Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Monday, January 28, 2013

Buat apa tu cuti panjang ni... :)

Cuti panjang ni mesti ramai yang buat aktiviti jalan-jalan, balik kampung atau holiday ke mana-mana sekeluarga kan.  Kami takde agenda jalan-jalan pun sebab nak kena cari barang untuk hantaran adik ipar.  Raya cina ni ha nak kawen.  Tapi petang Jumaat lepas saje la ambik angin kat taman. Faqihah ni ha nak feed fish katanya.  Memang selalu pun kalau ada kelapangan dan cuaca cerah kita orang datang sini bagi makan ikan dan layan Faqihah main kt playground.  Dekat jer haa dengan rumah, 5 minit je, hehe.

Memang best betul bagi makan ikan kat sini sebab semuanya lapar-lapar belaka.  Dari yg kecik baru jumpa air hingga lah ikan yang besar gabak, semuanya berebut-rebut nak dapatkan makanan yang kami lemparkan.  Siap tindih antara satu sama lain.  Kalau yang besar-besar tu dapat la ke depan tp yg kecik kesian tertindas duk belakang tak dapek nak mencelah.  Boleh dikatakan ralit la melayan ikan ni semua, sedar-sedar makanan ikan dah habis, hehe.  Pernah sekali bawak mak mertua dengan adik ipar datang sini, excited bagi makan sampaikan kena berebut makanan ikan tu dengan Faqihah, last2 pegi beli 1 bungkus lagi, hahaha.
tengok... pakat duk nganga mulut jer...hehehe

dekat jer ni, boleh tangkap dengan tangan jer. mula-mula aku ingat nak pegang jugak tp dasar penakut bila tengok beberapa ekor ikan keli ...heheh

view dari atas jambatan kecil

tu la kolamnya...

Saturday, January 26, 2013

Cream Puff



Cream puff ni buat semalam.  Tetiba rasa nak makan.  Tapi selalu kalau nak buat cream puff kena berkira-kira filling apakah nak diletak memandangkan the big boss tak makan custard cream filling.  Kata beliau puff dengan custard cream tu rasa telur kuat sangat.  Tapi bagi aku ok je.  

So, sebagai penggantinya aku belasah aje belen whipped cream yg buat pavlova dan cairkan coklat ~belen projek coklat itu hari~ so, jadi la cream puff inti whipped cream + coklat. Hohoho...terangkat! terangkat lemak-lemak, punah diet aku, :((  Manyak susah lorrr mau diet tp dalam masa sama 'mengusahakan' (ceh! mengusahakan konon tp tenggelam timbul) blog makan...dalam erti kata lain aku cuba resepi mesti la aku mau makan... :D tak pe tak pe, ambik portion sikiiiiiiiiit gitu :p

CREAM PUFF
Sumber : Yani@MyResipi

Bahan-bahan
  • 100ml air
  • 45g butter-suhu bilik, potong 1cm
  • 60g tepung gandum- diayak
  • 2 biji telur(100g) 
Cara-cara:

  1. Persediaan awal. Panaskan oven pada suhu 200C. Alaskan dulang oven(oven plate) dengan aluminium foil kemudian sapukan minyak ke atasnya. Lepas tu ayaklah tepung. Masukkan telur ke dalam mangkuk. Pukul biar telur kuning dan putih berncampur.
  2. Masukkan air dan butter ke dalam periuk. Masak dengan api sederhana kemudian kuatkan sehinggalah mendidih. Bila dah mendidih tutupkan api. 
  3.  Masukkan tepung dan kacau cepat-cepat.
  4. Panaskan semula adunan dengan api sederhana sehingga nampak kepingan nipis terbentuk. Kemudian padamkan api
  5.  Masukkan telur, kacau cepat-cepat 
  6.  Masukkan adunan ke dalam piping bag. Pipe kan ke atas dulang seperti dalam gambar. Anggaran diameternya ialah 5cm. 
  7. Tekan bahagian tanduk yang terhasil supaya cream puff nampak cantik. 
  8. Spray permukaan cream puff dengan air. Bakar dalam oven pada suhu 200c selama 15 minit. Kemudian turunkan suhu kepada 180c dan bakar selama 25 minit. Kalau nak nampak lagi perang biarkan cream puff di dalam oven beberapa minit sebelum dikeluarkan.
  9. Sejukkan cream puff sebelum dimasukkan kastad krim. 
  10. *UPDATE* Boleh juga guna cara ni. Lepas step 4, masukkan doh tepung ke dalam bowl. Masukkan telur sebiji demi sebiji sambil dipukul dengan mixer.

ni dah masukkan tepung gandum
kacau supaya nampak kepingan nipis.  susah la guna whisk, pakai senduk aje la... :D

part memasukkan telur ni mmg kena mix cepat2. klu tak confident boleh stand-by hand mixer siap2, hehe.  bukan apa, klu lambat nanti telur tu akan 'masak' dan terasing/tidak sebati dengan adunan. so, bila bakar mmg tak kembong la cream puff anda. sape pakai dapur letrik spt ceramic tu kena careful la sbb that stove walau dh off masih lg ada haba panasnya.

