabar-sabar nak membeli juadah kat pasar Ramadhan.  Maklom la 3 tahun lebih tak jumpa.  Tapi tahun ni, masak sendiri lebih menjadi keutamaan dan mendatangkan rasa puas hati.  Lagi pun kita orang bukan makan banyak.  Walau pun masak sikit jer tp tetap ada baki lagi kekadang tu.  Masing-masing tak nak over makan takut nanti pancit semasa terawih, hahaha.

Semalam kawan aku tanya pasal blog aku sebab nak cari resepi nasi ayam goreng.  Tetiba datang pulak idea untuk aku masak nasi ni untuk iftar kemarin.  Mr. Haza ni kalau datang cerewet dia boleh fonin jugak kepala nak masak apa.  Tapi kalau tiba time 'mudah', memang sonang sangat keje.  Contoh macam nasi ayam goreng ni.  Dia tak nak lauk tambahan dah.  Cukup jer nasi yg dah sedia dengan ayam tu dan salad, tapi dengan syarat wajib ada air asam.  Sonang kan, hehehe.

Sebelum ni dah pernah post resepi nasi ayam goreng kat sini.  Tapi kali ni menggunakan beras jasmin jer sebab takde stok basmati kat rumah.  Kali ini juga aku menggunakan resepi air asam sendiri seperti di bawah.

Bahan-bahan

Untuk Nasi
  • 3 cawan beras basmathi-cuci toskan
  • 1 sudu makan rempah kari
  • 1 inci halia-tumbuk kasar
  • 4 ulas bawang merah-tumbuk kasar
  • 2 ulas bawang putih-tumbuk kasar
  • 1/2 labu bawang besar-potong dadu
  • 2 inci kulit kayu manis
  • 2 biji buah pelaga
  • 3 kuntum bunga lawang
  • 1/2 cawan susu cair
  • sedikit kiub ayam
  • garam, lada hitam
  • daun ketumbar @ daun kari
Untuk Ayam
  • 6 ketul drumstick@ 1/2 ekor ayam potong2
  • 1sk Serbuk kunyit
  • 1sb Serbuk kari
  • Garam

Cara-cara
  1. Gaul ayam dengan serbuk kunyit, serbuk kari dan juga garam. Perap sebentar. Kemudian goreng hingga masak. Angkat dan toskan.
  2. Dalam periuk, panaskan minyak tumiskan bunga lawang,kayu manis dan buah pelaga serta bahan bahan yang ditumbuk dan rempah kari hingga wangi.
  3. Masukkan beras dan kacau hingga sebati atau mesra rempah2 tadi.
  4. Tuangkan susu cair dan 3 cawan air (bergantung jenis beras basmathi).
  5. Susunkan ayam goreng diatasnya dan masukkan garam serta kiub ayam.Masak nasi hingga masak.

Air Asam

  • 1 biji cili merah
  • 3-4 biji cili padi -hiris
  • seketul belacan (2-3 cm)
  • 1 sudu besar sos cili
  •  2 sudu kecil pes asam jawa adabi
  • 1/2 biji bawang besar - hiris nipis
  • 1 biji tomato - hiris nipis
  • 1 cawan air (bergantung pd kepekatan yg diingini)
  • 1 buji limau kasturi
  • garam gula secukup rasa
Cara-cara:
  1.  Kisar cili merah, belacan dan gula (dalam1/2 sudu besar). Kalau rajin,boleh jer tumbuk. Masukkan ke dalam mangkuk.
  2. Satukan sos cili, pes asam jawa bersama air.  Tuang ke dalam mangkuk tadi.  Kacau sebati.
  3. Masukkan bawang, tomato, cili padi yg telah dihiris.
  4. Perahkan limau kasturi dan masukkan garam.  Kacau sebati.

Thursday, April 14, 2011

GULAI AYAM.... sedapnyerrrrrrrr!!!!

cili padi mmg wajib tau untuk gulai ni...masa mkn tu kena tenyeh2 cili tu kat nasik...mmg mabelesss laaa...


