Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Thursday, July 15, 2010

BUN PANDAN BERKAYA

dah macam rupe lingkaran ubat nyamuk plak...keh keh keh

tu diaaa.....kemain lg tabur kelapa..



Sumber Asal : Chef Khoo See Yew (Home Bread)
Sumber 1 : Naz Rinn Chan
Sumber 2 : Cik Mat Gebu
Sumber 3 : Hana <--- aku copy dr sini

Dah buat kaya pandan, apa lagi...cari resepi nk buat rotinya la pulak. Tapi tu la kan, bkn nak tunjuk pandai tp tunjuk gelojoh...kah kah kah...resepi suruh buh serbuk santan tapi aku belasah santan tin jer. Eh, ada ker kt sini coconut milk powder? hurrmmm... entah lah....lain hari la cek kt kedai...hehehe... So, kembali kpd kegelojohan td, maka adunan pun menjadi lembik la sedikit dan aku pun sekali lagi bkn nak tunjuk pandai tp nak tunjuk 'cover panik' menokok tambah la apa2 yg patut dalam adunan tersebut. Sib baik la menjadi dan masih boleh dimakan...keh keh keh. Ni klu jiran aku baca ni mesti dia ckap, bila la hasil2 xperimen ni nk smpai ke ats... hehehe...sabo2...tkg msk masih batuk & selsema...hehehe...tp harap2 hujung minggu ni ok la untuk potluck MAPSA City.

Ok la tak pyh citer panjang, layan resepi di bawah. Mintak ijin kopi pes yer...hehe. Klu nak tgk rupe sebenar hasil resepi ni sila la rujuk sumber di atas yer. Yang aku punya ni, kureennngg skit ke'cun'annya...hehehe...

Bahan-bahan

• 350 g tepung roti (high protein flour)
• 200 ml air sejuk (dari peti sejuk)
• 50 g gula halus
• 1/2 camca teh garam halus
• 3 camca teh instant yeast
• 1 camca teh bread improver
• 20 g serbuk santan
• 1 camca besar susu tepung
• 1 biji telur kecil (mat guna telur biasa, kacau sedikit dan timbang 40g)
• 30 g mentega
• 1 camca teh pandan paste

Bahan hias:

• Kelapa kering secukupnya - hana gune bijan dh bako br teringat nk ltk!
• Seri kaya secukupnya

Cara-cara

1. UNTUK DOH : Satukan semua bahan2 diatas kecuali mentega dan bahan hias ke dalam mangkuk adunan. Gunakan hook dan putar pada kelajuan sederhana hingga menjadi doh. Tambah mentega dan terus memutar hingga mendapat doh yang kenyal dan elastik (doh memang agak lembut), tutup dengan plastik cling dan biarkan 1 jam. KAEDAH LAIN : Masukkan semua bahan2 diatas kecuali bahan hias ke dalam Bread Maker dan pilih setting untuk doh, tekan "on" dan tunggu hingga siap...

2. Tumbuk dok untuk membuang udara. Bahagikan kan doh kepada 16 bahagian yang sama besar, bulat2kan doh dan susun dalam loyang (mat guna loyang bersaiz 11 x 11 x 2 inci). Tutup dengan kitchen towel bersih dan biar naik selama 45 minit - 1 jam.

3. Spray sedikit air atas permukaan roti, tabur kelapa kering dan paipkan serikaya (masukkan seri kaya dalam plastik bersih, dan gunting sedikit muncungnya) atas roti tadi...ikut lah style memasing yeaa...

4.Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 180C selama 20 - 25 minit (mat bakar 30 minit)...Bila masak, keluar dari tin dan sejukkan sepenuhnya atas jaringan....Lepas tu boleh lah makan. Air kopi/teh jgn lupa yeaa...



2 comments:

  1. Sila bungkus dgn setiap bungkusan ada 6 bun pastu jual. Ala2 roti sweetie ke apa zaman dulu2. Pasni buat plak inti coklat.

    ReplyDelete
  2. hahaha....insyaallah roti cokelat akn menyusul...adeh, mggu ni rasa mcm dh terlebih mkn 'gandum' jer.. hehehe...

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...