Thursday, July 18, 2013
Ooooo...tak masak yerrr
Friday, June 07, 2013
Edisi Terkenang Lagi : Kari Kepala Ikan Salmon
![]() |
| Perrrhhhh....terbayang-bayang pulak kesedapannya... |
![]() |
| Murah jer kepala ikan salmon ni. mat salleh kan suka makan fillet/steak jer, kepala ni tolak tepi la, sbb tu mulah2 saje harganya maaa... |
Haissshhh, seminggu dua ni banyak pulak keluar entry mengimbau kenangan dolu-dolu. Sebenarnya aku tengah menghabiskan cuti sekolah di kampung. So, tak de la aku masak-masak melainkan tolong-tolong mak apa yang patut jer. Selebihnya aku duduk bersenang lenang la, HAHAHA. Tu pasal seminggu dua ni posts aku kt blog ni semuanya kisah 'cari gali' je, hehehe.
Sejak balik Malaysia dah setahun lebih ni, aku belum pernah lagi beli dan masak ikan salmon. Entahlah, bila aku tengok kat pasaraya tu pucat semacam jer kaler salmon aku jd tak de semangat nak beli, dah la harga mahal. Ikan salmon kalau tengok kat badan/isi dia memang betul-betul pink + oren gitu kaler nye...terang benderang, hehehe. Tapi yer la kan, kat sini ikan salmon tu nak sampai harus naik kapal ke tongkang ke dulu, keh keh keh. Yang kat sana tu dah sah-sah la dari perairan mereka sendiri. Eh, ikan salmon hidup kat laut ke kat sungai? Haah...sila la google sendiri yer, hehe :P
Tapi kalau teringin sangat atau mengindam ke, apa kaler pun bedalllll ajer la...hihihi.
Thursday, August 11, 2011
PAUNG PULUT / KUIH BOM
Paung ni sedap betul makan waktu panas2. Faqihah suka betul tapi bila abahnya makan maka keluar la dialog sebegini 'rasa macam pernah makan kuih ni tapi intinya sepatutnya manis'. hahhaha .... macam ni la klu lain negeri lain version, next time harus kena buat 2 versi gitu. Resepi diambil kt myresipi daripada 2 sumber yang berlainan. Part inti tu aku ubahsuai skit sebab menggunakan tuna dalam tin jer.
Sumber 1 (resepi doh) : dee iman MyResipi
Sumber 2 (resepi inti) : salieysa MyResipi
Bahan-bahan:
Doh:
- 1 1/2 cawan tepung pulut
- 1/2 cawan tepung gandum
- sedikit garam
- air secukupnya
- 1 tin tuna (dibakar/ goreng tanpa minyak)
- 1/2 biji bawang besar - kisar
- 1 ulas bawang putih -kisar
- 1 inci halia - kisar
- 1 inci lengkuas - kisar
- 1 batang serai - kisar
- sedikit halba
- Lada hitam
- garam dan gula secukup rasa
- Asam keping
- Untuk inti: Masukkan semua bahan-bahan inti ke dalam kuali dan masak (goreng tanpa minyak) sehingga kering. Keluarkan asam keping apabila inti hampir kering.
- Untuk doh : Gaulkan tepung pulut, gandum, garam dan air (jangan terlalu lembut / keras).
- Bentukkan adunan tepung menjadi bebola kecil, leperkan, letakkan inti dan bentukkan kembali menjadi bola. (Untuk mengelakkan bebola melekat antara satu sama lain dan mudah diangkat sebelum digoreng, gaulkan bebola di dalam mangkuk yang berisi minyak sedikit).
- Goreng dalam minyak yang banyak dengan api yang perlahan (Masukkan paung sebelum minyak menjadi panas dan pastikan api dapur kecil kerana paung mudah meletup!)

p/s: semalam ada nampak kt blog k.ayu singapore kuih bom versi inti kelapa. macam best jugak resepinya so, aku nak simpan siap2 la kot2 nak buat nanti. Ni linknya Kuih Bom
Sunday, May 15, 2011
PULUT GULUNG

Pasal pulut ni sebenarnya nak buat pulut panggang tp sebab kesuntukan masa

Pulut
Bahan-bahan
- 4 cawan beras pulut
- 400 ml santan
- Garam secukup rasa.
- Rendam pulut bersama selama 1-2 jam.
- Cuci dan toskan pulut. Kemudian kukus selama 10-15 minit.
