Assalamualaikum dan selamat berhujung minggu.
Sumber: Izah Muffin Lover
Sumber Utama : Sherry mz@MyResipi
Snow Cheesecake / Kek Keju Bersalji
Bahan-bahan:
- 6 biji telur ayam (buang 2 putihnya)
- 100 gram gula halus
- 100 gram tepung hong kong (blue key superfine boleh juga) - akak guna shelf raising flour
- 60 gram tepung jagung (maizena)
- 50 gram air sejuk (dr peti ais)
- 1 sudu teh baking powder- tak letak
- 2 sudu makan ovelet
- 75 gram mentega (dicairkan)
- izah tambah esen vanilla
- UNTUK KRIM
- 1 kotak cream cheese philadelphia
- 1/2 tin susu pekat manis- izah letak sekadar manis pada selera
- (satukan kedua bahan & putar sehingga tidak berketul2.
- UTK TOPPING
- 1/2 kotak kraft cheddar cheese (parutkan)
- Masukkan semua bahan2 kecuali mentega cair dan putar.
- Putar dengan kelajuan sederhana sehingga pekat & putih.Akhir sekali masukkan mentega cair. Putar lagi sehingga sebati dan pekat.
- Sediakan acuan yang telah dialas dgn kertas minyak atau yang telah disapu dgn sedikit butter.
- Bakar dalam acuan dengan menggunakan api atas dan bawah selama 45 minit ke 1 jam, dengan kepanasan 150C. *izah bakar kek menggunakan kaedah waterbath
- Bila sudah masak biarkan sejuk. Bila dah sejuk, ambil pisau kek dan potong di tengah-tengah kek supaya menjadi dua bahagian.*izah potong kek menggunakan benang
- Sapukan krim cheese di atas separuh kek tadi, kemudian letakkan sebahagian lagi kek di atasnya.
- Sapukan lebihan krim cheese sehingga menutupi seluruh kek.
- Akhir sekali taburkan cheese kraf yang telah diparut tadi keseluruh kek sebagai toppingnya.
- Masukkan dlm peti ais dlm 1-2 jam. Lepas tu baru potong.
![]() | |||
| kek semasa dibakar naik gebu tp setelah dikeluarkan (tunggu sejuk) ia mengecut sedikit. |
![]() |
| aku belah/potong guna pisau jer. pisau besar lagi senang keje. |
![]() |
| dapat la dua untuk atas dan bawah. saspen jer nak alihkan sbb lembut mcm nk melendik patah |
![]() |
| guna pinggan jer maklum la mengenangkan space dlm peti yg penuh harta karun tu... :p tp mula la lepas tu kek ni tenggelam sikit ke tengah sbb pinggan tak rata, hehehe |
![]() |
| Faqihah sangat suka, ni potongan kedua untuk dia. |