Hehehehe...mesti ada yg konpius apa la yg sedapnya dengan gulai ayam ni. Mcm la smua org tak biasa makan gulai ayam, kan? It's not about the menu...but...the memories.... (usihh...terspiking okleng plak dah..). Senang cerita makanan yg membangkitkan kenangan kepada orang yg anda sayang...sudah pasti la kan masakan emak!

Gulai ayam ni memang mengingatkan aku pd gulai ikan aye (ikan tongkol) mak aku yg kt kampung sana nuuuun. Bau ajer pun membuatkan tak sabar2 nak ngap. Gulai ni asalnya adalah gulai untuk nasi dagang tp disebabkan takde stok ikan, so aku belasah ajer guna ayam. Not bad jugak. Sedap jugak! Cuma klu guna ikan aye tu konpem la lg mabeles kan. Dulu tak pernah terfikir pun nak bawak rempah gulai nasik dagang ni sbb mana la aku reti msk nasik dagang. Tp bila dh lama duk sini teringin jgk kan nk mencuba. Kebetulan ada kwn dtg so, kirim la dgn dia rempah cap bunga ros ni. Gulai ni tak sama tau klu guna rempah kari. Rasa kuah tu mmg lain.

Tapi kalau ada rempah tak de resepi tak jadi jgk kan. Maka, terima kasih kepada K.Nor kerana share kan resepi ni. Kalau rindu masakan terengganu memang dapur K.Nor la first yg jd mangsa penyelongkaran....hehehe. Semalam msk lebih skit siap simpan dlm peti ais sbb nk makan lg. Hahaha...punya la seronok dpt mkn gulai ni. Wokeh, layan resepi dari K.Nor yg awet muda itu! hehehe....



* Disebabkan resepi asal adalah resepi ikan aya dan aku pun tiru sama jer cuma tukar ikan dengan ayam saje maka kt sini aku copy paste resepi asal sebijik2 la. InysaAllah ada peluang memang nak cuba versi ikan pula.

GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram

Bahab-bahan
  • 1 ekor ikan aya@tongkol
  • 3kpg asam keping
  • sedikit garam
  • air secukupnya
Cara-cara
  1. Bersihkan ikan aya dan potong.
  2. Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
  3. Air hendaklah melebihi paras ikan.
  4. Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
  5. Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.

Bahan-bahan (Kuah)
  • 4 sudu besar cili mesin
  • 7 bj bawang merah *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 1in halia *
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup * ( * diblend )
  • 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
  • 2/3 cawan santan fresh/pekat
  • 4 cawan air
  • air asam jawa
  • sedikit belacan ~ optional
  • nisan/gula melaka
  • garam
  • sedikit gula
  • 7 - 9 bj cili padi
  • minyak

Bahan-bahan (penumis)
  • 1 btg kulit kayu manis
  • 5 kuntum bunga cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang
Cara-cara
  1. Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
  2. Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  3. Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
  4. Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
  5. Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
  6. Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
  7. Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
  8. Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
  9. Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
  10. Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
  11. Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
  12. Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
nota K.Nor:

* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)

nota ina:

*sebab ina guna ayam so, ina skip ajer part rebus tu sebaliknya masukkan terus ayam dalam kuah. dan ina tambah sedikit kerisik.
**rempah bunga ros yg ina guna tu ina campur dua jenis iaitu rempah biasa dan rempah masak.

Friday, April 01, 2011

KERUTUK AYAM K.NOR


Dah lama tak makan kerutuk. Kebetulan ada kawan datang Auckland dan kasi rempah kerutuk ni, apa lagi...terus buat la. Sebenarnya kirim kerisik dengan dia tp haaa....siap dengan rempah yg aku dapat. Hehehehe...rezeki...rezeki. Alhamdulillah. Mula-mula ingat nak ikut jer resepi kerutuk kt belakang paket tu tp tiba-tiba teringat pernah terbaca resepi kerutuk kt blog K.Nor. So, apa lagi.....terjah la blog K.Nor nak cari resepi, hehehe. Sedap tau kerutuk ni, secukup rasa la. Tak rugi mencuba. Sekali makan rasa nak lagi...haaa, tu dia!. Makan dengan nasi putih dan acar timun jer, tu pun dah mabelessss....