- Keluarkan beras pulut dari pengukus. Masukkan santan yg telah dicampurkan dengan garam ke dalam pulut tadi. Gaul hingga sebati.
- Masukkan semula pulut ke dalam pengukus dan kukus selama 30-40 minit atau sehingga masak.

Bahan-bahan
- 1 biji bawang besar - kisar
- 2 ulas bawang putih - kisar
- 1 inci halia - kisar
- 2 batang serai - kisar
- 2 sudu besar cili mesin/ cili boh (terpulang atas kepedasan yg diingini)
- 2 sudu besar santan pekat
- 1 keping asam keping
- 1 tin tuna (in oil)
- 1 cawan kelapa kering (desiccated coconut)
- ½ sudu besar serbuk belacan
- Garam secukup rasa
- Gula secukup rasa
- Goreng kelapa tanpa minyak sehingga perang. Ketepikan.
- Tumis bahan kisar, cili mesin sehingga sedikit kering.
- Masukkan santan, gula, asam keping dan serbuk belacan. Kacau hingga sebati.
- Kemudian masukkan ikan.
- Masak sehingga betul2 kering. Tutup api.
- Masukkan kelapa kering yang telah digoreng tadi ke dalam sambal ikan yang telah kering. Gaul hingga rata dan sebati. Kalau tidak cukup rasa, boleh tambahkan garam dan gula ketika proses menggaul tersebut.
Untuk pulut panggang : letakkan pulut ke atas daun pisang kemudian letakkan inti. Gulung kemas2 dan klip/lidikan di kedua2 belah hujung. Kemudian boleh la dipanggang.
Untuk roll : letakkan pulut ke atas baking paper kemudian letakkan inti. Gulung kemas2. Boleh menggunakan bamboo mat/alatan membuat sushi bagi memperkemaskan gulungan. Kemudian potong dengan berhati-hati pulut tersebut supaya tidak terlerai.
Friday, May 06, 2011
NASI DAGANG

NASI DAGANG
Nasi
- 4 cawan beras jasmine
- 1 cawan beras pulut
- 1 tin (400 ml) santan
- Garam
- Gula
- Bawang besar - hiris halus
- Halia - hiris halus
- 1 sudu besar halba
- Air (1 - 1 1/4 cawan ; perlu cek semula)
- Beras dan beras pulut disatukan. Cuci dan bersihkan. Rendam semalaman atau selama 8 jam.
- Alaskan pengukus (bahagian berlubang) dengan daun pisang dan cucuk2kan. Masukkan beras yang telah direndam dan kukus selama 5 minit.
- Ambik 1/2 tin santan dan dicampur dengan air untuk dijadikan santan cair dan campur sedikit garam.
- Keluarkan beras dari pengukus dan masukkan ke dalam bekas lain. Gaul bersama santan cair tadi. Sekira takut nasik terlembik boleh masukkan sebahagian santan dahulu dan sambung selepas kukus kali kedua (sebelum masukkan santan pekat).
- Masukkan kembali beras ke dalam pengukus dan kukus untuk kali ke-2 hinnga nasi masak.
- Angkat dan pindahkan sekali lagi ke dalam bekas. Semasa nasi masih panas, masukkan gula, santan pekat, bawang, halia dan halba. Gaul biar rata. Rasa masin dan manis nasi.
- Kalau menggunakan santan fresh, proses masak nasi telah selesai. Memandangkan saya menggunakan santan tin so, saya sambung kukus 5 minit lagi.

GULAI IKAN AYA@TONGKOL (Gulai Nasi Kuning/Dagang)
resipi : K.Nor@SecubitGaram
Bahab-bahan
- 1 ekor ikan aya@tongkol - ina guna ikan trevally dan mackeral
- 3kpg asam keping
- sedikit garam
- air secukupnya
- Bersihkan ikan aya dan potong.
- Masukkan dalam periuk dan masukkan asam keping, garam dan air.
- Air hendaklah melebihi paras ikan.
- Masak dgn api sederhana sehingga air tinggal lebih kurang 1/4.
- Lagi lama ikan dimasak lagi sedap, isi ikan pun lebih pejal.
