Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Saturday, July 03, 2010

KERABU AYAM







Hari ni rasa nak makan ala2 kerabu. Godek2 resepi kt dapur orang jumpa la resepi Kerabu Ayam kt dapur Hana yang diambil dari sumber asal Azie. Tapi lepas tu berkenan pulak tengok Kerabu Epal Hijau kat dapur Kak Nor yang diambil dari K.Hanieliza. Camne ni, dua-dua berkenan. Takkan nak buat dua2 kot. Akhirnya aku guna resepi Kerabu Ayam tetapi menggantikan tomato dgn buah epal dan tambah lobak merah. Mintak izin yer nak tepek resepi ni kat sini. Mekasih.

Bahan-bahan

• 4 @ 5 potongan ayam - ambil isi sahaja
• 1 bawang besar - hiris
• 3 biji tomato - buang empulurnya - hiris - aku ganti dgn epal
• 10 biji cili padi - hiris (Terpulang kepedasan masing2)
• 5 helai daun limau purut - hiris
• 1/2 biji timun - buang empulurnya - potong pjg mcm btg mancis
• 2 sudu makan sos cili- hana buh satu sudu je
• 1 biji lobak merah - tambahan aku
• 2 sudu makan cuka @ air limau nipis
• Garam & gula secukup rasa


Cara-cara

1. Isi ayam - potong kecil2, rebus hingga masak. Toskan
2. Gaulkan isi ayam dengan semua bahan lain. Perasakan dengan garam & gula, sos cili dan cuka.
3. Dh siap..boleh dimakan dgn nasi @ ratah begitu saja






No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...