Ok K.Nor, saya panjangkan resepi tu kt sini yer. Saya letak no. skit senang untuk saya nk rujuk nanti. Harap K.Nor tak kisah yer. Tapi dlm cara2 tu saya tak pasti kerisik masukkan bila so, masa masak tu saya main hentam aje..hehehe...

KERUTUK AYAM K.Nor Style

Sumber : K.Nor Secubit Garam

  • 1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
  • 1 cawan santan fresh
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 bj bawang besar ~ potong 4
  • 2 bj cili merah ~ belah 2
  • nisan/gula melaka garam minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):

  • 1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 bj bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
  3. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih.
  5. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka dan kerisik. Masak hingga hampir pekat.
  6. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
  7. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai. Hidangkan panas2.

# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning. Selain tu best gak makan dgn roti. Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.

Tuesday, February 08, 2011

AYAM BAKAR MUDAH


Ni cara aku buat ayam bakar. Versi paling mudah dan disukai. Hahahahaha....mmg la aku suka sbb senang nak buat. Senang kejerrrr aku...huhuhu. Ayam bakar ni pun sesuai jer klu nak makan dengan nasi ayam. Nasi lain pun sesuai belaka, hehehe. Lebih rasa ayam!....ceewaaah...mcm iklan pulak. Apa2 jer la... yg penting org dalam rumah ni suka makan....hehehe.... Ni buat semalam yer, hari ni baru masukkan kt sini. Ok la, malas nk celoteh panjang...cakap terus terang ni....ngantuknya mata aku ni mcm dipukau2 plak lepas makan roti. Hahaha...takde entry roti ek...roti rupa x berapa nak comel tp sib baik rasa tetap ada...... wokeh la, mokcik nk gi siram daun kesum dulu......hehehehe.....(dengan kepala yg fonin2 lalat tahan ngantuk.....kekekeke)


Bahan-bahan

  • 3 ketul ayam
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar kicap manis
  • 1 sudu kecil gula
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • Sedikit lada hitam - tumbuk
  • 1 sudu besar minyak masak

Cara-cara

  1. Bersihkan ayam. Sos tiram, kicap manis, gula, lada hitam dan bawang putih disatukan.
  2. Perap ayam ke dalam bahan yg telah disatukan td selama beberapa jam. Paling sekejap 1/2 jam.
  3. Panaskan pan, masukkan minyak. Gril sebentar ayam yg telah diperap tadi ke atas pan. Balik2kan dgn cepat. Jangan sampai ayam masak. Cukup sekadar memberi warna kpd ayam sahaja.
  4. Kemudian bakar ayam tadi dengan suhu 200 selama 20 minit. Curahkan sekali lebihan bahan perap td ke ats ayam.
  5. Angkat ayam yg telah dibakar, kemudian potong untuk dihidangkan. Air ayam yg keluar jgn dibuang. Kacau rata dan siram ke atas ayam bakar tadi.


Sunday, February 06, 2011

TOM YAM



Siang tadi masak tom yam jer. Malas nak pikir menu canggih2. Lagi pun mood tengah tak de ni. Biasa la kehidupan ni tak lari dari cabaran. Sabar ajer la dan moga dipermudahkan segala urusan. Tambah2 bila berada di tempat orang ni klu ditimpa kesulitan sikit mmg sayu la rasa hati. Time tu jgk rasa nak ajak cik abe terbang balik mesia.

Tapi dalam takde mood sempat lagi update blog, hehehe...sabo jer la aku ni. Asalnya nak buat tom yam putih ala2 kt restoren pattani kegemaranku yg dekat cherating ke beserah....adoi, dh lupa plak lokasinya. Tp dek kerana ketidakhangatan cili padi akhirnya aku letak jgk pes tomyam yg dalam botol tu. Susah benar nk jumpa cili padi fresh yg betul2 pedas. Ok, sila layan resepi di bawah ni yang style aku masak tom yam.