Bahan-bahan (Kuah)
- 4 sudu besar cili mesin
- 7 bj bawang merah *
- 3 ulas bawang putih *
- 1in halia *
- 1in lengkuas
- 1in kunyit hidup * ( * diblend )
- 3 sudu besar rempah gulai nasi dagang ~ boleh guna rempah cap bunga ros kalau tak ada rempah khas utk gulai nasi dagang
- 2/3 cawan santan fresh/pekat
- 4 cawan air
- air asam jawa
- sedikit belacan ~ optional
- nisan/gula melaka
- garam
- sedikit gula
- 7 - 9 bj cili padi
- minyak
Bahan-bahan (penumis)
- 1 btg kulit kayu manis
- 5 kuntum bunga cengkih
- 3 bj buah pelaga
- 1 kuntum bunga lawang
- Panaskan minyak dalam periuk dan masukkan bahan penumis.
- Biarkan hingga wangi dan masukkan cili mesin.
- Goreng hingga cili menjadi garing dan masukkan bahan2 yg diblend.
- Masak hingga sedikit kering dan masukkan rempah gulai.
- Masukkan 1/2 cawan air dan masak lagi hingga garing dan pecah minyak.
- Masukkan lebihan air dan masak hingga mendidih.
- Masukkan santan dan renihkan hingga kuah mendidih sambil sesekali mengacau.
- Masukkan air rebusan ikan, jus asam jawa, belacan, nisan/gula melaka, garam dan gula.
- Masak hingga kuah sedikit pekat dan masukkan ikan yg dah dimasak tadi.
- Renih lagi kuah hingga kepekatan yg disukai.
- Sekiranya kuah terlalu pekat dan tak pecah minyak bolehlah ditambah air panas dan masak semula hingga keluar minyak.
- Masukkan cili padi dan masak lagi sekejap dan baru lah dipadamkan api.
* ikan aya lebih sedap direbus lebih awal dan dibiarkan supaya rasa masam2 tu meresap ke dalam isi ikan.
** kalau ada belimbing buluh, boleh lah diletak dlm gulai ni. nanti rasa gulai lagi sedap :)
nota Ina:
* orang kata beras memainkan peranan dalam nak memastikan nasi dagang jadi elok. So, sebagai catatan, di bawah adalah beras dan santan yang Ina gunakan.
Wednesday, February 02, 2011
KEROPOK LEKOR EDEN CRESCENT

Hehehe...sesaje jer suka2 ati letak nama camtu. Ambik feel sket ala2 orang jual keropok kt Kuala Kemaman...kekeke. Eden Crescent tu op kos la nama jalan & apartment yg kami tinggal ni. Bercerita pasal keropok lekor ni, sebenarnya hari tu kebetulan sembang2 dengan kawan mcm mana cara nak buat keropok. Bespren aku tu mmg familynya buat bisnes keropok. Tp aku tak sure la dia penah buat sendiri ke tak. Buzy keje kan. Nak makan apa susah, balik jer kampung....hehehe. So, dia beritahu la secara ringkas bahan2 yg diperlukan seperti ikan, tepung sagu, ais, garam dan ajinomoto. Tp masalahnya kt sini tak ada tepung sagu so dia suruh aku try guna tepung ubi/kanji tp jangan letak banyak sbb takut liat.
Maka dengan semangat yg jitu aku pun search la resepi kt internet ni. Macam2 versi jugak yer. So, lepas tolak bahagi tambah darab semua, aku pun try la combine sesuka hati aku. Ini pun yg menambah lg semangat bila ada plak akak jiranku duk sebut2 teringin nak makan keropok lekor. Dengan aku sekali terliur dibuatnya, hehehehe.
Keropok yg aku buat ni tak liat. Isi keropok tu lembut jer. Cuma tawar sikit sbb aku takut nk letak garam lebih. Kalau termasin tak ke haru, lgsg takleh nak telan, kan? Klu tawar masih boleh makan lg. Kira langkah selamat la. Lg satu aku takde ajinomoto so tak de la kot rasa cam lemak2 skit tu. Tp secara keseluruhannya boleh la mengubat rindu nak makan keropok lekor. Tp yang lawaknya sbb baru 1st xperimen, buat pun sikit maka terpaksa la potong kecik2 maka dapat la jiran2 dpt rasa sikit sorang. Lepas la kempunan tu.....hehehehe... Boleh tgk resepi yg aku study seperti berikut minami133 MyResipi, aa iezah MyResipi dan 14sept MyResipi
KEROPOK LEKOR EDEN CRESCENT
Bahan-bahan
- 450 gram ikan trevally (seekor tanpa kepala)
- 100 gram tapioca flour (tepung kanji/ubi)
- 50 gram tepung gandum
- ¼ sudu kecil baking powder (optional)
- Beberapa ketul ais
- Garam
- Sedikit air
Cara-cara
- Bersihkan ikan. Buang kulit ikan dengan cara menyiat/mengoyak. Asingkan isi dari tulang.
