Followers

Monday, July 05, 2010

BIHUN HAILAM SEMPOI

buh tauge sbb nak perabis stok yg hampir menuju tempoh akhir hayat....hehe

bihun dah tenggelam....hehe


Bihun hailam jer. Sempoi punyer, guna bahan mana yang ade jer. Resepi ni ambik dalam buku masakan tapi dh lupa apa namanya dan terbitan mana. Tak silap nama buku tu sama ada masakan mee atau masakan gerai. Lebih kurang camtu la. Nipis jer bukunya dan harganya dalam RM 5 atau RM6 camtu la. Alaaa...beli masa muda remaja dulu...keh keh keh. Ingatkan tadi nak try buat guna resepi dari dapur orang lain tapi cam canggih2 jgk...hehe...so, sbb ada bahan yang takde maka guna jer la resepi yang dah biasa buat ni. Hailam ni kalau ada udang lg best, turun air udang yg manis tu tp dh takde ni hentam ajer la labu. Boleh aje banyakkan daging. Lagi pun daging kt nz ni lembut tak payah rebus, campak terus jer. Resepi ni simple jer tp sukatan betul2 seperti dalam buku tu tak ingat la sbb tinggal kt kg. So, ini berdasarkan apa yg aku masak tadi.


Bahan-bahan

• Bihun / Mee
• 1 keping dada ayam - potong kecil2
• 5 ketul daging kiub - dihiris
• 10 ekor udang saiz sederhana - tak de so aku replace dgn fish ball
• 1 ulas bawang putih - tumbuk atau ketuk
• 1 sdk cili kisar - aku lebihkan sbb suka pedas
• 3 sdb sos tiram
• 3 sdb kicap manis
• 1 sdb sos tomato
• 1 sdk serbuk lada hitam
• Lobak merah- dihiris memanjang
• Sawi secukupnya - sawi abes so aku ganti dgn kobis
• Lain2 sayur yg disukai
• Garam sekucup rasa
• Air secukupnya
• Daun bawang untuk hiasan

Cara-cara

1. Tumis bawang putih sehingga naik bau.
2. Masukkan cili kisar, tumis seketika untuk hilang bau maung cili.
3. Masukkan ayam dan daging. Masak sampai empuk.
4. Masukkan sos tiram, sos tomato, kicap dan serbuk lada hitam. Masukkan air kemudian udang. BIarkan mendidih.
5. Masukkan sayur dan garam. Rasakan masam, manis dan masin secukupnya. Siap.
6. Curahkan kuah hailam ke atas bihun yang telah dicelur. Taburkan dengan daun bawang.

2 comments:

  1. Masak guna apa yang ada kat dapur lagi senang, x yah pening2 pk...campak2 je tapi sedap!

    ReplyDelete
  2. E-na, a'a...betul tu...yg penting ada org nk makan. tp klu cukup bahan lg syok kan.. ;-)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...