Followers

Monday, April 18, 2011

Picnic di Albert Park...

credit of this picture goes to Pani. TQ Pani untuk gambar beramai2 ni... :)


Setiap bulan kebiasaannya memang ada perjumpaan di kalangan ahli MAPSA City. Biasanya majlis baca yassin, solat dan potluck. Yer la kan..harap majlis macam ni la nak mengeratkan lg silaturahim. Kami kt sini bagi pelajar postgrad (atau lebih senang citer pelajar tua la...hehehe) dan keluarga mempunyai persatuan sendiri iaitu Malaysia Auckland Postgrad Student Association (MAPSA). So, tak bercampur la dengan pelajar undergrad yg adik2 tu. Maklum la klu nak buat aktiviti mana la nak sama citarasa orang muda dengan tua dewasa. Pelajar2 undergrad tu pun ada persatuan mereka sendiri.

Tapi walau pun begitu hubungan baik tetap seperti biasa. Macam kami ahli MAPSA City ni ada la jugak buat aktiviti bersama adik2 undergrad. Maklum la, mereka pun sama2 tinggal kt city. Untuk pengetahuan, sebenarnya MAPSA ni terbahagi kepada 3 qariah iaitu city, mount/suburb dan north shore. Sebab apa ada bahagian2 ni pulak adalah senang nak uruskan aktiviti2 kecil kt kawasan masing2. Dan setiap qariah ni akan ada penghulu masing2 yg telah diundi melalui pilihanraya MAPSA.

Kami orang2 kt city ni sedia maklum la, tinggal di apartment yg kecil, tak de kereta elaun tak cukup la...hehehe dan barang serba mahal. Tapi pilihan untuk tinggal di city ni terpaksa dibuat memandangkan dekat dengan universiti. Macam suamiku ni mmg setiap hari nak kena pegi ofis, klu tak nanti sv mesti mencari. Bagi mereka yg tinggal di mount pulak terpaksa la datang dgn bas untuk nak ke universiti. Nak buat camne la, dah universitinya dalam bandar. Klu datang dengan kereta alamaknya sedia duit ajer la bayar parking. Ok la, klu nak cerita pasal MAPSA dan kehidupan kt sini jawabnya sampai sudah la tak habes....hehehe. Meh layan gambar gathering MAPSA City semalam. Biasa kami buat indoor, tp kali ni buat kt park ala2 picninc memandangkan bilik untuk aktiviti international student yg biasa kami guna tu tgh renovate.

antara juadah yg dibawa pagi ahad semalam....


serangan telah dilakukan ke atas tupperware2 bertuah....hihihih



pokok besar yg cuma nampak dahan ni tempat aktiviti tresure hunt untuk anak2 kecil. budak2 tu bkn tau apa pun, mak bapak yg excited lebih...hehehe



biase port picnic kami kt belah2 air pancut sane tp sbb ptg smlm diramalkan akn mula hujan so, siap2 la cari port dkt dgn bangsal tu. klu hujan boleh la cepat2 lari berteduh. Alhamdulillah cuaca elok jer spnjg picnic.


kt taman ni banyak burung. klu kasi makan mmg banyak betul yg datang.


Antara pemandangan yang terdapat di Albert Park


pemandangan Sky City Tower dari Albert Park. nampak tak air pancut kt situ?
nak tgk gambar lg? boleh jengok sini...


4 comments:

  1. Assalam ina,
    seronoknya tengok ramai2 serbu makan2nan tu..ina duduk sana berapa lama lagi?..or for good kat new zealand tu?..

    ReplyDelete
  2. k.ayu, InsyaAllah ni nk msuk tahun ke-3. sama ada tahun ni atau tahun dpn blik msia for good. yeay! yeay! x sbr nk blik kg, hehehe...

    ReplyDelete
  3. 1. Wah, bestnya picnic! Kalau macam ni nak gi gak la auckland :p

    2. Tulisan yang ada potong2 tu mmg disengajakan ataupun dipotong oleh editor tak bertauliah? :p Sajer tanya sbb banyak kali gak jumpa kat blog2 lain. Maklumlah, blog sendiri pun macam dah andropause...

    3. Alamak, macam ternampak tompok botak atas kepala abang yang pakai baju biru belang2 tu. Tu mesti kesan cahaya yang menghasilkan kamera trick. Abang tu rasanya tak botak! Rambut ialah mahkota lelaki (iklan syampu cap badak sumbu)

    ReplyDelete
  4. Mantan tuan presiden,
    Mak aih, panjangnya komen. nak kena jawab satu2 ke? hehehe...

    1. tak payah la datang oklen ni, semua mende mahai...pi balik..balik...

    2. ooooo...itu sbb silap tulis tu. xde liquid paper nk padam, eraser pun tarak so, kita main potong jer. boleh? wakakaka....

    3. lor...sape tu? sape tu? abaikan jer...bukan retis fofuler pong... hahahahahahahahaha...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...