Followers

Thursday, July 15, 2010

KAYA PANDAN




Sumber Asal :Puan Norzailina Nordin
Sumber 1 : Noreen-homecooking <---aku ambik dr sini

Semalam entah angin apa melanda tiba2 rasa nak makan roti kaya pandan pulak. Mana la nak cari kaya ni...kaya pandan pulak tu. Dah la nak jumpa daun pandan pun susah. Kalau nasib baik, jumpa la daun pandan frozen. Tapi nak makan punya pasal, cari la resepi dulu. Google2 kemudian jumpa la beberapa resepi tapi ada la satu yang aku berkenan. Memandangkan daun pandan takde terpaksa la aku ganti dengan esen pandan dan sedikit pewarna. Tak sia2 jiran aku belikan esen pandan tempoh hari, banyak faedahnya....hehehe... Tapi terover plak pewarna, hijau kemain lg kaya pandan aku ni. Tak ingat dah sama ada 1/2 sudu kecik atau 1 sudu kecik aku buh pewarna tu. Nampaknya lepas ni kena letak setitik jer la kot. Nasib laaa....hentam aje la labu...huhuhu... Kepada tuan punya resepi, mintak halal yer tepek resepi kat sini. Mekasih.

Bahan-bahan:

• 3 biji telur
• 300gm gula kaster
• 200ml santan
• 100ml jus pandan - dari 10 helai daun pandan
- aku gantikan dengan air & 1/2 sdk esen pandan
• beberapa titik pewarna hijau - jika suka

Cara-cara:

1. pukul telur dan gula sehingga sebati dengan menggunakan whisker
2. pastikan gula hancur dan adunan pekat
3. kemudian masukkan jus pandan, pewarna hijau dan santan
4. gaulkan rata
5. tapiskan ke dalam periuk non-stick
6. masak dengan menggunakan api perlahan sehingga pekat
7. pastikan ianya sentiasa dikacau selalu
8. kepekatan yang dikehendaki ialah apabila diangkat kaya tidak mudah jatuh
9. setelah siap tutupkan api dan sejukkan




No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...