Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Thursday, July 08, 2010

KUIH BAKAR PANDAN







Sumber 1: Kak Ummi
Sumber 2: Hana <---aku ambik dr sini
Sumber Asal : Kak Citarasawan

Dah lama tak makan kuih bakar. Kebetulan semalam ternampak resepi ni kt dapur Hana & bahan-bahan pun mudah jer so aku try la. First time buat kuih bakar & sedap plak rasenya...suka hati btl. Cuma sesame seeds jer takde nk buh kt ats tu. Intai2 kt dapur ada kismis sekotak, haaa...elok dh tu. Sekali si kecik tu nampak dan terus bawak lari, hehehe....tak dapek la nk nolong.

Bakar garing, ada kerak2 skit sedap betul mkn masa masih panas. Mula2 bakar dalam mini muffin pan, lps tu try plak kt loyang kek biase. Dua2 ok. Byk jgk dpt, ingt nk kasi jiran tp musim ber 'virus' ni tak syok la nk bg food kt org, huhuhu.... Insyaallah, next time buat boleh la bg jiran2 rasa. MIntak izin yer sumber2 di ats nk tepek resepi ni kt sini. TQ.

Bahan-bahan

• 250 ml air*
• 6 helai daun pandan*(*di blend bersama dan tapis) - k.ummi n hana bancuh air dengan pandan paste jek - aku guna esen pandan
• 1 cawan gula
• 2 cawan tepung gandum
• 200 ml santan pekat
• 250 ml air
• 3 biji telor gred B
• 2 sudu besar mentega - dicairkan
• 1/2 sudu teh garam
• 1/4 sudu teh pewarna hijau epal
• Sedikit bijan atau kismis untuk hiasan

Cara-cara

1. Sebatikan semua bahan, kacau dengan whisk hingga rata, tapis.
2. Lenser acuan dengan mentega dan panaskan dalam oven sekejap pada suhu 180c.
3. Keluarkan acuan dan tuangkan adunan tadi, tabur dgn bijan dan bakar selama 35 minit atau hingga masak dan kekuningan. Sejukkan sebelum dipotong.


2 comments:

  1. sedapnya kuih bakar tu kak ina, mas ambik sepinggan boleh..

    ReplyDelete
  2. mas, sila mas....akak mkn berdua jer... jenuh nk abiskan...kekeke...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...