TOMYAM AYAM

Bahan-bahan
  • 1/2 ekor ayam (saiz kecik jer)- potong kecil
  • 1 keping daging - potong kecik
  • 1 batang carrot - hiris
  • 1 biji bawang besar - potong 4
  • 1 ulas bawang putih - ketuk
  • 2 batang serai - diketuk
  • cili padi mengikut kepedasan masing2- ketuk
  • 2 cm lengkuas - ketuk
  • 1 biji tomato
  • 1 sudu besar pes tomyam
  • 4 helai daun limau purut - koyakkan
  • Limau purut - ina guna 1 bj lemon
  • Air secukupnya
  • Garam dan sos ikan secukupnya

Cara-cara

  1. Tumis (mengguna sedikit minyak sahaja) bawang merah, bawang putih, serai dan 2 helai daun limau purut beserta pes tomyam. klu nak buat tom yam yg putih, skip jer pes ni.
  2. Masukkan ayam dan daging, air, carrot dan tomato.
  3. Masukkan cili padi. Biar sampai mendidih. Kemudian masukkan 2 helai lagi daun limau purut.
  4. Masukkan sos ikan dan garam. Rasa masam, masin & pedas. Akhir sekali masukkan perahan limau purut / lemon.




Wednesday, January 19, 2011

CHICKEN BALL & BUN GULA


Pagi tadi buat bun gula jer. Ada orang teringin nak makan. Resepi boleh tengok kat sini. Kemudian buat chicken ball. Orang kt rumah ni kalau bahagian isi ayam jer memang tak berapa nak laku la kalau buat lauk. Baik yg muda atau yang tua......kekekeke. So, selalunya part isi ayam ni campak dalam spegeti ker, bihun goreng ke, nasi goreng ke....cenggitu la. Pagi ni saje buat chicken ball sebab aku yang nak makan, hihihihi. Gaul (isi ayam -cincang) dgn serbuk lada hitam, garam dan mayonis, kemudian celup dlm telur serta salut dgn breadcrumb. Lepas tu goreng. Habis cerita. Senang kan?! hehehehe. Ok la, nak gi masak nasik plak ni. Masak lauk simple2 jer la, cam M plak ni....keh keh keh.....




Tuesday, October 19, 2010

ASAM PEDAS AYAM & POKOK KESUM KU



Hari ni masak asam pedas jer. Tp masuk blog jugak asam pedasku hari ni, sbb tuan umah nk eksyen skit dgn daun kesum yg ditanam, hidup subur....hahahaha. Jgn eksyen lebih2, nanti k.o plak kan pokok kesum ni....kekeke. Sedap betul asam pedas bila ada daun kesum kan. Pokok ni aku ngecek ngan kawan kt sini, Ross namanya. Kt rumah dia subur betul pokok kesum yg melingkar2 kt tanah. Tp kami ni duk apartment so x dapek la nak buat cenggitu. Tanam dalam pasu ajer la. Alhamdulillah, hidup dan subur pokok kesum ni. Sangat la suka hati. Hajat di hati nk biar besar lg...boleh la buat laksa kan.....hehehe. Walau pun pokok kesumku kecik aje tp boleh la guna untuk masak2...bg ada rasa kan.

Oooopps, duk cite pasal pokok kesum, mana resepi asam pedasnya? Ok, resepi spt di bawah, ni aku punya style la. Ada org tu cerewet sket klu nak makan asam pedas, klu bleh nak suruh rasa sama mcm satu kedai kt Batu Pahat nun... mak aiihhh.....hahahahaha....jgn mare yer Yang...hehehe...


    Bahan-bahan

    • 2-3 ketul ayam
    • 1 biji bawang besar - kisar
    • 2 ulas bawang putih - kisar
    • 1/2 inci halia - kisar
    • 1 inci kunyit hidup - kisar
    • 1 sudu besar serbuk cili / cili kering
    • sedikit belacan
    • 1 sudu kecil lada hitam - kisar/tumbuk
    • 1/2 cawan air asam jawa
    • air secukupnya
    • secubit garam
    • daun kesum secukupnya
    • Bendi dan tomato - kalau suka. tp x letak pn sbb xde...

    Cara-cara

    1. Panaskan minyak. Tumis bahan kisar hingga naik bau. Masukkan serbuk cili dan tumis hingga pecah minyak. Masukkan belacan.
    2. Masukkan ayam yang telah dicuci bersih. Biar hingga ayam mengecut sedikit.
    3. Masukkan air asam jawa dan air secukupnya.
    4. Masukkan daun kesum dan garam secukupnya. Masak hingga ayam empuk.


