Followers

Friday, July 02, 2010

PIZZA TUNA


Petang tadi buat pizza. Ini nak cepat punya pizza lepas balik dr keluar. Cuaca sejuk perut pun lapar. Bila nak buat, sorang nak nak pizza ayam sorang lg plak request pizza tuna. Yang kecik sorang tu pulak tak kisah apa jenis pizza, bukan dia tahu pun, keh keh keh. So, terpaksa la satu base pizza tu dikahwinkan 2 topping. Ini resepi banyak senang ooo. Copy dari buku instruction/resepi breadmaker jer. Cuma aku tambahkan gula skit dan shortening untuk nk bg lebih lembut dan ejas skit apa yg patut. Pizza tuna ni dah selalu buat dan dah ramai kawan2 makan. Ni kalau kasi kt jiran, mesti jiran aku dh boleh teka topping apa...keh keh keh. Bkn apa tuan2 dan puan2....senang bikin lor.

Bahan-bahan

Base/doh

• 200 ml air
• 1 tbsp olive oil - aku guna minyak masak jer
• 1 tsp garam
• 2 tbsp gula
• 2 tbsp shortening
2 1/2 cawan tepung roti/ tepung gandum
• 1 3/4 yis - aku hentam 2 sudu, cpt skit naik, maklum la skrg tgh winter


Topping

• 1 tin tuna in oil/water - boleh ganti dengan sardin
• sos tomato
• 1 biji capsicum - dipotong dadu
• 1 biji buah tomato - dipotong dadu
• nenas secukupnya - aku tak letak sbb takde stok
• hirisan bawang besar secukupnya - klu tak suka x payah letak
• oregano leaves secukupnya
• Mozzarella, parmesan chesse secukupnya - grated

* untuk topping ayam aku cuma masak hirisan isi ayam dgn mix vege bersama sos putih (butter, susu, lada hitam, serbuk lada sulah & garam).
*boleh letak apa2 topping mengikut kegemaran anda.


Cara-cara

1. Masukkan kesemua bahan-bahan ke dalam breadmaker. Dimulakan dengan bahan cecair, lemak, bahan kering dan akhir sekali yis.
2. Pilih menu untuk doh, tekan butang ON. Tunggu hingga siap.
3. Keluarkan doh dari breadmaker, canai ke atas permukaan yg telah ditabur sedikit tepung. Tapi aku tak canai pn, terus masukkan ke dalam pan dgn tekan perlahan2 doh ke seluruh pan.
4. Untuk base pizza tebal, gunakan 1 pan pizza berukuran 25cm round, manakala untuk base lebih nipis gunakan 2 pan pizza berukuran 20cm round.
5. Letakkan doh yang telah dicanai ke dalam pan yang telah digris. Sapukan doh dgn sos tomato dan taburkan dengan topping.
6. Bakar dengan suhu 200 C selama 12-15 minit atau sehingga base masak.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...