Sumber Asal : Joayee MyResipi
Sumber 1 : Hana
Selamat pagi org mesia. Hari ni awal plak update tp pc plak buat hal. Semalam aku gatal tgn edit template last2 ntah mcm mana hbis hilang my live blog list. Ingatkn sbb internet slow smlm smua list tu x kluar, rupe2nya dh hilang daaa. Tu la, buat magic nk tunjuk terer sgt padahal buta IT...hahahaha. Maka pagi ni terpaksa la masukkan balik.
Hari ni rajin terlajak plak buat roti canai. Sbnrnya kan aku dh peram resepi ni dh dkt setahun dah tp x berani nk cuba. Bila tgk K.As (Hamilton) buat, terus tanya K.As. Then nampak plak K.Hana buat, pegi plak aku usha kt jepong sane. Sbnrnya jgk...kan...aku dh buat mggu lepas tp x jd. Dah hampir2 jd tp apasal la last2 aku gatai tgn pegi ngejas bentuknya. Arhh...mls citer la. Hari ni plak mengikut 'pengkritik tetap' rancangan masak2 aku ni....hahahaha...Mr.H la...katanya tekstur roti 'boleh diterima' tp rasenya kureng. Lebih sedap rasa yg 1st dulu. Hahaha... yg 1st buat tu aku pakai penimbang, yg kali ni aku sukat guna sudu jer. Agaknya kurang susu la tu kot. Maklum la main agak2 jer sbb buat setengah adunan jer. Ok la, layan resepi di bawah.
Bahan-bahan ( 12-16 biji ) (8 bj)
- 550 gm tepung gandum (275g)
- 250 gm air (125g) *
- 1 egg-50gm (½ bj – 25g) *
- 3 Tbsp susu pekat manis-60gm (1½ tbsp – 30g) *
- 1 tsp garam-6gm (½ tsp – 3g) *
- 1 tsp butter/margerin-15gm (½ tsp – 7.5) *
- 1-2 Tbsp tepung gandum-untuk di tambah kalau terlebih lembik semasa menguli
Cara-cara
- masukkan bahan * kedalam bekas, kacau hingga sebati
- masukkan bancuhan air tadi kedalam tepung.
- uli hingga jadi doh
- rehatkan doh selama 10min
- uli lagi selama 5min
- **ulang step 4&5 sebanyak 3 kali.
** Noticed-lepas kali ke 3 process uli&rehat, doh bertambah kenyal n tak melekat. so jgn risau kalau 1st process terasa doh melekat di tangan. kalau ranya lembik lg selepas 2nd time uli&rehat, tambah sedikit tepung (1 tbsp) - advisable uli guna tangan-tp nak pakai bread machine pun boleh. Utk bread machine. follow step 1,2,3 diatas. masukkan dlm machine: program basic bread..biarkan process selama 1hr 15min. selalunya doh lembik skit sebab temp bread maker. masa machine pause, kluarkan doh, uli kekejap dengan sedikit tepung. dan masukkan balik dlm machine.
- bentuk bulat2. produce 12-16 biji depending on the size.perap selama 3jam atau lebih Dan boleh di kibar atau di tarik2.
- *nb: jika tak habis kebar, bole simpan dalam fridge up to 2 day
- *tips: terlebih uli, dought akan kenyal, dan susah nak kebar. bila masak roti akan kenyal. that's why process uli , rest, di ulang 3 kali.
- *NB: Dough roti canai ni memang keras berbanding dengan dought roti bun biasa. tetapi, jangan risau, selepas diperap , dough akan lembut. coz kalau terlalu lembik, nanti bila nak kibar, akan koyak. kalau tak tau kibar, bole la tarik, nipis2...
- lupa nak cakap. masa lepas dibulat2kan, hendakklah disapu dengan magerin (aku ikut Hana sapu dgn minyak...mcm mak aku buat jgk), then baru simpan..and masa nak kibar pulak, hendaklah di penyek2 dulu sebesar tapak tangan, and restkan selama 10 min, bole buat byk2, then barulah di penyek besar2 utk proses kibar.
No comments:
Post a Comment