Followers

Monday, January 17, 2011

SPAGHETTI GORENG BASAH



Aku ni bukan la suka sangat makan spegeti ni. So, nak disesuaikan dengan tekak Melayu dan ditambah pulak dengan susah nak dapat mee kuning maka terhasil la spegeti goreng basah ni. Kalau sos spegeti tu kureng skit la aku nak telan sebab masam. Tapi kalau masak ala2 mee goreng basah ni, laju sikit la. Huhuhuhu.....nak buat camne, tekak ni ikut selera kampung. Ok la, malas nak cerita panjang, layan ajer la gambar2 ni yer. Resepi nak jugak ker? Alaaaa.... mcm goreng mee jer. Bukan apa, klu resepi aku sendiri ni manyak susah lorr mau tepek sbb aku ni masak main campak ajer, takde sukatan. Tp xper la, aku letak jugak secara ringkas. Jangan mareee yerrr.....hehehe senyum skit.... :)





Bahan-bahan

  • 1 ulas bawang putih
  • 1 sudu besar bawang kisar (bawang merah, putih, halia)
  • 1/2 sudu kecil serbuk cili / cili boh
  • Sedikit gula
  • Isi ayam (nak lagi sedap, masukkan udang/sotong)
  • Sos tiram
  • Sos tomato
  • Sos cili
  • Kicap manis
  • Sedikit serbuk belacan
  • Air secukupnya
  • 1 biji telur
  • Spegeti secukupnya
  • Garam secukup rasa
  • Sayur - terpulang pd citarasa. ina letak kobis jer.

Cara-cara

  1. Tumis bawang putih hingga naik bau. Kemudian masukkan bawang kisar, tumis hingga bertukar warna.
  2. Masukkan serbuk cili yg telah dijadikan pes. Tumis hingga hilang bau maung cili.
  3. Masukkan sedikit gula kemudian masukkan isi ayam. Masukkan serbuk belacan.
  4. Masukkan sos tiram, sos tomato, sos cili dan kicap. Rasakan masam manis dan masin. Kemudian masukkan air secukupnya (ikut nak basah byk mana....hehehe)
  5. Masukkan telur dan pecahkan/kacau sedikit.
  6. Bila telur masak, masukkan spegeti. Kacau sebati, masukkan garam dan sayur. Siap!



note: jgn lupa semasa merebus spegeti tu tambahkan lebih sikit minyak supaya spegeti tidak cepat kembang ketika menghidang spegeti goreng basah ni. :)

2 comments:

  1. salam na....
    haihhhhh byk btol aku tertinggal n3 ko neh... macam2 adoooo.... dulu ms aku duk negara jin bertendang spaghetti la jd mee goreng aku! nk jumpa mee kuning jgn arap! sodap ko masak weeiihhh....

    ReplyDelete
  2. @K.Hana,
    biase la kak, kami ni tenggelam timbul berblog...kekeke... akak lain la...selebriti pujaaaaaaannnn .... hehehehehe, jgn mareeeee, nanti kena jual!

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...