Dermags Kulai

Dermags Kulai
R&D Skincare

Sunday, October 17, 2010

MOIST CHOCOLATE CAKE


Salam buat semua...
Hehehe....lama benar yer tak bersiaran. Begini la alkisahnya bila raya yg lepas asyik duk pegi open house...makan dan makan so, xtvt masak2 kt rmh buat yg simple2 aje la. Dah hbis smua open house konon2 nak tepek la gambar2 raya tp keadaan tak mengizinkan. Yer la kan, dah sihat dan boleh makan sedap2 aje, Tuhan bagi sakit la pulak...elok2 plak tu lepas dah habis smua open house... ^_^. Melepek la kejap. Bila dah sihat, mood nak berblog plak x datang2, hehehe. Buat yg intai2 kt sini, minta maaf la yer tak update, duk tang tu jer tak gerak2 blog ni. hehehe...buat AMY, k.na tak stop blog la...cuma berhenti rehat kejap...hehehe...

Okey la, ni nak tepek kek cokelat la plak. Ambik kt blog K.Hana. Resepinyer lebih kurang jer dgn yg penah buat dulu tp yg bagusnya resepi ni kuantitinya separuh sahaja drpd yg biasa ku buat. so padan dan sesuai benar dgn isi rumah kami yg tidak ramai ni. Kali ni buat versi kukus. Ni buat x plan pun, tiba2 rasa nak makan. Kebetulan plak kt rumah xde cooking chocolate untuk nak buat topping so, aku bantai aje coco powder + butter + shortening + susu pekat + susu cair + gula. Maka jadi la seperti dalam gambar tu.

Sumber Asal : Best Moist Chocolate Cake Recipe
Sumber: Hanamemories


Bahan-bahan

  • 1 cawan tepung gandum
  • 1 cawan gula
  • 1/3 cawan serbuk koko
  • 1sk baking soda - hana buh baking powder 1/2sk, soda 1/2sk
  • 1 biji telur
  • 1/2 cawan butter@ minyak masak - hana gune butter
  • 1/2 cawan buttermilk@ susu segar - hana gune susu perisa coklat
  • 1sk esen vanila
  • 1/2 cawan air panas
  • 1/4 cawan susu pekat - resepi asal xde

Cara-cara

  1. Panaskan oven 300 degree F. Griskan loyang 7x11inci dengan butter. ~saya kukus~
  2. Ayak tepung dan baking soda@powder ke dalam mangkuk.Ketepikan.
  3. Pukul gula dan butter. Masukkan telur dan pukul lagi.
  4. Masukkan buttermilk/susu dan serbuk koko. Kacau sebati.
  5. Masukkan air panas dan esen vanila.
  6. Akhir sekali masukkan tepung yang di ayak tadi dan mix sebati.
  7. Masukkan ke dalam loyang dan bakar lebih kurang 30-35min atau sehingga kek masak. - hana kukus.
  8. Sejukkan di atas redai dan tuang topping@ganache kegemaran.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...