Followers

Friday, April 01, 2011

KERUTUK AYAM K.NOR


Dah lama tak makan kerutuk. Kebetulan ada kawan datang Auckland dan kasi rempah kerutuk ni, apa lagi...terus buat la. Sebenarnya kirim kerisik dengan dia tp haaa....siap dengan rempah yg aku dapat. Hehehehe...rezeki...rezeki. Alhamdulillah. Mula-mula ingat nak ikut jer resepi kerutuk kt belakang paket tu tp tiba-tiba teringat pernah terbaca resepi kerutuk kt blog K.Nor. So, apa lagi.....terjah la blog K.Nor nak cari resepi, hehehe. Sedap tau kerutuk ni, secukup rasa la. Tak rugi mencuba. Sekali makan rasa nak lagi...haaa, tu dia!. Makan dengan nasi putih dan acar timun jer, tu pun dah mabelessss....

Ok K.Nor, saya panjangkan resepi tu kt sini yer. Saya letak no. skit senang untuk saya nk rujuk nanti. Harap K.Nor tak kisah yer. Tapi dlm cara2 tu saya tak pasti kerisik masukkan bila so, masa masak tu saya main hentam aje..hehehe...

KERUTUK AYAM K.Nor Style

Sumber : K.Nor Secubit Garam

  • 1 ekor ayam ~ dipotong 4(nak potong kecik2 pun boleh)
  • 3 sudu besar rempah kerutuk/gulai ~ bancuh dgn sedikit air panas
  • 1 cawan santan fresh
  • 1 cawan air
  • 2 keping asam keping
  • 2 sudu besar cili mesin
  • 2 sudu besar kerisik
  • 2 helai daun pandan
  • 1 bj bawang besar ~ potong 4
  • 2 bj cili merah ~ belah 2
  • nisan/gula melaka garam minyak

bahan penumis (rempah 4 beradik):

  • 1 btg kulit kayu manis (dlm 2 in panjang)
  • 5 kuntum cengkih
  • 3 bj buah pelaga
  • 1 kuntum bunga lawang

bahan yg diblend:

  • 1 labu bawang besar
  • 3 bj bawang merah
  • 5 ulas bawang putih
  • 1in halia
  • 1in lengkuas
  • 1in kunyit hidup

Cara-cara

  1. Panaskan minyak dan tumis bahan penumis/rempah 4 beradik hingga wangi dan masukkan cili mesin.
  2. Goreng hingga sedikit garing dan masukkan bahan2 yg diblend. Goreng lagi dan masukkan rempah yg dibancuh dgn sedikit air panas.
  3. Bila tumisan dah pecah minyak masukkan daun pandan, garam dan asam keping.
  4. Masukkan ayam dan gaul sebati. Biarkan rempah mesra kat ayam dlm 10minit baru la dimasukkan 1 cawan air. Biarkan hingga mendidih.
  5. Pastu masukkan santan fresh, nisan/gula melaka dan kerisik. Masak hingga hampir pekat.
  6. Masukkan bawang besar yg dipotong 4 dan cili merah yg dibelah 2.
  7. Masaklah hingga ayam masak dan kepekatan yg disukai. Hidangkan panas2.

# Kerutup ayam ni selain dimakan dgn nasi putih, sedap sgt dimakan dgn pulut kuning. Selain tu best gak makan dgn roti. Selain penggunaan ayam, boleh tukar kepada daging.

7 comments:

  1. salam ina, wah kerutuk ayam dah terbang jauh ni.. mekasih sudi cuba.. sedap ya.. alhamdulillah...

    akak miss ke letak kerisik tu? ish.. tak perasan lak.. ok.. ina letak jer kat no5 tu k... nanti k.nor edit kat resipi akak nun.. mekasih bg tau.. kerutuk ni kalau kita buat banyak2 sket pastu lebihan tu simpan dlm fridge.. esok2 panaskan balik. laaaaaaaaagi sedap rasa dia tau... :)

    ReplyDelete
  2. K.Nor,
    Wassalam K.Nor, itu la...jauh terbang kerutuk ni. Sudah pasti la sedap dan membangkitkan nostalgia gitu! hehehe...

    Ok K.Nor, saya dh masukkan kerisik kt no.5 tu. Next time nak buat lg ni. Dgn rasa manis pedas tu mmg best la.. :)

    ReplyDelete
  3. Assalamualaikum....
    Huisshhh confirm sedap ni.

    ReplyDelete
  4. wah ada kerutub disini...sedapnya ina...terliur dh nieza nengoknya ni kalau nk buat tak ada rempah kerutub tak jadi lah yer...hmmm kena cari rempah dulula..kat sini tak ada lak ha tunggu blk Msia nanti. kat sana dh mlm dah yer...matahari baru nk sampai sini lah Ina...nieza baru nk lunch ina dh nk tido dah kan..hehe

    ReplyDelete
  5. K.Sam,
    Konpem! Konpem sedap! percayalaaaaaahhhh.....hahaha, kan dh nyanyi lagu siti...

    ReplyDelete
  6. Nieza,
    klu takde rempah kerutub tak jadi la kot. ni pun dh lama jeling2 resepi k.nor tp sbb takde rempah x dpt la nak buat. nti balik mesia jgn lupa cari rempah kerutuk tau! mmg sedaaaaap! wow wii woooo gitu! hehehe...tp itu tekak ina la, citarasa org lain x tau la kan.

    itu la kan, masa kita jauh beza betul...sini terawal nampak matahari...hehe...

    ReplyDelete
  7. rempah cap bunga rose, kerutp,dalca,gulai nasi dagang


    sila email pada saya afa_7881@yahoo.com atau add YM saya untuk keterangan lebih lanjut.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...