- Potong isi ikan secara kecil-kecil dan tumbuk secara kasar.
- Kemudian masukkan isi ikan ke dalam blender. Kisar bersama ketulan kecil ais. Tambah sedikit air sahaja (jika perlu) untuk memudahkan proses mengisar.
- Gaul isi ikan yg telah dikisar td dengan tepung kanji/ubi, tepung gandum, baking soda dan garam secara sedikit demi sedikit. Adunan mungkin sedikit lembik/melekat. Kalau rasa adunan terlalu lembik boleh ditambah sedikit tepung.
- Tabur tepung kanji/ubi di papan pencanai untuk mengelakkan doh ikan td melekat. Uli/gentel secara memanjang mengikut yg anda kehendaki.
- Masukkan keropok ke dalam periuk yg telah mendidih. Tutup periuk. Apabila keropok terapung/timbul di permukaan air bermakna keropok telah masak dan boleh la diangkat. Note: keropok ini mmg melekit selepas direbus.
- Angkat, tos dan sejukkan. Kemudian boleh dipotong untuk digoreng.
keropok lekor yg direbus
SOS KEROPOK
Sumber : minami133 MyResipi
- 3 sudu besar cili blend
- sedikit gula melaka
- 1 sudu kecil asam jawa(bancuh dgn air)
- 2 sudu besar gula
- 1/2 sudu kecil garam
- 2 sudu besar cuka
- 1 sudu besar tepung jagung utk memekatkan sos
- 2/3 cawan air
Cara-cara
Masukkan air ke dalam periuk dgn api yg perlahan. lps tu masukkan cili blend , gula melaka dan air asam jawa. bila dah mendidih, masukkan garam, gula dan ajinomoto. masukkan cuka... akhir sekali masukkan bancuhan tepung jagung utk pekatkan sos.
Note: sesuaikan rasa mengikut citarasa anda.
Tuesday, November 02, 2010
KARI KEPALA IKAN

Layan kari kepala ikan yer. Tgk gambar dulu. Resepi insyaAllah klu rajin taip esok. Ini malam mata sudah mengantuk...hehehe.... Ni pun byk lg entry yg tak sempat update. Tp takpe, gambar spnjg masa fresh...takde basi2...hahaha
Wednesday, August 11, 2010
SAMBAL TUMIS BILIS & PETAI
Perhhhhh!!! sedapnyerrrrr berbuka puasa dgn sambal tumis bilis dgn petai di musim2 sejuk cenggini. Syiokkkk!!! Eh, lupa plak...new zealand mana pose lg hari ni...hahahaha.... ank bulan baru muncul la td..skrg dh mlm kt sini, so esok la baru start pose. xpe la lewat sehari & raya pn sure la lewat sehari jgk dr Msia. Tp pose kt sini syok..musim sejuk, nyaman, wktu pn x pnjg sgt...hehehe. Apa2 pn, SELAMAT BERPUASA KEPADA SEMUA tak kira di mana sahaja anda berada. Klu ada salah dan silap harap dimaafkan.
Berbalik pd cerita sambal tumis petai... adeh, kenyang betul mkn nasik hari ni. hehehe.. sape kata kt auckland ni takde petai. ada la uols. frozen pun frozen la. jgn tak kenal plak petai...muahahahahaha..jgn mareee...tp x sesueeii mkn petai bulan poser u! aku xper, aku duk rumah jer. tak bercakap dgn org. balik2 sembang ngan si kecik jer. hahaha. wokeh la, resepi x pyh letak la yerk. semua org reti buat msk tumis. tp klu nak jugak, klik kt sini resepinya lebih kurang la.
Thursday, July 22, 2010
IKAN SNAPPER BAKAR BERSERAI
hurmm....wangi bau serai... sblm dibakar- Seekor ikan snapper (ikut suka apa jenis ikan)
- 1 biji bawang besar *
- 3 ulas bawang putih *
- 2 cm halia *
- 1 cm lengkuas *
- 2 batang serai *
- 1-2 helai daun limau purut
- Daun kesum (optional)
- Bunga kantan (optional)
- 1 sudu besar cili boh/kisar - aku guna serbuk cili (dijadikan pes) -boleh lebihkn klu suka pedas
- Air asam jawa
- 1 sudu besar sos ikan
- 2 sudu besar gula
- garam secukup rasa
- 2 batang serai - hiris halus
- 2 helai daun pandan (optional)- potong kasar
Cara-cara
- Cuci ikan dgn menggunakan air asam jawa/ lemon/ limau nipis/. Lumur dgn garam & biarkan seketika. Kemudian cuci bersih.
- Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan cili boh. Kemudian masukkan gula & garam. Rasa manis masinnya mengikut kehendak anda.
- Masukkan air asam jawa kemudian diikuti sos ikan dan daun limau purut (hiris/ koyak2an). Klu suka boleh lebihkan. Aku blend sekali dgn bahan kisar sbb ada 1 helai jer yg tinggal.
- Masukkan daun kesum & bunga kantan klu ada. Aku x letak pn sbb xde. Klu rempah kelihatan terlalu pekat, bleh tambah sedikit air.
- Bila dh nmpk kluar minyak skit, tutup api & angkat.
- Letak ikan yg telah dibersihkan di ats dulang yg dialas aluminium foil (klu ada daun pisang lg bagus). Siram rempah yg dimasak td ke ats ikan. Klu suka, bleh tinggalkan sebahagian rempah untuk disiram slps bakar (bg mereka yg suka sedikit berkuah)
- Kemudian taburkan dgn hirisan serai & daun pandan. Bakar menggunakan suhu 200 c selama 30 minit bergantung pd jenis & saiz ikan.
Tuesday, June 29, 2010
TREVALLY MASAK SAMBAL TUMIS / TUMIS LADA

Masak simple lagi. Senang keje aku, hahaha. Sebenarnya aku dalam proses nak mencuba pelbagai resepi. Hari-hari duk skodeng dapur orang. Tapi tu la kan, ada bahan yang cukup ada bahan yang tak cukup. Dan ada yang aku cuba tak menjadi...kui kui kui...pecah lobang. So, sepi la blog ni tanpa cerita. Ni takat masak sambal tumis ni sape2 pun boleh buat. Masakan paling instant kalau kebuntuan idea. Saje la tepek kt sini skdr mengisi ruang. Masak merah ni lebih kurang sama aje cuma klu ayam & daging tu gunakan sos tomato atau tomato puri dan kalau seafood gantikan dgn air asam jawa. Teringat pulak tahun lepas gotong royong buat ayam masak merah untuk jamuan raya MAPSA. Pedas tak hengat, abis 'menangis' semua orang. Menangis2 pn ramai jgk yg terkenang2 ayam masak merah MAPSA City. Agak2nya tahun ni, MAPSA bahagian mana pulak yg ditugaskan untuk masak2 jamuan raya. Cewah, dh ckp psl raya, pose pun belum lg...keh keh keh...
Bahan-bahan
• 2 keping ikan trevally yg telah dipotong
• 1/2 biji bawang besar - dikisar
• 2 ulas bawang merah - dikisar - tp aku tak letak sbb tak ada
• 2 ulas bawang putih - dikisar
• 1/2 inci halia - dikisar
• 2 sudu besar cili kisar - aku guna 1/2 sudu extra hot chilli powder
• Belacan (optional)
• Air asam jawa secukupnya
• Gula / nissan/ gula melaka secukupnya
• Garam secukupnya
• 1/2 biji hirisan bawang besar
Cara-cara
1. Ikan dibersihkan dan digaul dgn garam & kunyit. Goreng & ketepikan.
2. Tumis bahan kisar sehingga naik bau dan kelihatan layu.
3. Masukkan serbuk cili atau cili kisar. Masak hingga hampir garing dan hilang bau maung cili.
4. Masukkan gula. Biar sampai pecah minyak. Kemudian masukkan belacan kalau suka.
5. Masukkan air asam jawa, kemudian garam. Biar sebati. Kalau nampak terlalu pekat, boleh tambahkan sedikit air.
6. Masukkan hirisan bawang besar dan ikan. Pastikan sambal tadi serata pada ikan. Boleh juga dituang terus pd ikan tanpa perlu menggaulkannya di dalam kuali.
Nota: bahan2 kisar tu sukatannya adalah anggaran sahaja. Biase aku dah siap2 blend untuk stok beberapa hari sahaja (tak boleh lama2, tak sedap & bawang tu pn akan bertukar warna). Bila time nak guna cedok saje dalam 5-6 sudu besar.
