Wah! wah! sungguh teruja program kegemaranku kini akan diadakan di Malaysia. Dulu penah jugak sembang-sembang dengan suami agak2 nanti program MasterChef ni ada tak kat Malaysia. Suami cakap konpem one day akan sampai kt Malaysia punya la. Lalu kami pun meng'imagine' kan chef wan menjadi juri dan komplen ala2 mulut lasernya itu hahahaha... Tp program MasterChef ni juri2nya takde la selazer mcm dlm Hell's Kitchen tu. Hatta semasa si Ramsay menjadi juri MasterChef US pun dia lebih bersopan santun (tp ada jgk la lazer seposen tu) berbanding dlm programnya sendiri yg byk sensored perkataan sane sini.
Rasanya ramai dah tahu kot apa rancangan MasterChef ni. Tp bagi yang tak tahu, program ni adalah program realiti tv untuk pertandingan masak2 la. Bila kita dengar masterchef tu mesti kita ingat yang program tu untuk orang yg dah master dlm masak2 kan mcm chef2. Tapi sebenarnya program ni sebenarnya untuk amatur. Tak kira la sama ada anda seorang pelajar, surirumah, guru, peguam, doktor, petani atau sape2 aje termasukla yg baru2 nak jd chef. Yang penting anda ada bakat terpendam dalam masak2 ni dan memang minat memasak. Klu anda langsung tak reti masak, konpem la kena tendang terus....wakakaka...dh nama pun program masak2.
Sepanjang yang aku tengok program MasterChef ni ada versi dari UK, US, OZ, dan NZ. Tak sure asal program ni dr mana, UK kot. Peserta akan dipilih melalui audition...kena masak la dan kemudian juri akan rasa. Kemudian ditapis sehingga la dpt bilangan yg dikehendaki untuk masuk tv. Juri ada 3 orang dan kekadang ada juri jemputan untuk tema masakan yg tertentu. Setiap minggu akan ada la tema masak apa, masakan cina ke, india ke, italy ke...dan macam2 la. Ada juga minggu yg masak ikut menu sendiri dan ada juga minggu yg masak ikut resepi yg disediakan oleh program tersebut. Tp yg syoknya rancangan ni, peserta diberi masa beberapa minit untuk memilih bahan-bahan mentah dengan limit terhad. Klu juri kata cuma ambik 13 item sahaja so, jgn memandai nak ambik lebih. Nanti juri tu akan keluarkan barang yg lebih sesuka hati. Bayangkan klu dlm kepala otak dah plan nak masak nasik lemak, tetiba terambik lebih item then juri keluarkan santan. Camne korang nk msk nasik lemak? Hahahaha.....kt sini yg best nk tgk tu mcm mana peserta jd kelam kabut dan terpaksa tukar plan.
Lagi satu part yang best bila peserta di bawa ke restoren atau hotel dan dikehendaki untuk menyediakan masakan untuk tetamu yang ramai...maybe dlm 100 org camtu. Masa ni la part paling kelam kabut sebab peserta2 ni kan amatur, mana la penah ada pengalaman masak kt tempat2 camtu. Masa ni jugak peserta akan dibahagikan kepada kumpulan2 tertentu. Yes, untuk part2 tertentu ada minggu yg peserta dibahagikan ikut kumpulan tetapi kebanyakkannya adalah secara individual.
Hadiah? Agak2 apa lah hadiah MasterChef Malaysia yer? Klu kat New Zealand ni hadiahnya memang best, dapat kereta, dapat 1 tahun groceries supply dr pasaraya yg jd sponsor rancangan tersebut, dapat peralatan memasak berjenama, dan paling syok dapat dapur & oven yang canggih gitu from Fisher & Paykel! Tak berkelip mata aku tengok stove yang canggih itu! Hahahaha....sabo jer la....
So, kepada rakan2 blogger terutamanya blogger masak2 ni. Kalau anda memang sangat minat masak, apa salahnya mencuba bakat kan. Kekadang tuah tak siapa yang menyangka kan. Macam 1st version MasterChef NZ ni pemenang nya adalah cikgu (lelaki) sekolah rendah. Siapa sangka kan, dari minat masak2 untuk keluarga akhirnya bergelar MasterChef gitu!
P/s: Sesapa yg berminat boleh download borang MasterChef Malaysia. Tarikh tutup penyertaan pada 18 April 2011. Anda juga boleh like Facebook MasterChef Malaysia.
amacam? ada 'style' tak aku posing ngan apron MasterChef? Wakakakaka....ini la namanya edisi perasan tak hengat... :p
Hadiah? Agak2 apa lah hadiah MasterChef Malaysia yer? Klu kat New Zealand ni hadiahnya memang best, dapat kereta, dapat 1 tahun groceries supply dr pasaraya yg jd sponsor rancangan tersebut, dapat peralatan memasak berjenama, dan paling syok dapat dapur & oven yang canggih gitu from Fisher & Paykel! Tak berkelip mata aku tengok stove yang canggih itu! Hahahaha....sabo jer la....
So, kepada rakan2 blogger terutamanya blogger masak2 ni. Kalau anda memang sangat minat masak, apa salahnya mencuba bakat kan. Kekadang tuah tak siapa yang menyangka kan. Macam 1st version MasterChef NZ ni pemenang nya adalah cikgu (lelaki) sekolah rendah. Siapa sangka kan, dari minat masak2 untuk keluarga akhirnya bergelar MasterChef gitu!
P/s: Sesapa yg berminat boleh download borang MasterChef Malaysia. Tarikh tutup penyertaan pada 18 April 2011. Anda juga boleh like Facebook MasterChef Malaysia.
Wahhhh ada gaya MasterChef! hehe ;)
ReplyDeleteDear, you have some awards from my blog :)
Love,
ReplyDeletethanks dear, nanti i pegi collect yer... :)
gaya dah ada tu ina..apa lagi..isi borang cepatt..~~!!!
ReplyDeleteisi borang aje boleh la...hahahaha... tp bila audition, awal2 dh kena tendang... wakakakaka
ReplyDelete