Followers

Thursday, July 22, 2010

IKAN SNAPPER BAKAR BERSERAI


hurmm....wangi bau serai... sblm dibakar


cicah dgn air asam mmg best...




Hari ni x tau nak masak apa. Selera plak x sama. Ni baru dua org pun dh fonin kepala. Sib baik si kecik tu x reti nk demand2 lg. Last2 setuju nk msk ikan bakar. Duk selongkar dapur org, tp last2 hentam reka resepi sendiri. Hentam pn berpandukn ingt2 lupa resepi yg penah jiran kt kg bagitau mak. Bknnya apa, nk ikut resepi org, x cukup bahan la pulak......wawawawa.. Hasilnya? klu ikut citarasa aku ok jer....tp klu citarasa org lain, aku x tau la...kuang kuang kuang....xpe2, klu sape2 try & x suka, bak sini biar aku tlg habeskan... keh keh keh... encik pengkritik tetap bagi aku markah 8/10.....hahahahahaha.....toing! toing!


Bahan-bahan
  • Seekor ikan snapper (ikut suka apa jenis ikan)
  • 1 biji bawang besar *
  • 3 ulas bawang putih *
  • 2 cm halia *
  • 1 cm lengkuas *
  • 2 batang serai *
  • 1-2 helai daun limau purut
  • Daun kesum (optional)
  • Bunga kantan (optional)
  • 1 sudu besar cili boh/kisar - aku guna serbuk cili (dijadikan pes) -boleh lebihkn klu suka pedas
  • Air asam jawa
  • 1 sudu besar sos ikan
  • 2 sudu besar gula
  • garam secukup rasa
  • 2 batang serai - hiris halus
  • 2 helai daun pandan (optional)- potong kasar

Cara-cara

  1. Cuci ikan dgn menggunakan air asam jawa/ lemon/ limau nipis/. Lumur dgn garam & biarkan seketika. Kemudian cuci bersih.
  2. Kisar bahan bertanda *. Tumis bahan kisar sehingga naik bau, masukkan cili boh. Kemudian masukkan gula & garam. Rasa manis masinnya mengikut kehendak anda.
  3. Masukkan air asam jawa kemudian diikuti sos ikan dan daun limau purut (hiris/ koyak2an). Klu suka boleh lebihkan. Aku blend sekali dgn bahan kisar sbb ada 1 helai jer yg tinggal.
  4. Masukkan daun kesum & bunga kantan klu ada. Aku x letak pn sbb xde. Klu rempah kelihatan terlalu pekat, bleh tambah sedikit air.
  5. Bila dh nmpk kluar minyak skit, tutup api & angkat.
  6. Letak ikan yg telah dibersihkan di ats dulang yg dialas aluminium foil (klu ada daun pisang lg bagus). Siram rempah yg dimasak td ke ats ikan. Klu suka, bleh tinggalkan sebahagian rempah untuk disiram slps bakar (bg mereka yg suka sedikit berkuah)
  7. Kemudian taburkan dgn hirisan serai & daun pandan. Bakar menggunakan suhu 200 c selama 30 minit bergantung pd jenis & saiz ikan.

3 comments:

  1. Mr. Haza mmg kena bagi score kurang2 80% sbb kalau tak kena tidur dpn lif tingkat 7. Lg satu, kalau komplen2 nanti diberi gelaran Haza Ramsay kang... :D

    Nama resipi tu kalau boleh bagi lbh pjg lagi. Contohnya Ikan Snapper Bakar Berserai Pada Syurga di Wajahmu, ataupun Kau Kunci Air Teh Dangutku Dalam Hatimu.

    Kami berikan lampu hijauuuuuu.... (konon2 rancangan realiti la ni)

    ReplyDelete
  2. Opppsss... terdedah pulak nama sebenar Mr. H. Teeeetttttt.....

    ReplyDelete
  3. tido dpn lif? tak bleh2...nti mike marah...hahaha...

    okey2, kita tkr nama resepi ni, "Ikan Snapper Bakar Berserai Buwa & Koala We Are...." hahahaha....yg ni kena tanya si kecik tu lagu apa.... keh keh keh

    Nama terdedah? alaaa...apa ada pada nama....hehehe

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...