Saturday, June 26, 2010
SINGGANG IKAN TREVALLY

Ikan singgang pun masuk blog jugak? Tak pe lah, bukan senang nak buat ikan singgang kat negara omputih ni kalau tak cukup bahan. Tak cukup bahan tak cukup la rasa singgang. Nasib baik ada Asian Supermarket (kedai cina), boleh la jumpa lengkuas, kunyit hidup, asam gelugor/keping. Frozen pun frozen la dr tak ade langsung.
Ikan yang aku guna ni namanya ikan trevally. Kalau kt malaysia tak tahu la apa namanya tp aku tengok rupanya macam ikan selar cuma saiznya aje yang besar. Sori la, aku ni bab ikan tak berapa nak terer sangat. Ngaku aje la, hehehe. Semalam skodeng masakan2 ikan kt dapur Hana. Seronok baca corat coret dia pasal ikan fresh kt Jepun sane. Kami kt sini bukan selalu pn makan ikan, mahai. Tapi kalau kena time ada promosi tu, ok la harganya. Macam kali ni dapat la ikan trevally yang kecik sikit so harga pn ok la. Kalau tak selalunya besar gabak. Buat apa la banyak2 setakat kami bertiga. Ikan pn kalau simpan lama2 dah tak sedap.
Berbalik pada singgang tadi. Nak letak jugak ke resepi? Setakat masak rebus camni sape2 pun boleh masak. Tapi tak pe la, sebab tengah rajin kan...hehehe. Mesti ada yang konfius kenapa aku letak lada hitam dalam singgang. Kalau tahu dek mak aku ni mesti dia cakap mana la aku belajar masak singgang macam ni, keh keh keh. Alkisahnya aku dapat style ni dari kawan aku yang mak dia merupakan tukang masak orang kenduri-kendara. Dia cakap mak dia masak macam tu. Dan aku pun tau mak dia masak sedap. So, aku pun try la. Ntah apa beza aku tak tau tapi aku rasa macam sedap jugak. Layan aje la....hehehe..
Bahan-bahan
• Seekor ikan trevally (ikut kesukaan anda)
• 2 ulas bawang merah - aku takde bawang merah, so gantikan dgn sehiris bawang besar
• 1 ulas bawang putih - belah dua
• 1 inci kunyit hidup - hiris
• 1/2 inci lengkuas - hiris
• 1 keping asam keping/gelugor
• 10 biji lada hitam (optional)
• Beberaa biji cili padi - (optional)
• Air secukupnya
• Garam secukupnya
Cara-cara
1. Bersihkan ikan.
2. Masukkan semua bahan-bahan ke dalam periuk.
3. Tunggu sehingga ikan masak. Tutp api dan boleh dihidangkan.
Monday, June 21, 2010
SALMON STEAK
I love salmon, yummy!Minggu ni takde cubaan resepi terbaru. Banyak stok barang2 dah 'yellek'. So, tak pe la... tepek aje la menu2 yg sebelum ni post kt fb jer. Malam ni nak tepek Salmon Steak. Resepi ni diinspirasikan dr myresipi.com. Baca sekali lalu dan lupa pulak nak save. So, bila time buat tu hentam ikut citarasa sendiri. Nak cari semula, myresipi dh tak boleh access.
SALMON STEAK
Ikan
• Sekeping salmon steak
• Lada hitam
• Lada sulah
• Sedikit garam
Sos Putih
• 1 sudu besar butter
• 1 cawan susu segar
• 1 sudu kecil tepung gandum
• Sedikit lada hitam
Lain-lain
• Mix Vegetables
• Lemon
Cara-cara
1. Lumurkan salmon steak dengan lada hitam, lada sulah & garam secukupnya. Aku pakai grinder aje lada hitam tu. Sebab tu nampak kasar sikit. But i like it! Perap seketika sebelum digoreng. Gunakan sedikit minyak sahaja apabila menggoreng. Kalau guna non stick pan, tak perlu goreng pakai minyak lg.
2. Sediakan sos putih. Cairkan butter dalam fry pan, kemudian masukkan tepung gandum. Kacau cepat2 supaya tidak berketul. Kemudian masukkan fresh milk diikuti serbuk lada hitam. Siap.
3. Untuk sayur cuma perlu stimkan seketika. Siap untuk dihidangkan.










