Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Monday, January 21, 2013

Kisah Coklat dan Mak bersama Anaknya


Mari..mari...mari beli lollichoc! hehehe. Gimiks jerrrr! :D 

Sebenarnya ini percubaan pertama membuat homemade chocolate.  Saje nak menghiburkan hati budak sorang tu yang tetiba tak nak pegi tadika last week.  Selalu ceria dan seronok aje pegi tadika.  Kali ni buat drama air mata la pulak.  Bila ditanya rupa-rupanya kena marah dengan cikgu.  Sebabnya cikgu suruh buat latihan tulisan tapi dia tak reti dibantainya main lukis-lukis, hahaha...  Anak sape la tu :p .  Maka setelah dinasihati, pegi la jugak tadika walau pun air mata tu tak berhenti meleleh.  Petang tu balik tadika ok jer malah ceria macam biasa jer.  Nasib baik 'makan' nasihat, hehehe.

Berbalik pasal coklat ni, takde la susah mana pun membuatnya.  Leburkan coklat compound menggunakan teknik double boil, kemudian masukkan aje dlm chocolate mould tu.  Lepas tu sejukkan dalam peti ais.  Dah keras dlm 5-10 minit, boleh la dikeluarkan.  Very the easy khennnnn.... ;) . Ini basic jer la bagi orang yang tak tau apa2.  Untuk nak canggih-manggih tu kena la masuk kelas dulu kan.




aku guna coklat compound brand beryl's.  tak guna semua pun sbb 1st try, buat sikit dulu.


sila pejam mata tengok yg comot2 tu. 'overloaded', hahaha. lepas ni kena letak ngam2. sbb yg lebihan ni klu nak guna scrapper nanti dengan stick tu skali comot.


aiiikkkk, mende ni plak interprem? sebenarnya ada lebihan coklat, tak tau nak buat apa so, kita main celup2 la.  nampak sangat tak guna mende alah ni kan sebab duk dalam kotak lg.  actually byk lg barang yg duk dalam kotak shipping, malas nak keluarkan kecuali yg nak guna jer.


tadaaaaa....ini lah hasilnya. ok la kan untuk 1st trial. 


bungkus dalam plastik biasa jer.

Faqihah sangat excited tengok coklat.  Dia memang hantu coklat.  Tapi kena bagi warning sikit, kan tak pasal-pasal dibantai semua....hohoho...no! no! no! budak kecik tak bagus makan coklat banyak2.

Faqihah :  faqihah nak coklat tu.
Mama   :  mama jual coklat ni (warning la ni kononnya)
Faqihah :  i will buy it.
Mama   :  ok. it's 1 dollar (errkkk dh balik kt setahun masih tershashul lg perkataan dollar). but 1 will give u a discount. seventy cents only.
Faqihah :  ok.

beberap saat kemudian terdengar laungan dr ruang tamu;

Faqihah: mamaaaaaaa! how to write seventeen centssss?
Mama : oneeeeeeee! and sevennnnnn!

Lepas tu datang dengan membawa sekeping kertas.  Hahahaha....dalam hatiku, haisssh budak ni, aku sebut 70 cents, dia dengar 17 cents.  Dah tu orang cakap 1 dan 7, ditulisnya 7 dan 1.  Adoiii laaa...


sold for 71 cents. faqihah bought 1 and got free 1 for her abah, hahahaha.  




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...