    5. amacam? subur tak? hehehe.... yg satu tu baru keluar pucuk..

    Saturday, August 21, 2010

    AYAM MAMAK



    Sumber Asal : Soda Hikari
    Sumber : Hana
    Sumber : Mas
    Sumber : Izah


    Ayam mamak ni menu berbuka semalam. Kebetulan ada isi ayam tak tau nk msk apa, sekali tgk kt blog izah terus tertarik. En. H pun tertengok gambar ayam mamak izah tu, terus dia cakap ayam tu nmpak sedap....hahahaha. Tp sayang seribu kali sayang... 'TER' buat pedas sikiiiiiit.... langsung terus berpeluh2 org tu makan. Kesian pn ada. Tp aku yg kaki pedas ni mkn cam xde perasaan jer la....huhuhu. Masak follow bahan2 jer, kuantiti main hentam aje sbb nk cepat. Lg pun msk sikit ajer. Sian laki aku, huhuhu...next time i kurangkan cili, wokeh. ;-) Btw, resepi ni asalnya dari udang tp nmpak menarik pulak si izah meng'ayam'kannya....hehehe...tp yg start 'derhakakan' resepi ni adalah mas...tq mas!

    Bahan-bahan

    • 1/2 ekor ayam - potong kecil2 dan bersihkan
    • 2 biji limau nipis - ambil jusnya (saya guna limau kasturi) - aku guna lemon
    • 1 biji bawang besar - cincang
    • 1 biji bawang putih - cincang
    • 1 cm halia muda - tumbuk
    • 1 batang serai - di ketuk
    • 1/2 cawan air/stok ikan (saya guna air stok ayam) - aku guna kiub ayam
    • 1 sudu besar sos tomato
    • 1 sudu besar sos cili
    • 1 sudu besar serbuk kari ayam
    • 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
    • 1 senduk gulai cili kisar
    • 2 tangkai daun kari - x bubuh sbb xde
    • 4 helai daun pandan
    • Garam, gula serbuk lada sulah

    Cara-cara

    1. Perapkan ayam dgn garam, serbuk lada sulah & jus limau untuk seketika.
    2. Panaskan minyak, goreng ayam hingga masak, ketepikan.
    3. Dalam kuali berasingan, tumis bawang besar, daun pandan, daun kari hingga naik bau.
    4. Masukkan bawang putih, halia, serai, serbuk kari & cili kisar, goreng seketika.
    5. Masukkan sos tomato, sos cili, serbuk lada hitam, stok ikan, garam, gula secukup rasa, gaul sebati.
    6. Last, masukkan ayam, balik2 kan & tutup api.

    Monday, July 12, 2010

    SUP AYAM HADYAI

    sedap hirup sup ni


    makan ngan spegeti jer la...



    Sumber asal : PYhonda MyResipi
    Sumber 1 : Kak Yatie
    Sumber 2 : Izah
    Sumber 3 : Mas<---aku ambik dari sini

    Adeh...tahun ni teruk pulak kena 'cold'. Dpat pakej cukup punyer, demam, sakit tekak, selsema & batuk. Tahun lepas rasanya cuaca lg sejuk dr tahun ni tp alhamdulillah thn lps gagah perkasa plak aku dr serangan kesejukan ni. Adeh la...baru duk oklen..belum duk tempat lain yg ada salji...hua wawawawa...Ni dah banyak hari masih tak baik2 lg. Rindu dah aku nak kelentung kelentang kt dapur. Hari ni rasa cam nak msk gak camne2 pun. Lg pn bersin & batuk dah kurang so boleh la nk ngadap food. Klu tak camne nti makanan tu penuh dgn virus plak kan...keh keh keh. Hajat di hati nak masak sup jer la, senang. Kebetulan pulak nampak Mas tepek Sup Ayam Hadyai. Apa lagi....terus bersilat la kt dapur, keh keh keh. Sedap jugak sup ni, berempah...sesuei benor la dgn aku yang masih kesejukan nih. Mintak copy n paste resepi yer, sumber2 di atas.

