Followers

Thursday, April 07, 2011

SERI MUKA PISANG



Faqihah duk tgk cd Dora. Si Dora plak duk nyanyi2...banana...banana..terus tetiba teringat ada 2 biji pisang yg xde sape makan. Sebab duduknya tersorok, klu tak konpem dh selamat dah pisang tu. Kemudian fikir2 nak buat apa dengan pisang 2 bijik ni. Nak buat kek atau muffin x plak rasa nk mkn sbb baru jer mkn kek 1-2 hari lepas. Kemudian selongkar2 dapur izah terjumpa la resepi ni. Nampak cam menarik. Tak pe la, itu hari si izah buat serimuka durian...tak dapat durian kita ganti ajer la dengan pisang...hik hik hik. Emh, agak2 ada tak org nak buat serimuka stoberi ke, kiwi ke? adessss....mcm2 la aku ni...

Maka lenyek la pisang 2 biji tu. Nasib baik dapat la 1 cawan so, lepas la untuk buat setengah adunan. Elok jer siap kukus serimuka ni tetiba bunyi sms. Owh, dpt text dari K.Ema, katanya nak datang rumah. Hahahaha...k.ema ni mcm tau2 jer aku baru sudah kukus kuih. K.Ema ni dulu jiran aku tp dh tamat dh studynya dan dh kembali berkhidmat di UIA. Skrg k.ema dtg oklen untuk menghadapi viva voce....alaaa..mcm exam lisan gitu/interview (betul kan?). Dan telah pun selamat dengan jayanya. Tahniah K.Ema. Sekarang telah bergelar Dr. Norsaremah. Tp doktor ni tak bleh bukak klinik....wakakakaka... btw Tahniah jugak kepada Dr. Akmalia dan Dr. Noor Aishikin yg dah berjaya menjalani viva voce bbrp minggu lepas. Waaah, syoknya mengira gelaran orang. Harap suamiku dan rakan2 yg lain pun berjaya seperti mereka juga nanti. InsyaAllah. Ameen.

Berbalik pada kuih ni. K.ema kata sedap sangat. Hahaha....dia x tipu tau. Memang sedap. Dulu k.ema ni mmg selalu la menjadi mangsa hasil eksperimen aku cuba resepi2 baru. Rindu la tu pd kuih-muih aku...wakakaka... Tapi betul ni, sedap kuih ni, masa kukus tu harum jer bau santan dan pisang tu. Next time nak buat lagi la. Tp bahagian bawah tu aku tak letak pewarna, baru sedar pewarna kuning kt rumah dh habes. So, pucat skit la yg bahagian bawah tu.. Ok, x payah cakap byk, jom tgk resepi. Resepi dari myresipi tp skodeng kt dapur izah.



Sumber Asal: Hasiah63 MyResipi
Sumber : Izah

Bahan-bahan

( BAWAH ):-
  • 1 cawan tepung beras
  • 2 cawan santan
  • 2 cawan pisang yang dilenyek
  • 1/2 cawan gula
  • 2 sudu tepung kastard
( ATAS ):-
  • 60 gm tepung gandum
  • 100 gm gula
  • 250 gm santan
  • 50 gm jus pandan
  • 1/2 sudu besar tepung jagung
  • 2 biji telur
  • Sedikit garam
  • Sedikit pewarna hijau

Cara-cara
  1. ( BAWAH ) - Satukan semua bahan di atas, kacau sebati.
  2. Kukus selama 20minit atau hingga masak.
  3. ( ATAS ) - Kacau telur bersama gula, kemudian masukkan pula bahan-bahan selebihnya.
  4. Kacau sebati, tapiskan.
  5. Tuang ke atas bahagian bawah tadi, kukus lagi selama 20minit atau hingga masak.
  6. ( UNTUK BAHAGIAN BAWAH, SAYA MASUKKAN SEDIKIT PEWARNA KUNING SUPAYA WARNANYA TIDAK KELIHATAN PUCAT. )


8 comments:

  1. akak..mas dah try serimuka pisang ni...
    memang sangat sedapppp..
    perhhh..serimuka tu bentuk love la...cantikkk

    ReplyDelete
  2. wahh nampak pun tau sedap ni..nieza lum cuba lagi tgk ramai dh yg buat ni..

    ReplyDelete
  3. mas,
    sedap kan mas.... akak suka rasanya yg tak terlalu manis. secukup rasa jer tu. ada lemak2 skit. hahaha...love tu saje jer... teringat k.hana.

    nieza,
    try la nieza. bg penggemar kuih tradisional, mesti suka. tp jgn lupa letak kaler kuning kt bawah tu, klu x pucat cam ina punya.

    ReplyDelete
  4. wahh k.inaku.. biler ler dpt rasa neh.. nk buat xreti..huahuahua

    ReplyDelete
  5. Aslmkm Ina. Cedap nyaaaa.... nak seketoi, lepaskan kempunan jadilah...hehe

    ReplyDelete
  6. siti,
    alaaa...senang jer ni siti. bancuh2 camtu jer. konpem siti boleh buat jgk. tp nk kena ada pengukus la...hehehe...kt warehouse tu ada jer steamer. tp klu nk pengukus mcm kt mesia, cari kt Tai Ping ada jual...

    Along,
    Wassalam. sedap long....dah habesss dah...hehehe. Nanti saya buat lain ek... :)

    ReplyDelete
  7. salam rindu na....
    lama gler aku nak nyinggah blog ko kan... aduhhhhh banyak bona n3 ko yg aku tertinggal... skrg nih dah kije dah kurang masa nak ngadap mende alah nih na.. aiihhh nnti ko rasa la biler dah blk... nak masak pong cam nak tak nak jerk.. eh aku la tuh hihihi..

    moga ur hubby pong berjaya jugak nanti hendaknyer! teruskan bg perangsang utk en.somimu itew... eh lama lg ker ko kat sana??

    ReplyDelete
  8. k.hana!!!! eh, atau lebih tepatnya k.ina!!!,

    kita pun rindu jgk tau dgn entry2 mabeles hakak tu. tp kita sedia maklom la kan cikgu dh kembali mengadap anak2 didik di malaya. teruskan berbakti! sambil2 tu ajak2 la che abang tu makan kt kedai selalu... wakakakaka....

    mekasih kak, semoga berjaya hendaknya mcm suami akak tu. Ameen. Kami InsyaAllah tahun ni last.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...