kalau tak de spray, hangpa main renjis-renjis dipilis jer cream puff tu, keh keh keh

tengok....'kembong' kaannnnn :D

Tuesday, January 22, 2013

Merah Menawan Si Cili


Merah menawan cili hasil dari pokok cili yang kurembat dari mak mertua :D  Sebenarnya mak mertua dan adik iparku yang nombor 2 tu suka benar bercucuk tanam.  So, hari tu mil pun offer la pokok cili, pokok kari dan pokok pandan.  Senang keje kan, rembat pokok yg dah sedia ada dengan pasu2nya skali, keh keh keh....bertuahhhhh khennnn....Pokok cili ni duk dalam plastik hitam jer, aku letak luar pagar, atas tanah..  Hari-hari siram tapi ada jugak ter'miss' bila kami balik kampung.  Masa ambik tu tak berbunga lagi.  Sekarang sudah ranum menyala-nyala. Adik ipar pulak offer bunga kemboja tp kok ipaq ni kerek tul cakap "k.ina tak minat pokok yg tak ada hasil yang boleh makan, keh keh keh"..  ..   


ni jiran pon geram ni, hehehe



'kenyek' (penyek) buh dalam budu sedap ni bagi hantu budu...hihihi


lihatlah pokok ciliku,  banyak buah tu, sedap buat sambal kicap atau cili potong.


Monday, January 21, 2013

Kisah Coklat dan Mak bersama Anaknya


Mari..mari...mari beli lollichoc! hehehe. Gimiks jerrrr! :D 

Sebenarnya ini percubaan pertama membuat homemade chocolate.  Saje nak menghiburkan hati budak sorang tu yang tetiba tak nak pegi tadika last week.  Selalu ceria dan seronok aje pegi tadika.  Kali ni buat drama air mata la pulak.  Bila ditanya rupa-rupanya kena marah dengan cikgu.  Sebabnya cikgu suruh buat latihan tulisan tapi dia tak reti dibantainya main lukis-lukis, hahaha...  Anak sape la tu :p .  Maka setelah dinasihati, pegi la jugak tadika walau pun air mata tu tak berhenti meleleh.  Petang tu balik tadika ok jer malah ceria macam biasa jer.  Nasib baik 'makan' nasihat, hehehe.

Berbalik pasal coklat ni, takde la susah mana pun membuatnya.  Leburkan coklat compound menggunakan teknik double boil, kemudian masukkan aje dlm chocolate mould tu.  Lepas tu sejukkan dalam peti ais.  Dah keras dlm 5-10 minit, boleh la dikeluarkan.  Very the easy khennnnn.... ;) . Ini basic jer la bagi orang yang tak tau apa2.  Untuk nak canggih-manggih tu kena la masuk kelas dulu kan.




aku guna coklat compound brand beryl's.  tak guna semua pun sbb 1st try, buat sikit dulu.


sila pejam mata tengok yg comot2 tu. 'overloaded', hahaha. lepas ni kena letak ngam2. sbb yg lebihan ni klu nak guna scrapper nanti dengan stick tu skali comot.


aiiikkkk, mende ni plak interprem? sebenarnya ada lebihan coklat, tak tau nak buat apa so, kita main celup2 la.  nampak sangat tak guna mende alah ni kan sebab duk dalam kotak lg.  actually byk lg barang yg duk dalam kotak shipping, malas nak keluarkan kecuali yg nak guna jer.


tadaaaaa....ini lah hasilnya. ok la kan untuk 1st trial. 


bungkus dalam plastik biasa jer.

Faqihah sangat excited tengok coklat.  Dia memang hantu coklat.  Tapi kena bagi warning sikit, kan tak pasal-pasal dibantai semua....hohoho...no! no! no! budak kecik tak bagus makan coklat banyak2.

Faqihah :  faqihah nak coklat tu.
Mama   :  mama jual coklat ni (warning la ni kononnya)
Faqihah :  i will buy it.
Mama   :  ok. it's 1 dollar (errkkk dh balik kt setahun masih tershashul lg perkataan dollar). but 1 will give u a discount. seventy cents only.
Faqihah :  ok.

beberap saat kemudian terdengar laungan dr ruang tamu;

Faqihah: mamaaaaaaa! how to write seventeen centssss?
Mama : oneeeeeeee! and sevennnnnn!

Lepas tu datang dengan membawa sekeping kertas.  Hahahaha....dalam hatiku, haisssh budak ni, aku sebut 70 cents, dia dengar 17 cents.  Dah tu orang cakap 1 dan 7, ditulisnya 7 dan 1.  Adoiii laaa...


sold for 71 cents. faqihah bought 1 and got free 1 for her abah, hahahaha.  




LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...