    Bahan-bahan

    • 800 g ayam, dipotong sederhana besar
    • 5 batang serai, dititik
    • 7 cm lengkuas, diketuk
    • 2 batang saleri, dikerat2
    • 2 biji tomato, belah 4 setiap satu (resipi asal tak letak)
    • 5 - 6 cawan air (atau secukupnya)
    • Garam dan gula secukup rasa
    • 2 kuntum bunga lawang#
    • 5 biji buah pelaga#
    • 3 kuntum bunga cengkih#
    • 1 batang kayu manis#(#rempah tumis)
    • 5 biji bawang merah*
    • 3 ulas bawang putih*
    • 3-4 biji cili padi* - yg ni aku x buh sbb nanti si kecik x bleh mkn
    • 4 cm halia*
    • 1 camca teh lada hitam(resipi asal tak letak)*
    • 2 camca besar ketumbar*
    • 1 camca teh jintan kasar*
    • 1 camca teh jintan halus*(*dikisar halus)
    • Hirisan daun sup/daun bawang, untuk hiasan
    • Bawang goreng, untuk hiasan

    Cara-cara

    1. Ayam dibuang kulit, cuci bersih dan toskan.
    2. Panaskan sedikit minyak dalam periuk, tumis rempah tumis, serai, lengkuas dan bahan kisar halus hingga harum.
    3. Masukkan ayam tadi dan gaul rata. Masak hingga ayam kecut kurang lebih 5 minit.
    4. Tuang air dan masukkan saleri. Gaul rata dan renih hingga ayam masak.
    5. Tambah garam secukup rasa dan secubit gula sebagai pemangkin.
    6. Akhir sekali masukkan tomato dan masak 1 - 2 minit lagi.
    7. Rasa dan jika ok boleh matikan api.
    8. Tabur hirisan daun sup/daun bawang dan bawang goreng sebelum dihidangkan. Sedap juga dihirup begitu saja.....



    Hohoho....semalam ntah apa la Mr.H ngan anaknya duk masak. Lapo punyer pasal telan ajer la aku. Tak kan nak ngecek ngan jiran langit ke-12 kan...nanti dibagi makanan orang pantang plak...hahaha.....jangan mareee...Sib baik deria rasa ni x berapa nak rasa so tak tau la apa rasa yg Mr.H masak. Tp sedap tak sedap aku mesti la makan, sian dia masak penat2 kan. Hohoho...next time bleh la sakit lg. Hahahaha....


    hasil tangan Mr. H dan anaknya...hehehe


    p/s: jiran langit ke-12, kalau nk resepi kena mintak ngan en.H yer....hahaha

    Wednesday, July 07, 2010

    KARI AYAM


    Uhuk..uhuk...hurmmm.... sehari dua ni tak sihat pulak. Sakit tekak pun ada, batuk pun ada, rasa cam nak demam pun ada. Semua ada. Tapi masak tetap masak. Klu tak masak nanti nak makan apa pulak kan. Bukan tak de kedai makan halal kt sini tapi terhad sangat. Dan bila kedai tu letak perkataan 'Halal', kena la interbiu jgk serba sedikit...jgn main redah jer adik kakak ooo....

    Musim2 sejuk camni memang mudah dapat penyakit. Nak sentuh air pun tak mau. Dah sejuk, kena la pasang heater, dah pasang heater, tekak pulak kering jadinya. Tapi tak pe la kan, dpt menghapus dosa-dosa kecil. Tapi susah jgk ni kalau tukang masak kt rumah sakit, keh keh keh.... Kalau duk kt Malaysia senang, boleh jugak 'tunjuk2' kt kedai, kan...huhuhu...tak pe2, semua tu pengalaman.

    Adeh, meleret pulak aku ni, hehehe. Layan ajer la kari ayam ni. Resepi? Alaaa... semua org tahu masak kari. Tak pe2, nanti aku edit semula. Tapi susah betul makcik sorang ni (aku la tu), main masak takde sukatan betul2. Tu mau 3-4 kali rasa, keh keh keh... Ok, ni aje untuk hari ni, yang lain simpan untuk entry esok la pulak....


    LinkWithin

    Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...