Followers

Tuesday, January 11, 2011

KEK ALUNAN KASIH

sebenarnya hampir terlupa dh nk snap gambar sbb dh terlewat. dh potong baru ler terhegeh2 nk ambik gmbr.

Alang2 tengah rajin ni, nak update satu resepi. Tgk kt rumah izah punya la tertarik. Izah ni buat apa mesti jadi jer. Cantik kek dia, skali tgk terus jatuh hati. So, semalam try la. Awal2 lg dh asingkan 6 biji telur. Walau pun dlm resepi cuma guna 5 biji jer tp saje la keluarkan lebih, mana la nak tau klu jd apa2 kan.

Dan alkisahnya mmg terjadi pun! uwaaaa....tetiba camne tertepis tgn ni gedebuk jatuh 2 bijik telur. Aiseyyyy!!!! camne ni? Nak guna 4 biji jer atau nk belasah 1 biji telur yg dlm peti s? klu ikut pantang larang buat kek ni mana boleh mende sejuk dr peti s kan. Dlm duk fonin mikir, keluarkan dulu telur tu. Dan setelah dicampur tolak bahagi tambah aku belasah jer bubuh telur sejuk tu dan kemudian susu tu aku panaskan. nasib la labu, huhuhu.....

Kebetulan plak semalam ada majlis baca yassin MAPSA City. Ntah angin mane la dtg tetiba rajin plak nak buh icing kt atas kek yg aku buat ni. Tp buat simple jer sbb gula icing tinggal skit jer, pastu food colouring pn dh abes. Kuat benor main kaler....hehehe. Hari tu cik abe pegi kedai pesan kt dia belikan kaler tp jenama yg biase guna tu dh byk kaler yg habes so, dia belikan brand lain. Tp byk pulak ingredientsnya...tak sempat nk cek betul2 lg. Ok la, layan resepi di bawah.

tak nampak ler plak alunanyer itu...insyaAllah akan try lg!


Pot luck!

Sumber : Izah

Bahan-bahan

  • 5 Biji Telur
  • 1 ½ cawan Planta atau (250g) - Kak Nor dan Mas letak 250g butter
  • 2 ½ cawan tepung gandum (ayak sekali dgn baking powder)
  • 2 cawan gula halus (boleh kurangkan..sy guna 1 ½ cwn je) -ina ikut resepi 2 cwn
  • 1 sudu kecil baking powder
  • ½ cwn susu cair**
  • 1 sudu kecil esen vanilla (bole guna perasa lain juga)
  • Sebuk koko (secukupnya)
  • Pewarna ( ikut citarasa masing2..)
  • sediakan tapis teh yg halus..untuk ayak serbuk koko.

Cara-cara

  1. Pukul planta@butter dan gula sampai kembang.
  2. Masukan telur satu persatu..pukul lagi sampai kembang
  3. Masukan esen vanilla dan susu cair…gaul hingga sebati dan masukan tepung sedikit demi sedikit.
  4. Bahagikan dua bahagian..campurkan pewarna pink dan satu bhgn pwrna hijau.
  5. Griskan loyang dan tabur sikit tepung..masukan adunan pink..ratakan dlm loyang dan ayak *serbuk koko menutupi lapisan pertama…ayak nipis2 jer..
  6. Then masukan lapisan kedua..warna hijau..ratakan perlahan2.. (jgn smpai serbuk koko di lapisan pertama td terangkat). Ayak serbuk koko di atas lapisan kedua.
  7. Mcm tu lah seterusnya..smpai adunan abis.
  8. Bakar lebih kurang 45min..160 Degree ikut oven masing2.

4 comments:

  1. ooouuhh lala..that's looks really yum!!

    haiseyyy..bila ina nak buat kek untuk orang2 kat mount ni pulak? hehehe

    thanks for sharing the recipe :)
    Nanti2 nak cuba lah.. ni tgh cuti skolah..boleh la buat utk anak2 kat rumah hehe

    ReplyDelete
  2. K.Fariza,
    org2 mount semua lg terer2, sogan lar! hehehe... try la kak, mesti akak buat lg cantik!

    biase akak guna food colur brand apa yer? saya ada sikit konpius la dgn brand queen ke apa tu? byk sgt ingredients nyer...

    mamawana,
    sedap2! saya pun kebas resepi org jugak, hehehe. selamat mencuba!

    ReplyDelete
  3. ooo..haah akak lupe ye..rasanye ina ada bgtau dulu kan.. Rasanya kebanyakkan boleh sbb takde alcohol. Tp balik ni saya cek yg dlm peti sejuk kat umah tu kay :) sowwy~~

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...